Alicia Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alicia Amin
Kelahiran
Raja Alicia binti Raja Amin

(1995-06-06) 6 Jun 1995 (umur 28)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Psikologi (Kerja Sosial)
Pusat pendidikanUniversiti RMIT, Melbourne
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2017–kini
Ketinggian1.75 m (5 ka ​8 78 in)
PasanganDr. Farzan Iqbal (k. 2021; c. 2023)

Raja Alicia Raja Amin (lahir 6 Jun 1995) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Asia's Next Top Model musim kelima pada tahun 2017.[3] Alicia turut tampil sebagai penyanyi jemputan dalam lagu "Sadd" nyanyian Emir Hermono.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Alicia Amin memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan sewaktu berusia 15 tahun pada 2010.[4]

Asia's Next Top Model[sunting | sunting sumber]

Alicia ialah salah seorang daripada dua peserta yang mewakili Malaysia dalam Asia's Next Top Model musim kelima, seorang lagi peserta ialah Shikin Gomez.[5][6] Beliau gagal mara ke minggu berikutnya apabila diumumkan tersingkir di minggu kelima.[7][8]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Selepas Asia's Next Top Model tamat, Alicia memulakan kerjaya lakonan secara sepenuh masa. Watak lakonan pertamanya ialah sebagai Dr. Sandra dalam drama Meh Sandar Lagi (2017) lakonan Aliff Aziz dan Mira Filzah,[9] kemudian diikuti oleh drama Alamatnya Cinta pada tahun 2018 yang mana beliau memegang watak Jasmine.

Pada tahun 2018 juga, Alicia membuat penampilan khas dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 sekaligus menjadi filem pertama lakonannya. Beliau kemudian berlakon dalam drama web pertamanya, Devoted (2019) yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Yana.

Pada tahun 2020, beliau membintangi drama web The Bridge musim kedua di samping barisan pelakon termasik Bront Palarae, Wan Hanafi Su, Fikry Ibrahim dan pelakon Indonesia, Ario Bayu. Dalam siri ini, beliau memegang watak sebagai Lyanna Mokhtar, pegawai baru yang dapat bekerja dengan idolanya, Serena lakonan Rebecca Lim.

Filem kedua lakonannya, Salina ditayangkan pada Mac 2021, menggandingkan beliau bersama pasangan pelakon, Mona Allen dan Pekin Ibrahim. Beliau memegang watak sebagai Marina. Tawaran berlakon drama juga diterimanya apabila membintangi drama Sitik Tok dan Keluarga Baha Don musim ketiga.

Alicia menjadi pelakon utama bersama Syazuwan Hassan dan Josiah Hogan dalam filem The Disappearance of Irdina Adhwa (2022) arahan Kyle A. Halim yang mana beliau memegang watak sebagai Sofia Arianna. Untuk menjayakan wataknya ini, beliau bertutur loghat negeri Sabah, yang disifatkannya benar-benar mencabarnya.[10][11] Beliau kemudian memegang watak sebagai Emma dalam drama Astro Originals, Kuasa: One Throne. Three Heirs. No Mercy.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Alicia dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik yang mana beliau ialah anak perempuan tunggal. Beliau berdarah kacukan Melayu, Cina dan Jerman. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kerja Sosial) di Universiti RMIT, Melbourne, Australia.[12]

Beliau berkahwin dengan seorang doktor perubatan, Dr. Farzan Iqbal pada 14 Februari 2021[13] dan bercerai talak satu pada 1 Mac 2023.[14] Alicia dan Farzan juga tidak mempunyai anak sepanjang perkahwinan mereka selama 2 tahun.[15]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Dirinya sendiri Filem pertama, penampilan khas
2021 Salina Marina
2022 The Disappearance of Irdina Adhwa Sofea Arianna
Rasuk Fiza
Seratus Pejalan kaki Penampilan khas
TBA Perisik Pra-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Meh Sandar Lagi Dr. Sandra TV3 Drama pertama
2018 Alamatnya Cinta Jasmine Astro Ria
2019 Ren & Bo Ren TM Snek
Devoted Yana Viu
2020 The Bridge (Musim 2) Lyanna Mokhtar Viu / HBO Asia
2021 Sitik Tok Aisha Aminuddin TV3
Keluarga Baha Don (Musim 3) Norazah Viu
I Promise Janji Anaqi Intan Astro Ria
2022 Ex Aku Pontianak Jay
Kuasa Emma Astro Citra
2023 Misteri Flat Kirana Mae Nak TV3
Perempuan Itu Aisyah Tonton
Persepsi Jessie Astro Ria
That Cover Girl Laila Prime Video
TBA Kuasa: One Special. Three Heirs. No More Mercy Emma Astro Citra

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2022 Raya Talak Satu Azura Astro Ria
2023 Kami TV Judy Astro Citra
Biar Biasa Biasa Aisha Aminuddin Astro Ria

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single tampilan[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Artis Album
"Sadd" 2018 Emir Hermono Bukan album single

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktres Filem Popular Dirinya sendiri Tercalon [16]
Couple Filem Popular Dirinya sendiri (bersama Syazuwan Hassan) Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syafil Syazwan Jefri (26 Jun 2020). "Gilap skil lakonan". Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  2. ^ John Ng (5 Mei 2023). "Cover Story: Alicia Amin is free from fear (featuring Fendi)" (dalam bahasa Inggeris). L'Officel Malaysia. Dicapai pada 9 Jun 2023.
  3. ^ "Alicia Amin Pernah Masuk Wad Psikiatri". mStar Online. 2 Januari 2018. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  4. ^ Tahir Alhamzah (6 September 2017). "Ballsy model-turned-actress Alicia Amin is unapologetic for baring it all" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  5. ^ "Two Malay models representing Malaysia in AsNTM Cycle 5" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! Life. 10 Februari 2017. Dicapai pada 3 Jun 2020.
  6. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (31 Mac 2017). "A model determination" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  7. ^ "Fierce! Malaysian contestant sashays into Asia's Next Top Model Cycle 5 finals". NST Online (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 28 Jun 2017. Dicapai pada 28 Jun 2017.
  8. ^ "Alicia Amin bukan sekadar seksi". Kosmo!. 5 Oktober 2022. Dicapai pada 4 Jun 2023.
  9. ^ Mohammad Al Faizal Abdul Karim (16 Mei 2023). "Mula-mula ramai cakap saya 'kayu' – Alicia Amin". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Jun 2023.
  10. ^ Qarami Hashim (25 Februari 2022). "Alicia Amin cabar diri cakap dialek Sabah… Buku lali bengkak gara-gara babak aksi dalam filem 'The Disappearance of Irdina Adhwa'". mStar Online. Dicapai pada 13 Mac 2022.
  11. ^ Jared Wee (1 Mac 2022). "Model-actress Alicia Amin says she's 'ready for more' acting challenges" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 13 Mac 2022.
  12. ^ Ramlah Zainal (20 April 2023). "Lebaran tetap indah". Harian Metro. Dicapai pada 4 Jun 2023.
  13. ^ Georgie Joseph (14 Februari 2021). "Alicia Amin kini isteri doktor". Harian Metro. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  14. ^ Farihad Shalla Mahmud (2 Mac 2023). "Alicia Amin, suami sah bercerai selepas dua tahun bersama". Berita Harian. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  15. ^ Zulqarnain Abu Hassan (21 Jun 2021). "Alicia Amin tak terburu timang anak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Jun 2022.
  16. ^ Affan Rostam (12 Mei 2023). "Alicia julung kali tembusi ABPBH 35". Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]