Salina (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salina
PengarahRaja Mukhriz
PenulisEllyna Ahmad
Dihasilkan olehShafirulnizam Haron
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Madness Films
Tarikh tayangan
  • 25 Mac 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
101 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Salina ialah sebuah filem seram misteri Malaysia 2021 arahan Raja Mukhriz dengan skrip oleh Ellyna Ahmad. Dibintangi oleh Mona Allen, Dewi Amanda, Alicia Amin dan Pekin Ibrahim, ia berkisarkan tentang seorang wanita penyayang dan menyimpan banyak rahsia tentang konflik kehidupannya sehingga terungkai misteri di sebalik kisah yang berlaku di antara mereka.[1] Filem ini pada asalnya ditayangkan pada Julai 2020, namun ditunda kepada 5 November. Bagaimanapun, ia ditayangkan secara rasmi pada 25 Mac 2021.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Mona Allen sebagai Salina[3]
  • Dewi Amanda sebagai Sabrina
  • Alicia Amin sebagai Marina
  • Pekin Ibrahim sebagai Rizal
  • Putri Inn sebagai Ema
  • Kaseh Balqis sebagai Amy
  • Syed Basir sebagai Idi
  • Ciara Nadine Brosnan sebagai Salina kecil
  • Elise Tamara Brosnan sebagai Sabrina kecil

Pelakon Jemputan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan dan keluaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran filem ini dijalankan pada 2019. Kos pembikinan filem ini mencecah RM1 juta.[2]

Salina dikeluarkan pada 25 Mac 2021 dan menjadi filem Melayu pertama ditayangkan selepas pawagam dibuka.[4] Ia sebelum ini telah ditunda tayangan sebanyak dua kali, antara Julai dan November 2020.[5] Majlis pratonton filem ini diadakan di MM2 Cineplex, eCurve, Petaling, Selangor.[2]

Mohd Haikal Isa dari Kosmo! menulis: "Sebuah filem seram yang baik akan berjaya membuatkan emosi penonton ‘terbawa’ dengan apa yang dipancarkan di layar panggung. Jika entiti seram yang dicernakan terasa seperti berada sama ada di kiri, kanan, depan atau belakang kita sewaktu menonton, itu petanda yang baik. Sayangnya, Salina seperti tidak konsisten dalam aspek tersebut".[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Salina' golak rumah tangga pasangan Pekin dan Mona". Berita Harian Singapura. 2 April 2021. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  2. ^ a b c Qarami Hashim (25 Mac 2021). "Tiga kali tangguh... 'Salina' jadi filem Melayu pertama ditayang selepas pawagam dibuka". mStar Online. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (16 April 2021). "Salina tidak mengecewakan". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  4. ^ Nadia Azam (25 Mac 2021). "Salina filem Melayu pertama ditayang lepas pawagam dibuka". Malaysiakini. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  5. ^ Zaidi Mohamad (30 Mac 2021). "Salina masuk pawagam selepas dua kali ditangguh". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  6. ^ Mohd Haikal Isa (1 April 2021). "Kekuatan, kelompongan 'seram' Salina". Kosmo!. Dicapai pada 31 Mei 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]