1 Jun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Jun 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| MMXII | ||||||
1 Jun merupakan hari ke-152 (hari ke-153 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 213 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
[sunting] Peristiwa
- 1495 - Rahib John Cor mencatat kelompok wiski scotch yang pertama diketahui.
- 1779 - Benedict Arnold (gambar), jeneral Angkatan Tentera Benua semasa Perang Revolusi Amerika dihukum oleh mahkamah tentera kerana ketakpatuhannya.
- 1831 - Penjelajah dan pegawai tentera laut British James Clark Ross berjaya mengetuai ekspedisi pertama ke Kutub Magnet Utara.
- 1922 - Pasukan polis di Ireland Utara yang digelar Pasukan Konstabel Ulster Diraja (Royal Ulster Constabulary) diasaskan.
- 1938 - Komik Superman yang pertama diterbitkan.
- 1943 - Lapan pesawat Junkers Ju 88 Jerman menembak jatuh Penerbangan 777 BOAC di atas Teluk Biscay berhampiran Sepanyol dan Perancis, membunuh beberapa penumpang ternama.
- 1980 - Saluran televisyen berita 24 jam yang pertama, Cable News Network memulakan penyiaran.
- 2001 - Putera Mahkota Dipendra dari Nepal menembak mati Raja Birendra dan beberapa ahli keluarga diraja di Istana Diraja Narayanhity, Kathmandu.
- 2009 - Penerbangan 447 Air France dengan 228 penumpang dan anak kapal terhempas di Lautan Atlantik dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||