Mohamad bin Hasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama
Haji Mohamad Hassan
Mohamad bin Hasan

Menteri Besar Negeri Sembilan ke-5
Tempoh berjawat
25 Mac 2004 – kini
Didahului oleh Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad

Ahli DUN
untuk N27 Rantau
Tempoh berjawat
Mac 2004 – kini
Didahului oleh Abd Ghani Hassan

Tarikh lahir 2 Mei 1956 (58 tahun)
Tempat lahir Rembau, Negeri Sembilan Flag of Negeri Sembilan.svg
Parti politik Barisan Nasional, UMNO
Pasangan Salbiah Tengku Nujumudin
Pekerjaan Ahli bank, Ahli politik
Agama Islam

YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan (lahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan) adalah Menteri Besar Negeri Sembilan sejak March 2004 sehingga sekarang 2014. Beliau telah menjawat jawatan ini selama 3 penggal apabila beliau dilantik semula menjadi menteri besar setelah memenangi PRU13. Di peringkat Nasional, beliau adalah Ahli majlis tertinggi UMNO setelah memenangi pemilihan UMNO dan juga adalah ketua UMNO bahagian Rembau.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 2 Mei 1956.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau dan menyambung pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban. Beliau melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1977.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Dato Mohamad memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, beliau kemudiannya berpindah tugas ke beberapa buah bank tempatan termasuk Pengurus Bank Bumiputera London. Jawatan terakhirnya di sektor swasta ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage (1994-2004).

Politik[sunting | sunting sumber]

Memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Datuk Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Ketua UMNO Bahagian Rembau, beliau juga adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

RM10 juta ke United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2010, Loke Siew Fook (DAP-Rasah) menggesa Pejabat Peguam Negara mendedahkan penyaluran wang RM10 juta ke United Kingdom pada 2008 melalui perkhidmatan pengurup wang yang didakwanya sebagai membabitkan Mohamad Hassan. Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa Bank Negara telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pengurup wang yang terlibat dalam aktiviti pengiriman wang secara haram ke luar negara. Bank Negara telah membatalkan lesen pengurup wang terbabit . Aktiviti pengiriman wang ke luar negara secara haram oleh pengurup wang menyalahi peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 30(1) Akta Pengurup Wang 1998. [2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
25 Mac 2004 – kini
Penyandang Kemudian
Tan Sri Isa Abdul Samad '