Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMK Dato' Syed Esa)
Lompat ke: pandu arah, cari


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa
سكوله منڠه كبڠسٲن داتوء شيد عيسى
المدرسة الثانويه الوطنيه داتوء شيد عيسى
Satu Sekolah Satu Impian
Logo SMKDSE.jpg


Logo SMKDSE

Jenis sekolah Sekolah menengah
Ditubuhkan 8 Mei 1962
Daerah Batu Pahat
Status Dibuka
Nombor telefon +607-4341448
Pengetua Puan Hajah Rohanah bt. Esmail
Staf
  • 128 (guru)
  • 18 (staf sokongan)
Pelajar 2100+ orang (2011)
Warna-warna
  •      Temenggung
  •      Panglima
  •      Laksamana
  •      Hulubalang
  •      Bendahara
  •      Bentara
Laman web Blog SMKDSE

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (nama dahulu: Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air (SMKA)) atau nama ringkasnya SMK Dato' Syed Esa (SMKDSE) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak berdekatan dengan sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Batu Pahat di Batu Pahat, Johor.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE) bermula pada 8 Mei 1962 dimana sekolah ini menumpang bangunannya di Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Lanjutan yang menampung pelajar-pelajar aliran Melayu dan Inggeris yang gagal masuk ke sekolah menengah melalui Sistem Peperiksaan Penilaian M.S.S.E.E (Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah).[1]

Setelah sistem peperiksaan itu dimansuhkan, maka dengan sendirinya sistem Sekolah Lanjutan juga terhapus. Pelajar lelaki dan aliran Melayu telah diserap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar (SDBL) manakala pelajar perempuan pula diserap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah (STA). Bagi pelajar yang mengikuti aliran Inggeris, mereka telah meneruskan persekolahan mereka di sekolah ini yang telah diubah namanya kepada Secondary English School (Sekolah Menengah Aliran Inggeris). Ketika itu, sekolah telah berpindah dan menumpang di Sekolah Rendah Hwa Nan yang terletak di Batu 3, Jalan Kluang.[1]

Pada tahun 1967, nama sekolah ini ditukar lagi kepada Sekolah Menengah Inggeris (2) serta berpindah dan menumpang di Sekolah Tinggi apabila sebuah sekolah baru didirikan di Jalan Kluang dengan nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Sulaiman). Setelah banyak menumpang di sekolah-sekolah lain, pada 1 Jun 1973, sejarah baharu tercipta apabila sekolah ini telah mempunyai bangunan sendiri dengan nama baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air (SMKA).[1]

Setelah 35 tahun berlalu, satu lagi peristiwa bersejarah telah tercatat apabila salah seorang tokoh ulung dari Batu Pahat iaitu Dato' Syed Esa telah diabadikan sebagai nama baharu bagi sekolah ini. Maka sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE). Majlis perasmian nama baharu ini telah dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Haili bin Dolhan dalam satu majlis gilang-gemilang. Majlis tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, bekas pengetua-pengetua sekolah ini dan sekolah lain serta warga SMKDSE sendiri.[nb 1]

[sunting] Identiti

[sunting] Ikrar pelajar

Saya, pelajar SMK Dato' Syed Esa dengan penuh keyakinan dan kesedaran berikrar bahawa saya[nb 2]:

  • Bertanggungjawab mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah;
  • Mewujudkan budaya sekolah yang positif dan kondusif;
  • Meningkatkan imej dan prestasi sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah;
  • Menghormati ibu bapa, guru-guru, staf sokongan, rakan-rakan dan menjaga nama baik sekolah;

Sesungguhnya, inilah ikrar saya sebagai pelajar SMK Dato' Syed Esa yang saya cintai.

[sunting] Visi

  • Melahirkan pelajar cemerlang 2010.[nb 3]
  • SMKDSE GEMILANG 2012.[nb 4]

[sunting] Misi

  • Melahirkan warga celik ICT.[2]
  • Mewujudkan budaya celik ilmu.[2]
  • Berusaha ke arah perkhidmatan cemerlang kepada semua pelanggan.[2]
  • Membentuk generasi berakhlak mulia.[2]
  • Mencapai perpaduan berdasarkan pendemokrasian dalam pendidikan.[2]
  • Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.[nb 5]

[sunting] Lagu sekolah

Lagu sekolah (lama)[nb 6]


Di kolam air, ilmu ditimba,
Dibawah kibaran bendera,
Kami berusaha dengan gigih dan tabah,
Menjadi warga permata.


Kami usaha hingga jaya,
Di sekolah tercinta,
Berbudi berbakti dengan rela hati,
Kejayaan tercapai pasti.

Lagu sekolah (kini)[nb 7]


Disini kami mulakan langkah,
SMKDSE gemilang,
Kami berusaha dengan gigih dan tabah,
Menjadi warga permata.


Kami usaha hingga jaya,
Di sekolah tercinta,
Berbudi berbakti dengan rela hati,
Kejayaan tercapai pasti.

[sunting] Lambang sekolah

Berikut adalah analisis warna dan lambang sekolah serta maksudnya.[3]

Lambang Analisis warna dan lambang Maksud
Logo SMKDSE.jpg Biru tua Impian
Biru muda Ketenangan
Putih Kebersihan/kesucian mental, fizikal dan rohani
Merah Semangat dan kegigihan
Jingga Aspirasi
Perisai Kesejahteraan
Reben Ikatan perpaduan dalam kaum
Buku Ilmu dan pendidikan
Obor Semangat, tenaga dan kegemilangan
Batang obor Lima prinsip Rukunegara
Gelung Kecermelangan dalam pelbagai bidang

[sunting] Kokurikulum

[sunting] Rumah sukan

Nama rumah sukan Warna rumah
Bendahara Ungu
Bentara Jingga
Hulubalang Hijau
Laksamana Biru
Panglima Merah
Temenggung Kuning

[sunting] Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa,
Jalan Indah,
83000, Batu Pahat,Johor Darul Ta'zim.

[sunting] Nota dan rujukan

[sunting] Nota

  1. Majalah Gema Bakti Edisi Ke-14 (2008) halaman 15.
  2. Ikrar ini berbeza daripada ikrar pelajar yang ditulis dalam majalah sekolah kerana ikrar ini dibaca pada waktu perhimpunan mingguan.
  3. Majalah Gema Bakti Edisi Ke-13 (2007). Visi ini telah ditukar pada tahun berikutnya.
  4. Majalah Gema Bakti Edisi Ke-15 (2010).
  5. Majalah Seri Edisi Pertama (2010).
  6. Seni kata lagu sekolah lama yang diambil daripada Majalah Gema Bakti Edisi Ke-13 (2007).
  7. Lirik lagu sekolah yang terkini. Tiada banyak perubahan yang dilakukan tetapi terdapat perubahan pada dua baris pertama lirik yang diilhamkan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Fauzan sendiri.

[sunting] Rujukan

  1. 1.0 1.1 1.2 "Sejarah SMKDSE", Blog sekolah, 31 Mei 2009. Dicapai pada 07 Oktober 2011. (Melayu) 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 "Misi SMKDSE", Blog sekolah, 09 Julai 2011. Dicapai pada 09 Julai 2011. (Melayu) 
  3. "Lambang SMKDSE", Blog sekolah, 09 Julai 2011. Dicapai pada 08 September 2011. (Melayu) 

[sunting] Sumber

  • Majalah Gema Bakti Edisi Ke-13,14 dan 15 (Majalah sekolah tahun 2007-2009)
  • Majalah Seri Edisi Pertama dan Kedua (Majalah sekolah tahun 2010-2011)

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan