Sara Bareilles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sara Bareilles
Sara Bareilles, 26 September 2010
Latar belakang
Nama lahir Sara Beth Bareilles
Juga dikenali sebagai Serina
Kelahiran 7 Disember 1979 (34 tahun)
Eureka, California, Amerika Syarikat
Genre Pop rock, piano rock
Pekerjaan Penyanyi, penulis lagu, pemuzik
Instrumen Vokal, piano, gitar, ukulele, harmonium
Tahun aktif 2002 - kini
Label Epic
Kegiatan berkait Ingrid Michaelson, OneRepublic, Jon McLaughlin
Laman web sarabmusic.com

Sara Beth Bareilles (pron.: /bəˈrɛlɪs/ bə-REL-is; dilahirkan pada 7 Disember 1979)[1] merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pemain piano yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau memperoleh kejayaan dalam media arus perdana pada tahun 2007 dengan single hit, "Love Song" yang membawanya kepada kedudukan nombor satu dalam carta Pop 100 untuk Billboard.[2] Beliau juga telah menjual sebanyak lebih daripada 1 juta rakaman dan lebih daripada 4 juta rakaman single dalam Amerika Syarikat dan telah dicalonkan untuk Anugerah Grammy sebanyak tiga kali.[3] Pada musim ketiga rancangan NBC yang bertajuk The Sing-Off, beliau telah dijemput untuk menjadi juri selebriti di samping Ben Folds dan Shawn Stockman daripada kumpulan Boyz II Men. Pada Februari 2012, VH1 telah meletakkan tempat beliau pada kedudukan nombor ke-80 dalam senarai "Top 100 Greatest Women in Music".[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lymangrover, Jason (2007). "Sara Barilles > Biography". allmusic.com. Diperolehi pada 28 November 2009. 
  2. Love Song - Sara Bareilles. Billboard.com
  3. Sara Bareilles Scores Grammy Nomination. PR Newswire, Epic
  4. Graham, Mark. "VH1's 100 Greatest Women in Music". VH1. Diperolehi pada 29 Februari 2012.