Sanggul Beracun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sanggul Beracun
PengarahSabri Yunus
PenulisSabri Yunus
Dihasilkan olehSyahid Johan
Dibintangi
Disunting olehKamil Hashim
Syarikat
penerbitan
Balang Rimbun Production
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 15 Mei 2011 (2011-05-15) (Malaysia, Singapura, Brunei)
  • 10 November 2011 (2011-11-10) (Indonesia, China)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem cereka Sanggul Beracun yang ditayangkan pada 15 Mei 2011 adalah karya Sabri Yunus diadaptasi secara longgar daripada Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur atau Cik Siti Jalang yang kisahnya menjadi lagenda di Kota Tinggi, Johor pada abad ke 17, iaitu sezaman dengan pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Filem ini adalah filem Malaysia pertama yang ditayangkan di platform "Over-The-Top" melalui Saluran 131 Astro Citra (langgan Mustika), dan memulakan langgan filem di saluran televisyen berbayar berkenaan [1].

Filem ini memenangi anugerah utama di Anugerah Skrin 2011 dan berjaya mengembalikan semula Sabri Yunus ke dunia penerbitan drama dan filem tanahair[2]. Lakonan hebat Erra Fazira juga berjaya dicalonkan di peringkat akhir untuk kategori Pelakon Televisyen Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2011. Filem ini juga menerima pencalonan untuk Sichuan TV Festival Gold Panda Awards 2013 bagi kategori Fotografi Terbaik dan dialih bahasa ke Bahasa Inggeris iaitu Poisonous Coiffure untuk tayangan antarabangsa [3].

Ini juga merupakan pengalaman kali ketiga buat Erra apabila disolek dengan kesan khas latex setelah filem Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa untuk menampilkan wajah jelik bagi watak Siti Aminah.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Cik Siti Aminah yang berwajah hodoh, telah mengamalkan ilmu hitam, yang menyebabkan lelaki yang mengahwininya akan mati pada malam pertama. Kematian suami Cik Siti adalah kerana terkena kala jengking belaannya. Setelah mengahwini 99 lelaki, Siti Aminah berkenalan dengan Hassan yang sudah beristerikan Sharifah Hassanah. Hassan ingin membalas dendam atas kematian abang iparnya, Syed Ariffin yang merupakan salah seorang bekas suami Siti Aminah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Erra Fazira sebagai Cik Siti Aminah
  • Nam Ron sebagai Hassan
  • Norseha Hameed sebagai Sharifah Hassanah
  • Haryanto Hassan sebagai Syed Ariffin
  • Kazar Saisi sebagai Wadi
  • Leez Rosli sebagai kekasih gelap Syed Ariffin
  • Farah Ahmad
  • Sulaiman Yassin
  • Sabri Yunus

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Tarikh Kategori Calon Keputusan
Anugerah Skrin 2011 4 November 2011 Telefilem Terbaik Syahid Johan (Penerbit) Menang
Pengarah Telefilem Terbaik Sabri Yunus Menang
Pelakon Lelaki Terbaik (Telefilem) Nam Ron Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik (Telefilem) Erra Fazira Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Telefilem) Sabri Yunus Tercalon
Lakon TV Terbaik Menang
Videografi TV Terbaik Balang Rimbun Menang
Bintang Harapan Pantene Along Eyzendy Tercalon
Anugerah Televisyen Asia 2011 8 Disember 2011 Pelakon Televisyen Wanita Terbaik Erra Fazira Tercalon
Sichuan TV Festival Gold Panda Awards 2013 30 Mei 2013 Fotografi Terbaik Balang Rimbun Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]