Rock punk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rock punk
Asalan gaya Rock 'n' roll - Rockabilly - Garage rock - Frat rock - Psychedelic rock - Pub rock - Glam rock - Protopunk
Asalan budaya pertengahan 1970-an Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Australia
Instrumen biasa Vokal - Gitar - Bes - Dram - kadang-kadang dengan alat music lain
Bentuk terbitan New Wave - Post-punk - Rock alternatif - Emo
Subgenre
Anarcho-punk - Art punk - Garage punk - Gothic rock - Glam punk - Hardcore - Horror punk - Oi! - Riot Grrrl - Skate punk - Christian punk - Nazi punk
Campuran genre
Anti-folk - Celtic punk - Chicano punk - Cowpunk - Deathrock - Folk punk - Pop punk - Psychobilly - Punkabilly - Punk blues - Ska punk - 2 Tone

Rock punk merupakan genre muzik yang bermula dari atittuted dan fahaman anti-establishment dalam sekitar 60-an. Momentum besarnya meledak pada lewat 70-an dalam dunia muzik (terutamanya muzik rock). Kehadiran muzik rock punk pada lewat 70-an telah membawa ledakan muzik yang besar hingga ke hari ini. Band yang memulakan rock punk, The Ramones telah membawa dimensi baru muzik rock dalam eranya. Rock n roll yang pantas dan tidak kompleks, tidak banyak polishing bunyian dan berkarat (raw). Seterusnya Sex Pistol di Britain dan the Clash membuka lembaran rock dalam suasana punky dan rebelious, dan mempopularkan budaya punk. Bad Religion yang politikal, Nofx yang sarkastik, The exploited yang anarki sehinggalah kepada R.E.M yang puitis.


Rock punk di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia rock punk dimulai dengan rakaman album dari The Pilgrims (nama asalnya Hijrah) pada 1992. Album berjudul "Perfume Garden" adalah ledakan awal muzik bercorak rock punk dalam peta muzik Malaysia. Walaupun Carburetor Dung lebih senior. Carburetor Dung kemudiannya merilis sebuah album di bawah label VSP berjudul "Songs for friends" pada 1993. Subculture pula dengan album "Love and hate" di bawah naungan label yang sama. Sekitar 1997, muncullah band kontroversi punk era pasca moden pop iaitu Marionexxes. Kewujudan mereka tidak diketahui ramai, hinggalah terjadinya kes filem lucah pertama di Malaysia.

Angkatan band lain yang membawa aliran yang sama tetapi dalam ruang legar muzik bawah tanah sebenarnya mula band-band awal seperti the Bollock, acid rain, The expired, Splatters, A.C.A.B, Chaos Head Vomit, ART dan lain-lain.Muzik punk juga merupakan pencetus awal kepada gerakan muzik yang digelar alternatif. Alternatif dengan nama yang berbeza-beza seperti collage rock/rock alternatif/post-punk dan indie rock merupakan revolusi muzik rock punk yang berakar umbi membentuk sub-genre yang pelbagai. pengiat alternatif di Malaysia juga tidak terlepas elak dari pengaruh punk dan rock n roll.Sub-genre alternatif seperti Grunge,post-grunge,post-rock,indie pop,power pop,nu metal, hardcore punk,industrial,pop punk,emo, punk revival, ska dan surf merupakan sinambungan muzik rock punk yang divariasi.

Rock punk di Malaysia tika ini mengalami beberapa peningkatan. Ada yang berjaya memasuki pasaran mainstream seperti ABoi, The Pilgrims, The Official, A.C.A.B dan juga Skin. Ada di antara band-band ini masih aktif dan ada juga telah berkubur. Dalam sirkut underground dan indipendant, muzik rock punk berkembang pesat dalam peta muzik Malaysia.

Antara kumpulan/pemuzik Rock Punk Malaysia yang aktif pada masa kini adalah Bunkface,Nuras,Spider,Skinbasher,Stubborn dan beberapa lagi nama-nama generasi baru Rock Punk yang menggabungkan pelbagai unsur baru dalam karya-karya mereka.

Senarai band-band rock punk di Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • The Pilgrims
  • Marionexxes
  • Subculture
  • Y2K
  • Nuras
  • The Royal Stoneriver
  • One Buck Short
  • Carburetor Dung
  • JBH
  • LUNATIC CHAOS( MIZI)
  • Stubborn (baru)
  • Bunkface ( baru )

Lihat juga[sunting | sunting sumber]