Hingga Hujung Nyawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hingga Hujung Nyawa
Hingga hujung nyawa 02.jpg
Pengarah A. Razak Mohaideen
Penerbit David Teo
Pengarang -
Lakonan Erra Fazira
Yusry KRU
Pengedar Metrowealth Movies Production
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Rujukan Filemkita

Filem Hingga Hujung Nyawa mula ditayangkan di pawagam pada 22 Julai 2004 dan dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry KRU. Filem ini ialah filem pertama yang menggunakan kesan khas solekan bagi menukarkan wajah pelakon (Erra Fazira) menjadi watak seorang tua berusia 78 tahun. Kos untuk kesan khas solekan menggunakan bahan silikon ialah sebanyak RM350,000.

Isi kandungan

Sinopsis [sunting]


Nora, gadis yang berasal dari keluarga miskin diterima belajar di sebuah kolej. Di sana dia bertemu dengan Kamil, seorang pemuda anak orang kaya. Kerana malu dirinya miskin, Nora berlagak seperti anak orang kaya, untuk menunjuk-nunjuk dia juga ada banyak wang tetapi kerap diminta daripada ibunya. Nora terpengaruh dengan kemewahan dan enggan mengaku asal-usulnya sebagai anak orang miskin gara-gara takut kehilangan Kamil yang kaya raya. Nora dan Kamil ahirnya berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Aniq. Pada suatu hari, Kamil mendapat tahu rahsia mengenai keluarga Nora yang sebenarnya miskin. Kamil menghalau dan memisahkannya Nora dari anak mereka Aniq, kerana terkilan dengan sikap Nora yang tidak mengaku ibu-bapanya hanya kerana mereka miskin. Akibatnya Nora mengalami tekanan mental. Walaupun begitu, Nora tabah mengharungi hidup. 50 tahun kemudian, Nora masih hidup dalam penyesalan. Anak Nora dan Kamil kini bergelar Dr. Aniq. Bagaimanakah Nora menjelaskan semua perbuatannya yang lalu apabila dia bertemu anaknya Aniq yang telah terpisah sejak sekian lama, dan dapatkah Aniq menerima kenyataan itu.

Pelakon [sunting]

  1. Erra Fazira (Nora)
  2. Yusry KRU (Kamil & Dr. Aniq)
  3. Khatijah Tan
  4. Abu Bakar Omar
  5. Ismail Din
  6. Serina Redzuawan
  7. Piee
  8. Maidin
  9. Zahida Rafik
  10. Norlia Ghani
  11. Vanida Imran
  12. Rashidi Ishak
  13. Farid Kamil

Pengarah [sunting]

Pencapaian [sunting]

  1. Festival Filem Malaysia ke-18, 2005
    1. Pelakon Wanita Terbaik - Erra Fazira