Segitiga Terumbu Karang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman kebangsaan di Segitiga Terumbu Karang
Acropora latistella

Segitiga Terumbu Karang adalah istilah geografi yang merujuk perairan di Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina, Kepulauan Solomon dan Timor Leste yang kaya dengan terumbu karang. Segitiga Terumbu Karang dinobatkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) sebagai salah satu dari keutamaan pemuliharaan kehidupan maritim yang dilancarkan pada tahun 2007.[1]

Segitiga Terumbu Karang meliputi wilayah serupa bentuk segi tiga lebih dari 6,500,000 km², dengan lebih dari 600 spesies terumbu karang dan meliputi 75% semua spesies terumbu karang yang ada di dunia.

Lebih dari 3,000 spesies ikan tinggal di Segitiga Terumbu Karang, termasuk ikan terbesar yu paus, dan fosil hidup selakant.

Rujukan[sunting | sunting sumber]