Roslan Md. Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Roslan Md. Yusof (November 1953 - Oktober 2011) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Johol selama dua penggal (2004-2011)[1]. Disebabkan kematian beliau pada tempoh dua tahun terakhir dalam sesuatu penggal maka tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

Dato'

Rosland Md. Yusof
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Johol
Dalam jawatan
2004–2011
Didahului oleh Darus Salim Bulin
Digantikan oleh Abu Samah Mahat
Majoriti1,263 (PRU-12)
Butiran peribadi
LahirNovember 1953
Meninggal duniaOktober 2011 (57 tahun)
Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
Tempat persemadianKampung Rambai, Johol, Kuala Pilah
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganDatin Zawayah Marzuki
Anak-anak8 orang
ProfesionGuru

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Datuk Roslan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-11 mewakili BN di Kerusi N 19 Johol pada 2004 dan menang menewaskan calon PAS Kamaruddin Md Tahir. Pada tahun 2008, beliau dipilih mempertahankan kerusinya dan menang sekali lagi menewaskan calon PAS yang sama dengan majoriti 1,263 undi.

Desas-desus letak jawatan akibat jatuh[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Oktober 2009, UMNO Kuala Pilah dan Seremban masing-masing menafikan desas-desus menafikan bahawa ada desas desus mengatakan bahawa Datuk Roslan ingin meletakkan jawatan akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan sebelumnya.[2] Berikutan itu, beliau menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal 2011.[3]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Oktober 2011 jam 4 pagi, Datuk Roslan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas berhadapan komplikasi paru-paru. Beliau dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sesak nafas pada hari sebelumnya.[4] Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol. Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad bin Hasan, ahli parlimen Kuala Pilah Datuk Hassan Malek dan Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor.

Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan kerana sudah melepasi dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi akan diisi pada PRU13.

Rujukan[sunting | sunting sumber]