Rolls-Royce RB211

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rolls Royce RB.211 adalah famili enjin pesawat bernisbah langkau tinggi dikeluarkan oleh Rolls-Royce. Enjin berkemampuan menjana tujahan antara 166 ke 270 kN (37,400 hingga 60,600 lbf).

Versi-Versi Yang Dibina[sunting | sunting sumber]

Siri RB211-22[sunting | sunting sumber]

Siri pertama yang digunakan mulai tahun 1972. Ia khususnya untuk enjin pesawat Lockheed L-1011. Tujahannya ialah 169 kN (42,000 lbf). Disebabkan ia enjin pertama dalam fimili ini, maka pelbagai masalah muncul tetapi enjinnya diubah suai supaya menjadi lebih efisyen.

Siri RB211-524[sunting | sunting sumber]

Tujahan bagi siri ini ialah antara 222 ke 270 kN (50,000 ke 60,600 lbf). Ia pertama kalinya menjana pesawat Boeing 747 pada tahun 1977. Pencapaiannya yang cemerlang membuatkan ia dipasang di pesawat Lockheed L-1011 (yang diperbaiki) pada tahun 1981.

Versi kemudiannya ialah -524G yang menghasilkan daya tujahan 258 kN (58,000 lbf), dan -524H yang bertujahan 270 kN (60,600 lbf). Ia bercirikan FADEC dan dipasang di pesawat 747 dan 767. Bagi pesawat 767, ia diklasifikasikan 180-minit ETOPS.

Siri RB211-535[sunting | sunting sumber]

Tujahannya antara 165 hingga 192 kN (37,000 ke 43,100 lbf). Ia menjana Boeing 757 dan Tupolev Tu-204 dan turut digred 180 minit ETOPS.