Nam Ron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nam Ron
Nam Ron02.jpg
Kelahiran Shahili Bin Abdan
21 November 1969 (44 tahun)
Kangar, Perlis
Warganegara  Malaysia
Nama lain Namron
Pekerjaan pengarah, penulis skrip, pelakon

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Bin Abdan lahir pada 21 November 1969 di Kangar, Perlis, Malaysia. Beliau merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan pelakon untuk teater, filem dan televisyen.


Penglibatan Awal[sunting | sunting sumber]

Mula melibatkan diri di dalam kegiatan teater pada tahun 1989 dengan menyertai group teater AKSI[1] di Kangar, Perlis. Semasa bersama group teater AKSI beliau terlibat dengan beberapa pementasan kecil sebagai pelakon. Hubungan beliau dengan group teater AKSI hanya selama dua tahun, perselisihan pandangan tentang pementasan teater telah mendorong beliau menubuhkan kumpulan teaternya sendiri pada tahun 1991 dengan menamakannya SEBATU. Ketika beliau bersama group teater SEBATU, dua buah teater telah dipentaskan di Kangar, Perlis iaitu Jiwa (1992) dan Sel Terakhir (1994). Semasa pementasan teater Jiwa, Nam Ron menjadi pengarah dan penulis skrip serta turut sama berlakon sementara di dalam pementasan Sel Terakhir, beliau hanya mengarah dan menulis skripnya[1].

Zaman Pengajian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, beliau sekali lagi terpaksa meninggalkan SEBATU kumpulan yang beliau asaskan sendiri kerana melanjutkan pengajian di dalam teater di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang ini lebih dikenali sebagai ASWARA . Beliau sudahpun berusia 25 tahun ketika menjejak kaki ke ASK. Ketika di ASK beliau rapat dengan pensyarahnya yang juga merupakan Ketua Jabatan Teater di ASK iaitu Krishen Jit. Datuk Krishen Jit yang juga merupakan seorang pengarah teater bahasa inggeris dan salah seorang pengasas Five Arts Center[2] secara tidak langsung menjadi mentor kepada Nam Ron. Sepanjang tempoh pengajian di ASK, beliau menumpukan kepada kerja-kerja pengarahan, di antara teater-teater yang ditulis dan diarahkan olehnya adalah Main-Main Bersama Teater (1994), Kerana Anna (1995) dan Percakapan Seorang Aku (1995). Ketiga-tiga pementasan itu diadakan di kawasan kampus ASK dan penontonnya terdiri dari penuntut dan kakitangan ASK serta penonton dari luar yang terdiri dari pengemar teater. Kejayaan ketiga-tiga pementasan tersebut membuatkan beliau terus menghasilkan siri pementasannya. Pada tahun 1996 secara tidak rasmi Nam Ron telah menubuhkan kumpulan teaternya yang diberi nama Alternative Stage. Melalui Alternative Stage, beliau telah mementaskan sebuah skrip karya Dinsman berjudul Di Pulau Sa dan Di[3], di ASK. Pementasan teater tersebut kemudiannya dijadikan teater keliling apabila dipentaskan di Kuching, Sri Aman, Sarikei dan Mukah di Sarawak. Dan, penamatnya diadakan di British Council, Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, beliau telah digantung dari pengajiannya kerana tidak menyiapkan kerja krusus dan kembali semula ke ASK pada tahun berikutnya. Pada tahun 1998, melalui Alternative Stage beliau mementaskan sebuah lagi karya Dinsman iaitu Bukan Bunuh Diri dan pada tahun 1999 beliau mementaskan Look Back in Anger karya John Osborne[[4]] sebagai projek akhir akademiknya di ASK.

Pengiat Teater[sunting | sunting sumber]

Tamat pengajian Nam Ron bersama rakannya Toemoe telah mendaftarkan Alternative Stage sebagai sebuah syarikat teater. Pada tahun 2000 beliau telah mengarahkan teater MISI tulisan bersama Faisal Tehrani di Mini Auditorium MTC. Kejayaan teater tersebut mendorong Dewan Bahasa dan Pustaka menaja persembahan tersebut untuk dibawa ke Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Selepas teater Misi, beliau telah mengarah dan menulis beberapa lagi teater bersama Alternative Stage antaranya adalah Proses, Gedebe(2001), Lembu(2002), Jangan Bunuh Sam karya Zakaria Arifin (2003), Matderihkolaperlih (2003), Aku Nak Jadi Bintang(2004), Laut lebih Indah dari Bulan, Projek kolaborasi Ka Si Pe Cah (2006), Alih Punggong (2007).

Matderihkolaperlih telah dipentaskan di Singapura di bawah projek suitcase, projek kolaborasi antara pengiat teater singapura dan Malaysia. Manakala melalui projek Kolaborasi Ka Si Pe Cah, beliau yang mementaskan karya WIP telah berkolaborasi bersama pengiat teater bahasa cina iaitu Loh Kok Man dan Pengiat teater bahasa Inggeris, Jo Kukathas telah mementaskannya di Malaysia dan Tokyo, Japan.

Sepanjang tempoh ini juga beliau telah mengikuti suatu program yang dinamakan Asian Theatre Practice 1, bermula dari tahun 2003 hingga 2005 dan Asian Theatre Practice 2 bermula 2007 hingga 2008. Kedua-dua program tersebut diadakan di Tokyo, Japan selain di Filipina dan Indonesia.

Bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja teater dilaksanakan oleh generasi selepasnya, beliau bersama beberapa karyawan muda teater seperti Fareed Ayam, Zahiril Adzim, Khairunazwan Rodzy, Khiril Ridzuan dll telah menubuhkan Rumah Anak Teater (RAT) dan Nam Ron bertindak sebagai pengarah artistik.

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Lips to Lips (2000)
  2. Gedebe (2001)
  3. Paloh (2003) (Pelakon Utama)
  4. The Big Durian (2003)
  5. Gubra (2006) (Pelakon Utama)
  6. Dukun (2007) Diharamkan tayangan
  7. Histeria (2008) (Pelakon Pembantu)
  8. Gadoh (2009)
  9. Aku Tak Bodoh (2010) (Pelakon Pembantu)
  10. Misteri Jalan Lama (2011) (Pelakon Pembantu)
  11. Cahaya (2011) (Pelakon Pembantu)
  12. Andai (2011) (Pelakon Pembantu)
  13. Bunohan (2012) (Pelakon Pembantu)
  14. Chot Kit (2012) (Pelakon Pembantu)
  15. 29 Februari (2012) (Pelakon Pembantu)
  16. Langgar (2013) (Pelakon Pembantu)
  17. Ular (2013) (Pelakon Utama)

Akan ke Lokasi

  • A Year Without Summer - (2011) (Pelakon Utama)[2]
  • Malam - (2011) (Pelakon Utama)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Nam Ron(2009)Laut Lebih Indah Dari Bulan: Antologi Skrip Teater Nam Ron, Kuala Lumpur: Oxygen Media.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]