Rusuhan Greece 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rusuhan Greece 2008
GreekRiotMontage.jpg
Arah jam, dari atas kiri: polis rusuhan menghadap pembantah; polis bergerak mengawal perusuh; seorang pembantah mengingkari polis; beberapa van terbakar; sekatan yang ditinggalkan; dan pembantah berundur dari gas pemedih mata
Tempoh 6 Disember 2008 – kini
Lokasi Bandar-bandar di Greece dan Eropah

Rusuhan Greece 2008 bermula pada jam 9.00 pm, 6 Disember 2008 apabila seorang pelajar berusia 15 tahun, Alexandros Grigoropoulos (Bahasa Greek: Αλέξανδρος Γρηγορόπουλος) terbunuh setelah bertengkar dengan polis Greek di daerah Exarcheia, tengah Athens. Dia ditembak pasukan polis peronda di jantung yang cuba meleraikan pertengkaran sekumpulan 30 remaja di kawasan bohemian. Remaja melaungkan 'pembunuh beruniform' ke arah polis tempatan.[1]

Kematian Grigoropoulos menyebabkan terjadinya tunjuk perasaan, yang meningkat menjadi rusuhan meluas, dengan ratusan perusuh merosakkan harta benda dan bertempur dengan polis rusuhan menggunakan bom botol, batu dan objek lain. Tunjuk perasaan dan rusuhan ini kemudian merebak ke bandar lain, termasuk Thessaloniki, bandar kedua terbesar di negara itu. Di luar Greece, tunjuk perasaan perpaduan, rusuhan dan, dalam sesetengah kes, pertembungan dengan polis tempatan turut terjadi di beberapa bandar di Eropah termasuk Istanbul, London, Paris, Rom, Dublin, Berlin, Frankfurt, Madrid, Barcelona, Amsterdam, Den Haag, Copenhagen, Bordeaux, Seville, serta Nicosia dan Paphos di Cyprus.[2] Akhbar Kathimerini menyifatkan rusuhan ini "yang terburuk sejak pengembalian demokrasi pada 1974".[3] Pada 1985, pasukan polis Greece pernah menembak mati seorang remaja.

Kawasan[sunting | sunting sumber]

Pembunuhan itu menyebabkan bantahan dan tunjuk perasaan yang besar dan merebak ke beberapa bandar seperti Thessaloniki, Ioannina, Komotini, Kastoria, Patras, Tripoli, Volos, Trikala, Mytilene, Agrinio, Kavala, Corfu, Piraeus, Chania, Heraklion, Rhodes, Karditsa, Lamia, Stylida, Drama, Xanthi, Lagkadas, Kozani, Alexandroupoli, Larisa dan Corinth. Mereka merosakkan harta benda awam, menentang dan melawan polis serta melempar bom petrol. Keadaan ini memaparkan masalah sebenar Greek sejak 1974. 24 anggota polis tempatan cedera diserang, 25 buah kereta rosak dan dibakar dan 9 bank dirosakkan dan 31 buah kedai rosak teruk. Rusuhan ini sangat mengejutkan pihak polis kerana tidak menyangka pembunuhan itu boleh mencetuskan rusuhan di kalangan remaja dan tanpa dirancang-rancang.

Punca[sunting | sunting sumber]

Punca utama rusuhan ini ialah remaja menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sesuai. Ini diburukkan lagi oleh krisis ekonomi 2008 yang menyebabkan pekerja dibuang kerja dan kemiskinan semakin meingkat dan merebak di negara Mediterranean ini sejak lebih 20 tahun lalu. Rasa tidak puas hati rakyat telah muncul selepas Sukan Olimpik Athens 2004. Temasya sukan itu diharap dapat memulihkan imej Greece di mata dunia tetapi bertukar sebaliknya. Parti New Demokrasi yang dipilih rakyat pada pilihan raya 2004 gagal menambahkan peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi Greece selepas menyertai Kesatuan Eropah pada 2001. Rakyat semakin marah apabila cukai dinaikkan, pelan menyelamat beberapa bank tanpa sebarang pelan pemulihan ekonomi yang mampu membantu penduduk yang semakin tertekan.Beberapa Menteri kanan dipaksa meletakkan jawatan kerana beberapa pembelian hartanah pada harga yang meragukan tetapi mengakibatkan berjuta-juta wang rakyat kerugian.[4]

Mereka membantah ketidakcekapan pentadbiran dan gejala rasuah yang semakin meningkat. Rusuhan remaja pernah berlaku di bandar-bandar utama di Eropah seperti di London, Paris, Rom, Berlin, Frankfurt, Madrid, Barcelona, Copenhagen, Wain Bordeaux, Nicosia, ibu negara Cyprus dan barat bandar raya Cyprus Paphos.

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Greece mengutuk penembakan itu. Menteri Dalam Negeri, Prokopis Pavlopoulos menawarkan peletakan jawatannya tetapi ditolak oleh Perdana Menteri Greece, Kostas Karamanlis.[1] Dua anggota polis dtangkap untuk membantu siasatan. Banyak bank, sekolah dan lapangan terbang telah ditutup demi keselamatan ramai.

Presiden Greece Karolos Papoulias dan Datuk Bandar Athens Nikitas Kaklamanis turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Rusuhan bantah polis tembak mati remaja di Greece, Utusan Malaysia, 7 Disember 2008.
  2. "Συμπλοκές νεαρών με αστυνομικούς σε Λευκωσία και Πάφο", Phileleftheros, 2008-12-08. Dicapai pada 2008-12-08. (Greek) 
  3. "Athenian democracy in ruins", Guardian, 2008-12-08. Dicapai pada 2008-12-08. 
  4. Hilangnya kegemilangan Greece, Utusan Malaysia