Sahara Yaacob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sahara Yaacob
Nama lahirZaharah binti Mohamad Yaacob
Kelahiran (1956-01-13) 13 Januari 1956 (umur 68)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1980–kini
Syarikat rakaman
  • Warnada
  • PMC
  • SP Rekod

Zaharah Mohamad Yaacob atau lebih dikenali sebagai Sahara Yaacob (lahir 13 Januari 1956) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau meraih kejayaan dalam industri muzik antara 1980-an dan 1990-an sekaligus dikenali dengan jolokan 'Tina Turner Malaysia'.[3][4] Beliau juga ialah artis wanita pertama Malaysia yang merakamkan lagu rock sebelum Ella.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sahara memulakan kerjaya muzik sejak berusia belasan tahun. Bayaran pertama beliau sebagai penyanyi ialah sebanyak RM5 ketika diminta menyanyikan lagu di majlis perkahwinan dari jam 12 tengahari sehingga 5 petang pada 1968. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Warnada pada 1986 dan seterusnya muncul bersama album pertamanya, Sahara. Tidak lama selepas dikeluarkan, dua lagu dalam album ini, "Sahara Blues" dan "Tuhan" diharamkan dari penyiaran oleh RTM.[5]

Pada tahun yang sama, beliau diberi peluang menjadi pengacara bersama Dayangku Intan dalam rancangan muzikal RTM, Hiburan Minggu Ini (HMI). Pada tahun 1988, Sahara muncul dengan album kedua Jawapan terbitan Arrowline Productions dan edaran PMC. Pengurusnya ketika itu, Ghazlan Sheikh Mahmood berkhidmat sebagai penerbit album.[5] Album ketiganya, Sinaran Cinta pula menyusul pada 1994.[6][7]

Beliau membuat kemunculan semula di industri muzik selepas lebih 15 tahun menyepi dengan membuat persembahan di Anugerah Melodi 2016 yang berlangsung pada 10 Disember 2016.[8] Pada Mac 2018, beliau dilantik sebagai Presiden, Persatuan Transformasi Artis Malaysia (PERTAMAS).[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sahara merupakan anak ke-9 daripada 10 beradik dan telah berkahwin sebanyak 5 kali yang mana semuanya berakhir dengan perceraian, malah tidak dikurniakan zuriat akibat masalah rahim terbalik.[10] Perkahwinan pertamanya ialah bersama Kassim Weheat yang berbangsa Inggeris, pada usia 15 tahun. Kassim ketika itu berusia 69 tahun. Mereka bercerai selepas 16 tahun bersama.[11]

Sahara kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Nazri Tun Abdul Rahman Hashim ketika berusia 21 tahun. Bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 tahun. Perkahwinan ketiganya ialah bersama Dr. Nordin Ahmad yang mana usia perkahwinan mereka hanya kekal selama 8 bulan kerana Sahara berasa dirinya diperguna dan dianiaya.[11]

Sahara berkahwin buat kali keempat dengan pengurusnya, Ghazlan Sheikh Mahmud. Pasangan itu bagaimanapun, bercerai setahun kemudian kerana Sahara tidak tahan dengan tabiat buruk dan pelik bekas suaminya.[12] Beliau kemudian mendirikan rumah tangga bersama lelaki Arab, Hosam Mohamed yang 20 tahun lebih muda daripadanya. Namun perkahwinan kelimanya juga gagal apabila Hosam didakwa menjalinkan hubungan dengan kawan baiknya.[11]

Ibunya, Umi Kalsom Mohd Nusi meninggal dunia pada 2012. Beliau tinggal bersendirian dalam stor di rumah arwah kakaknya yang dibina pada 1985 selepas berpisah dengan suami keempat. Ketika itu, Sahara tidak mempunyai tempat untuk berteduh. Pada tahun 2016, beliau menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam, berdekatan Sungai Besi.[11][13]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Sahara
  • Dikeluarkan: 1986
  • Label: Warnada
  • Format: CD, kaset
Jawapan
  • Dikeluarkan: 1988
  • Label: Arrowline Productions, PMC
  • Format: CD, kaset
Sinaran Cinta
  • Dikeluarkan: 1994
  • Label: SP Rekod
  • Format: CD, kaset

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Sahara Blues" 1986
"Fikirkanlah" 1988

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sahara yakin masih diminati". Berita Minggu. 21 Mei 1995. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  2. ^ Rosidi Daud (16 Mac 1992). "I will survive, says Sahara" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  3. ^ "Oh Sahara..." Berita Minggu. 8 November 1998. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  4. ^ Adrian David (3 Februari 1997). "Taking life in her stride" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  5. ^ a b Kamsah Sirat (9 Jun 1988). "Sahara terbit album sendiri". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 17 Oktober 2018.
  6. ^ Tengku Fauziah Ngah (17 Januari 1994). "Sahara kembali dengan album terbaru". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  7. ^ Azman Ahmad (4 Mac 1994). "Sahara is bent on new album" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  8. ^ Zaidi Mohamad (9 Disember 2016). "Sahara Yaacob beraksi pada Anugerah Melodi 2016". Berita Harian. Dicapai pada 17 Oktober 2018.
  9. ^ "Sahara Yaacob Dilantik Presiden PERTAMAS, Tahniah!". XTRA. 21 Mac 2018. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  10. ^ "Artis Sahara Yaacob: Liku-liku Hidup Sedih. Akan Kembali Dengan Wajah Baru.. Syabas!". Ibnu Hasyim. 17 Julai 2016. Dicapai pada 17 Oktober 2018.
  11. ^ a b c d Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (3 Julai 2016). "Sahara dedah kisah duka". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  12. ^ "Sahara Yaacob tuntut cerai". Berita Harian Singapura. 27 Januari 1991. m/s. 8. Dicapai pada 17 Oktober 2018.
  13. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (14 Ogos 2017). "Sinar baharu Sahara Yaacob". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]