Dayangku Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dayangku Intan
Kelahiran
Tengku Intan binti Tengku Abdul Hamid

(1966-04-29) 29 April 1966 (umur 57)
PekerjaanPenyanyi, YouTuber, bekas Ahli politik
PasanganRosman Yahil
Anak-anak4
HubunganTunku Ismail Tunku Yahaya (datuk)
Kerjaya muzik
GenrePop, Pop Rock, Balada
InstrumenVokal
Tahun aktif1980-kini
Syarikat rakaman
Omry Records (Omry Musical Industries Sdn. Bhd.) (1982 - 1984)
WEA Records Sdn. Bhd (kini Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.) (1985 - 1992)
Polygram Records Sdn. Bhd. (1993 - 1995)
Senikita Studio (2020 - 2023)
Maklumat YouTube
Saluran

Yang Mulia Tunku Intan binti Tunku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan (lahir 29 April 1966) merupakan seorang penyanyi dan ahli politik Malaysia. Dari kerjaya muziknya sekitar era 1980-an beliau terkenal dengan lagu 80-an "Semakin Rindu Semakin Sayang" kemudian pada 90-an "Berpaut Di Dahan Cinta", "Senandung Hari Raya Untukmu" dan dengan gandingannya bersama Jay Jay menerusi lagu "Kita Insan Biasa". Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di parlimen Pengerang mewakili PKR.[1] [2] Selepas Pakatan Rakyat dibubarkan pada 2015 beliau undur diri dari politik dan keluar dari PKR pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, beliau telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia sejak tahun 2023.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Bapanya Yang Mulia Tunku Haji Sir Abdul Hamid Halim Shah III bin Tunku Tan Sri Haji Sir Ismail Hamid Halim Shah I ialah anak kepada Yang Berhormat Mulia Tunku Tan Sri Haji Sir Ismail Hamid Halim Shah I bin Almarhum Tunku Haji Sir Yahayar Hamid Halim Shah I berasal dari keluarga Di Raja Kedah beliau menjadi Menteri Besar Kedah ke-2. Dayangku Intan ialah anak kedua dalam empat adik beradik. Di lahirkan dan di besarkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Perkahwinannya dengan Rosman Yahil berasal dari Johor. Dayangku Intan ibu kepada seramai 4 orang cahaya mata.

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tsun Jin merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Perwira, Kg. Pandan. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian (Cf). Selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris beliau juga fasih dalam bahasa Mandarin dan bahasa Kantonis.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Dayangku Intan merupakan salah seorang penyanyi wanita yang begitu popular pada separuh dekad akhir 80an. Terkenal dengan rangkaian lagu-lagu hits solo dan duet yang menjuarai carta radio-radio RTM malah pada tahun 1985, jualan albumnya antara terlaris di pasaran.

Keupayaan vokal serak basah Dayangku Intan dalam menyampaikan lagu-lagu berentak slow rock dan pop rock amat dipuji dan disifatkan lain daripada lain. Ketika itu nama Dayangku Intan sebaris dengan artis-artis wanita hebat yang lain seperti Francissca Peter, Sheila Majid, Ramlah Ram, Azlina Aziz, Rohana Jalil dan Zaiton Sameon. Beliau juga terkenal dengan lagu- lagu duet bersama penyanyi lelaki popular seperti Jay Jay dan Zainal Abidin.

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan bakat aktres tersohor negara yang digelar primadona filem Melayu Erra Fazira sebelum bergelar ratu cantik dan pelakon. Bakat nyanyian Erra juga dikesan oleh Dayangku Intan yang sering membawa Erra ke pertunjukan pentas. Biarpun bermula sebagai pelakon, impian Erra menjadi penyanyi tercapai apabila menyertai syarikat rakaman Polygram bersama-sama Dayangku Intan.

Pada tahun 2020 Dayangku Intan bernaung di bawah Senikita Studio[3] hingga 2023.

Dayangku Intan - Semakin Rindu Semakin Sayang "Taniah Untuk Dayangku Intan daripada Omry Musical Record Industries SDN. BHD."
Dayangku Intan - Suara Hati "Jualan (kaset) Melebihi 25,000 unit - WEA"

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Dayangku Intan aktif dan sering mengajur program-program belia dalam bidang seni.

Pada Mac 2013, Dayangku Intan menganjur sebuah aturcara Seni Kita[4] di Taman TAR, Ampang. Pertubuhan Seni Kita ini ialah untuk beri manfaat kepada rakyat terutama sekali kepada belia yang minat bidang seni untuk mempamerkan bakat-bakat mereka kepada masyarakat. Beliau pernah memegang jawatan Pengerusi Biro Bakti Pertiwi, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan bekas Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian (Majlis Pimpinan Wanita Keadilan)[5].

Calon PKR untuk Parlimen Pengerang, Johor pada PRU-13. Selepas Pakatan Rakyat dibubarkan pada 2015 beliau undur diri dari politik kemudian keluar dari PKR pada tahun 2018.

