Rumah Putih Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rumah Putih (Bahasa Rusia: Белый дом), juga dikenali sebagai Rumah Putih Rusia, adalah merupakan sebuah bangunan kerajaan di Moscow. Bangunan ini telah direka oleh arkitek Dmitry Chechulin dan P. Shteller. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1965 dan disiapkan pada tahun 1981. Keseluruhan bangunan adalah berdasarkan cadangan rekabentuk Chechulin pada tahun 1934 untuk bangunan Aeroflot.

Bangunan ini menempatkan Kongres Ahli Majlis Perundangan Rakyat dan Majlis Tertinggi Soviet bagi Republik Persekutuan Sosialis Soviet Rusia sehingga krisis perlembagaan Rusia pada 1993, apabila pemberontakan telah menyebabkan bangunan ini dikepung dan dibom dengan artileri dan menyebabkan kebakaran besar.

Reformasi parlimen, yang kemudian dikenali sebagai Duma, setelah pilihanraya pada tahun 1994 telah berpindah ke bangunan lain di Okhotny Ryad, Moscow.

Rumah Putih yang telah diubahsuai pada masa sekarang menempatkan kerajaan Rusia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 55°45′18″N 37°34′23″W / 55.754935°U 37.573146°B / 55.754935; -37.573146


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.