Royal Opera House

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Floral Hall di Royal Opera House

Royal Opera House adalah rumah opera dan tempat persembahan seni utama di bandaraya London, terletak di Covent Garden, terkenal sebagai salah sebuah rumah opera terkemuka dunia.

Bangunan yang megah tersergam itu lebih dikenali ramai sebagai "Covent Garden", adalah milik syarikat Royal Opera (nama lama ialah Covent Garden Opera Company), iaitu syarikat induk untuk Royal Opera House, Royal Ballet dan Royal Opera House Orchestra.

Pada Oktober 1968, Ratu England memberi kebenaran kepada Covent Garden Opera Company untuk dipanggil sebagai "Royal Opera". Ini adalah sebagai anugerah Diraja di atas kejayaan syarikat tersebut menempah nama dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. [1].

Bangunan ini adalah bangunan teater ke-3 didirikan di tapak ini dari tahun 1858, namun kebanyakan dari ciri-ciri yang terdapat kini adalah dari pengubah suaian yang besar dibuat pada tahun 90an. Royal Opera House boleh memuatkan seramai 2,268 penonton yang terdiri dari 4 tingkat kotak penonton, balkoni dan galeri amfiteater.

Pentas prosenium rumah opera ini berkeluasan 12.20 m lebar dan 14.80 m tinggi. Auditorium utama rumah opera ini tersenarai di dalam Senarai bangunan Gred 1 mengikut akta negara United Kingdom di bawah akta Perancangan Negara dan Bandar 1947.

Teater pertama pada tahun 1732 di bawah kelolaan John Rich
Gambar auditorium yang pertama sebelum musnah dalam kebakaran pada tahun 1808
Gambar auditorium yang ke-2 semasa pembukaan

Ketua pentadbiran dari tahun 1945[sunting | sunting sumber]

Pengarah muzik Ketua pengarah
1946 hingga 1951: Karl Rankl 1946 hingga Julai 1970: David Webster
1955 hingga 1958: Rafael Kubelík
1958 hingga 1961: Selangan
1961 hingga 1971: Georg Solti
1971 hingga 1987: Colin Davis Julai 1970 hingga Julai 1988: John Hinggaoley
1987 hingga 2002: Bernard Haitink 1988 hingga Disember 1996: Jeremy Isaacs
Januari hingga Mei 1997: Genista Macinhinggash
September 1997 hingga Mac 1998: Mary Allen
September 1998 hingga Jun 2000: Michael Kaiser
2002-kini: Anhingganio Pappano Mei 2001 hingga kini: Hinggany Hall

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. John Tooley, lihat di bawah

Buku rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Allen, Mary, A House Divided, Simon & Schuster, 1998
  • Beauvert, Thierry, Opera Houses of the World, The Vendome Press, New York, 1995.
  • Donaldson, Frances, The Royal Opera House in the Twentieth Century, Weidenfeld & Nicolson, London, 1988.
  • Haltrecht, Montague,The Quiet Showman: Sir David Webster and the Royal Opera House, Collins, London, 1975.
  • Lebrecht, Norman, Covent Garden: The Untold Story: Dispatches from the English Culture War, 1945-2000, Northeastern University Press, 2001.
  • Lord Drogheda, et al., The Covent Garden Album, Routledge & Kegan Paul, London, 1981
  • Moss, Kate, The House: Inside the Royal Opera House Covent Garden, BBC Books, London, 1995.
  • Rosenthal, Harold, Opera at Covent Garden, A Short History, Victor Gollancz, London, 1967.
  • Tooley, John, In House: Covent Garden, Fifty Years of Opera and Ballet, Faber and Faber, London, 1999.
  • Thubron, Colin (teks) dan Boursnell, Clive (gambar), The Royal Opera House Covent Garden, Hamish Hamilton, London, 1982.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 51°30′46.41″N, 00°07′21.96″W