Saluran YouTube[sunting | sunting sumber]

Pada 2020 saluran YouTube DayangkuIntanTV aktif mengeluarkan YouTube video bersiri siniar Suara Hati Dayangku Intan dan YouTube video bersiri masak-masak Cakap-Cakap Makan-Makan bersama Dayangku Intan. saluran YouTube @DayangkuIntanTV bernaung di bawah Senikita Studio.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

  1. Secebis Kenangan (1983) - OMRI Records
  2. Semakin Rindu Semakin Sayang (1984) - OMRI Records
  3. Pertanyaan Hati (1986) - WEA
  4. Suara Hati (1988) - WEA
  5. Perasaan (1989) - WEA
  6. Cahaya (1992) - WEA

Mini Album/EP[sunting | sunting sumber]

  1. Suara Hatiku (1994) - Polygram
  2. Impian (1995) - Polygram

Single[sunting | sunting sumber]

  1. Rintihan Pengorbanan (2020) - Senikita Studio
  2. Rintihan Pengorbanan (Radio Version) (2021) - Senikita Studio

(ALBUM STUDIO)[sunting | sunting sumber]

Secebis Kenangan (OMRY/1983)[sunting | sunting sumber]

  1. Secebis Kenangan
  2. Joget Belahan Jiwa
  3. Teruna Pilihan
  4. Tak Siapa Yang Tahu
  5. Pantun Berkawan
  6. Cemburu Tanda Sayang
  7. Ku Rindu Kan Mu
  8. Derita Seorang Insan
  9. Manis Dibibir Saja
  10. Keindahan Rasa

Semakin Rindu Semakin Sayang (OMRY/1984)[sunting | sunting sumber]

  1. Kaulah Teman Kaulah Kekasih (duet bersama Hail Amir)
  2. Semakin Rindu Semakin Sayang
  3. Jejaka Penggoda
  4. Janganku Di Rayu
  5. Bila Kau Curah Janjimu
  6. Gelora Cinta (duet bersama Hail Amir)
  7. Tangisan Kasih
  8. Janjimu Janjiku
  9. Belaianmu
  10. Cinta Semalam

Pertanyaan Hati (WEA/1986)[sunting | sunting sumber]

  1. Jejaka Perasan (Lagu Tema Filem "Jejaka Perasan")
  2. Permintaan
  3. Semakin Rindu Semakin Sayang II
  4. Maafkanku Sayang
  5. Ke Mana Lagi
  6. Hakikatnya (Begitulah)
  7. Penyesalan (Lagu Tema Filem "Jejaka Perasan")
  8. Duka Pun Berlalu
  9. Tiada Kesangsian
  10. Pertanyaan Hati

Suara Hati (WEA/1988)[sunting | sunting sumber]

  1. Berpaut Di Dahan Cinta
  2. Kita Insan Biasa (duet bersama Jay Jay)
  3. Masih Adakah
  4. Di Amok Cinta
  5. Roda Kehidupan
  6. Sangsi
  7. Rintik Hujan Di Kelopak Mawar
  8. Mencari Cinta Abadi
  9. Bila Loceng Berbunyi
  10. Perjuangan Hati

Perasaan (WEA/1989)[sunting | sunting sumber]

  1. Perhitungan Terakhir
  2. Hitam Putih Cinta
  3. Harmoni Cinta
  4. Tarian Kehidupan
  5. Hanya Padamu
  6. Ke Sangkar Bahagia
  7. Peralihan Zaman (duet bersama Jay Jay)
  8. Asmara
  9. Radio
  10. Karang Di Lautan Sepi

Cahaya (WEA/1992)[sunting | sunting sumber]

  1. Lukisan Hati
  2. Cinta Di Taman Larangan
  3. Di Sini Cinta Berlabuh
  4. Walau Berjauhan
  5. Di atas Kertas Ini
  6. Pesan Rindu Terakhir
  7. Penantian
  8. Tarian Cinta
  9. Penggoda Di Awan Biru
  10. Inilah Kita


(MINI ALBUM/EP)

Suara Hatiku (Polygram/1994)

  1. Di Atas Kilauan Cintamu
  2. Kita Insan Biasa
  3. Kembali
  4. Semakin Rindu Semakin Sayang
  5. Secebis Kenangan


Impian (Polygram/1995)

  1. Lapisan Mimpi
  2. Dunia Milik Kita
  3. Esok Yang Tak Jelma
  4. Bunga Sakura
  5. Kita Serupa

Lagu-lagu lain[sunting | sunting sumber]

Senandung Hari Raya Untukmu (1989) dari album Gema Hari Raya - WEA

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Selekta Emas - Nostalgia (1994) - WEA

Antara Dua (1995) - Polygram

Koleksi 20 Lagu-Lagu Hits Jay Jay & Dayangku Intan (2007) - WEA

Nostalgia Abadi - Khazanah Muzik Berzaman, Dulu Kini Selamanya (2008) - Warner

29 lagu-lagu Hit Sepanjang Masa MEMORI HIT Dayangku Intan (2009) - Warner

SIRI MAMPU MILIKI Koleksi Lagu-lagu Terbaik Dayangku Intan (2014) - Warner

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1986 Ali Setan 2 Tipah (Latifah) Menggantikan pelakon asal Sheila Majid

Syarikat rakaman[sunting | sunting sumber]

1982 - 1984: Omry Records (Omry Musical Industries Sdn. Bhd.)

1985 - 1992: WEA Records Sdn. Bhd (kini Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.)

1993 - 1995: Polygram Records Sdn. Bhd.

2020 - 2023: Senikita Studio

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dayangku Intan 'lawan' Azalina di Pengerang". Sinar Harian. 19 April 2013. Dicapai pada 20 April 2013."Dayangku Intan 'lawan' Azalina di Pengerang #SHKolumnis"
  2. ^ "Wanita Keadilan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-24. Dicapai pada 2013-06-05.
  3. ^ ‘Rintihan Pengorbanan’ Dayangku Intan Penyanyi senior Dayangku Intan menyingkap erti di sebalik lagu terbarunya ‘Rintihan Pengorbanan.' - Getaran
  4. ^ video persembahan muzik di Seni Kita, Ampang Jaya
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-24. Dicapai pada 2013-06-05.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]