Satukan Rasa (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Satukan Rasa"
Single oleh Siti Nordiana dan Khai Bahar
Dilancarkan pada2 Julai 2019
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang3:39
SyarikatSeventeen Eleven Music
PenulisKanda Adinda, Iman Imran
Kronologi Kronologi Siti Nordiana
""Hatiku Milikmu"
(2018)"
"Satukan Rasa" ""Kejam"
(2019)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Satukan Rasa" merupakan sebuah lagu yang dirakamkan dan dipersembakan oleh Siti Nordiana dan Khai Bahar.[1][2] Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Kanda Adinda dan Iman Imran dan menjadi lagu tema siri drama bertajuk sama yang dibintangi oleh Nana dan Khai dan dikeluarkan pada 3 Julai 2019.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut Nana, idea untuk berduet bersama Khai Bahar sudah lama difikirkan, tetapi kekangan masa masing-masing membuatkan perancangan itu terpaksa ditunda. Beliau berkata: "Hanya pada Mei 2019 kami buat keputusan untuk berduet. Saya hubungi Khai dan mencadangkan menyanyikan lagu duet, apatah lagi saya sudah agak lama tidak keluar dengan lagu baharu,".[3] Khai pula berkata: "Bagi saya, kelebihan berduet bersama Kak Nana adalah kerana nada suara kami yang lebih kurang sama. Jadi, apabila berduet ia mudah serasi. Dalam masa sama, hubungan rapat kami menjadikan kerjasama ini lebih mudah,".[4]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[5]
  1. "Satukan Rasa" – 3:25

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 2 Julai 2019 Muat turun digital[5]
pensitriman digital[6]
Seventeen Eleven Music

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rudy Imran Shamsuddin (4 Julai 2019). "Buktikan berbisa! - Nana & Khai Bahar". Harian Metro. Dicapai pada 17 Oktober 2019.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (3 Julai 2019). "'Kami tak buat gimik'". Berita Harian. Dicapai pada 17 Oktober 2019.
  3. ^ "Khai Bahar, Siti Nordiana Akhirnya 'Disatukan' Menerusi Satukan Rasa". Kopiplanet. 3 Julai 2019. Dicapai pada 17 Oktober 2019.
  4. ^ "Satukan Rasa Siti Nordiana dan Khai Bahar". SalamWebToday. 3 Julai 2019. Dicapai pada 17 Oktober 2019.
  5. ^ a b "Satukan Rasa - Single by Siti Nordiana & Khai Bahar". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 7 Julai 2020.
  6. ^ "Satukan Rasa - Single by Siti Nordiana & Khai Bahar". Spotify. Dicapai pada 11 Julai 2020.