STRIDE

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan / Science Technolology Research Institute for Defence (STRIDE) adalah sebuah Jabatan di Kementerian Pertahanan Malaysia.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

STRIDE dahulunya dikenali sebagai Pusat Sains dan Teknologi Pertahanan (PSTP), telah melalui penyusunan semula struktur organisasi dan peningkatan taraf daripada sebuah Bahagian kepada sebuah Jabatan di Kementerian Pertahanan Malaysia. STRIDE mula beroperasi secara rasmi pada 1 April 2002.

Kini STRIDE beroperasi di empat lokasi iaitu Kompleks Induk di Taman Bukit Mewah Kajang, Pejabat Pentadbiran di Taman Kajang Utama, Kompleks Persenjataan di Batu Arang, Rawang dan Makmal Maritim di Lumut. Secara umumnya STRIDE berfungsi untuk memberi bantuan teknikal dan kepakaran saintifik kepada warga Kementerian Pertahanan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.