Rock punk di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Genre muzik rock punk di Malaysia dimulai dengan rakaman album dari The Pilgrims (nama asalnya Hijrah) pada 1992. Album berjudul "Perfume Garden" adalah ledakan awal muzik bercorak rock punk dalam peta muzik Malaysia.

Angkatan band lain yang membawa aliran yang sama tetapi dalam ruang legar muzik bawah tanah sebenarnya mula band-band awal seperti Karatz, Carburetor Dung, Subculture, The Bollock, Acid Rain, The expired, Splatters, A.C.A.B., dan lain-lain. Muzik punk juga merupakan pencetus awal kepada gerakan muzik yang digelar alternatif. Alternatif dengan nama yang berbeza-beza seperti collage rock/rock alternatif/post-punk dan indie rock merupakan revolusi muzik rock punk yang berakar umbi membentuk sub-genre yang pelbagai. pengiat alternatif di Malaysia juga tidak terlepas elak dari pengaruh punk dan rock n roll.Sub-genre alternatif seperti Grunge,post-grunge,post-rock,indie pop,power pop,nu metal, hardcore punk,industrial,pop punk,emo, punk revival, ska dan surf merupakan sinambungan muzik rock punk yang divariasi.

Rock punk di Malaysia tika ini mengalami beberapa peningkatan. Ada yang berjaya memasuki pasaran mainstream seperti ABoi, The Pilgrims, Bunkface, The Official, A.C.A.B dan juga Plague Of happiness. Ada di antara band-band ini masih aktif dan ada juga telah berkubur. Dalam sirkut underground dan indipendant, muzik rock punk berkembang pesat dalam peta muzik Malaysia.

Senarai artis yang pernah dan sedang giat[sunting | sunting sumber]

  1. Carburetor Dung
  2. The Pilgrims
  3. Subculture
  4. The Splatters
  5. No Survivors
  6. A.R.T
  7. Soulwound
  8. ACAB
  9. The Official
  10. Marionexxe
  11. Nuras
  12. Bunkface
  13. Berantakan
  14. Half-Asleep
  15. TriFOX (TFX)
  16. Faulty Dress
  17. Y2K
  18. Aboi
  19. Skin a.k.a Skinbasher
  20. The Bollocks
  21. Second Combat
  22. The Grass
  23. Inikah hidup
  24. Spider
  25. 199X
  26. The Liberals
  27. KU2
  28. Dum Dum Tak
  29. Steeltoe Solutions
  30. Stubborn