Samsung C&T Corporation
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Jenis | Awam KSE: 000830 |
|---|---|
| Industri | Perdagangan antarabangsa, Pelaburan, Kejuruteraan, Pembinaan |
| Ditubuhkan | 1938 |
| Pengasas | Lee Byung-chul |
| Ibu pejabat | |
| Pekerja | 7,291 (+2,427 di luar negara)[1] (2009) |
| Induk | Samsung Group |
| Laman web | www.samsungcnt.com |
Samsung C&T Corporation (dahulunya Samsung Corporation) (Korea: 삼성물산 Hanja: 三星物産) merupakan akar umbi Samsung Group dan kini terdiri daripada dua bahagian, iaitu Engineering & Construction Group (Kumpulan Kejuruteraan dan Pembinaan, "C") dan Trading & Investment Group (Perdagangan dan Pelaburan, "T"). Syarikat ini dinamakan semula dari Samsung Corporation yang bertumpukan perniagaan perdagangan dan pelaburan, kepada Samsung C&T Corporation selepas digabungkan dengan Samsung Engineering & Construction.
Isi kandungan |
Bidang perniagaan utama [sunting]
Engineering & Construction Group [sunting]
- Pembinaan - Menara Berkembar Petronas, Taipei 101, Burj Khalifa
- Kerja raya - Jambatan Besar Incheon, High-speed Railway C280 di Taiwan
- Loji - Kompleks Petrokimia di Taiwan, Loji Kuasa Nuklear Unit 5&6 di Uljin
- Perumahan - Samsung Tower Palace, Raemian Dogok di Seoul
Trading & Investment Group [sunting]
- Bahan asas dan jentera - tekstil, penjenamaan (cth. Pleomax), bahan asas, jentera dan loji
- Tenaga - bahan api fosil, tenaga baru dan boleh baharu, loji kuasa
- Bahan industri - besi dan keluli, perlogaman, elektronik, kimia