Hospital Batu Pahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Sultanah Nora Ismail
Hospital Batu Pahat
Kerajaan
Hospital Sultanah Nora Ismail
Geografi
LokasiBatu Pahat, Johor,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil314
Pautan
Laman sesawangHOSPITAL SULTANAH NORA ISMAIL.

Hospital Sultanah Nora Ismail atau biasanya disebut sebagai Hospital Pakar Penggaram (1894 hingga 1976), Hospital Batu Pahat (1976 hingga 1994) merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Hospital Batu Pahat bermula pada tahun 1894 dimana hospital ini telah ditempatkan di sebuah bangunan di Simpang Rantai ketika Bandar Penggaram dibuka pada sekitar tahun 1894. Hospital ini telah memberikan perkhidmatan kesihatan asas.

Hospital Batu Pahat baru telah dibina dalam Rancangan Malaysia Keenam dan dimulakan pada tahun 1991 berkonsepkan hospital nukleus. Perpindahan perkhidmatan ke hospital ini telah dilakukan pada 12 November 1994. Mulai tarikh ini Hospital Batu Pahat telah beroperasi dengan skop perkhidmatan rawatan pesakit dalam, rawatan kecemasan dan pesakit luar dengan keupayaan 314 buah katil yang hanya mempunyai perbezaan daripada 310 katil di hospital lama.

Cadangan Pembinaan satu blok templat baru telah dikemukakan kepada Bahagian Perancangan Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia pada penghujung Rancangan Malaysia Keenam lagi kerana perbezaan bilangan katil yang tidak banyak perbezaannya daripada hospital lama. Keadaan ini ditambah dengan peningkatan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit-pesakit. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan lawatan ke hospital ini pada tahun 1995 dan melihat sendiri kekangan yang dialami oleh wad-wad untuk menampung bilangan pesakit terutamanya pesakit perubatan. Akhirnya projek tambahan sebuah lagi templat diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh untuk Jabatan Kecemasan Baru dan 2 buah wad bernilai RM 6.5 juta.

Projek naiktaraf ini telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dengan penambahan sebanyak 202 katil untuk menampung keperluan perkhidmatan yang semakin meningkat. Kos keseluruhannya RM200,700,000.00. Ia melibatkan 2 pakej iaitu Pakej A Kerja-kerja tanah dan Pakej B kerja-kerja struktur bangunan. Projek ini dibina di atas tapak sedia ada dalam kawasan Hospital Batu Pahat iaitu di bahagian belakang kafteria dan balai pelawat.[1]

Pertukaran nama yang lebih rasmi[sunting | sunting sumber]

Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor, bangunan baru Hospital Batu Pahat dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tunku Panglima Raja Ahmad sekaligus menamakan Hospital Batu Pahat sebagai Hospital Sultanah Nora Ismail.

Majlis tersebut berlangsung pada 10 Oktober 2012 bersamaan 24 Zulkaedah 1433H dihadiri oleh hampir 500 orang tetamu yang terdiri daripada kerabat Diraja Johor dan orang kenamaan.[2]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Batu Pahat
Jalan Kurma,
Taman Soga,
83000 Batu Pahat
Johor Darul Takzim
Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]