Rusuhan Kingston 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kekacauan Kingston 2010
Tarikh23 Mei 2010–Jun 2010
Lokasi
Keputusan

Kemenangan polis/tentera

  • 500+ orang ditahan.
  • Christopher Coke ditahan.
Pihak yang terlibat
Jamaica Jamaica
Pasukan Konstabel Jamaica
Pasukan Pertahanan Jamaica
Kartel dadah Shower Posse
Komandan dan pemimpin
Bruce Golding Christopher Coke
Kerugian dan korban
4 terbunuh Tidak diketahui
73 orang awam maut[1]

Rusuhan Kingston 2010 berlaku di Kingston, ibu negara pulau Jamaica dan membunuh 73 orang awam dan mencederakan 35 lagi sejak 23 Mei 2010.[1] Seramai 4 askar / polis turut terbunuh dan 500 orang telah ditangkap untuk membantu siasatan. Polis Jamaica mengisytiharkan darurat kerana berlaku rusuhan di tengah bandar semasa memburu raja dadah bernama Christopher "Dudus" Coke. Mereka yang mati dan cedera dihantar ke Hospital Universiti of West Indies. Kebanyakan perusuh menggunakan senjata dan memakai topeng muka.

Pasukan Konstabel Jamaica melaporkan polis brtempur dengan kumpulan pengedar dadah yang kelengkapan senjata mereka mengatasi pihak polis. Kingston barat menjadi kubu kuat Christopher “Dudus” Coke yang cuba mengelak daripada diekstradisi ke Amerika Syarikat atas tuduhan mengedar dadah dan senjata. Christopher dianggap sebagai 'Robin Hood' iaitu merampok harta benda orang kaya dan diserahkan kepada orang miskin. Coke dianggap penyelamat kerana menawarkan kerja, pendidikan dan jaminan keselamatan. Coke juga menjalin hubungan dengan beberapa tokoh politik. Kubu utamanya ialah kawasan setinggan sesak, miskin dan tinggi jenayah di Kingston. Perusuh dan penjenayah menggunakan dahan pokok, kereta lama dan peti sejuk sebagai penghadang.[2]

Di Parlimen, pihak pembangkang menuduh kerajaan sengaja mencetuskan krisis. Perdana Menteri Jamaica Bruce Golding berikrar membersihkan Jamaica daripada imejnya sebagai pusat pengedaran dadah dan ‘medan pembunuhan’. Selepas khabar angin awal Coke mahu menyerah kepada Amerika Syarikat, polis Kingston berjaya menaangkap Coke di pinggiran bandar, tampaknya ketika seorang paderi tempatan, Reverend Al Miller, membantu merundingkan penyerahan dirinya kepada kedutaan A.S[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Jamaica police put death toll at 73". The Gazette (Montreal). 27 Mei 2010. Dicapai pada 27 Mei 2010.
  2. ^ Pertempuran merebak di Jamaica Berita Harian
  3. ^ "Alleged Jamaican drug lord captured". Euronews. 23 Jun 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.