Sekolah Kebangsaan Kampong Beraya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Beraya
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri, 98000, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB4101
FaksTIADA

Sekolah Kebangsaan Kampung Beraya atau nama ringkasnya SK Kg. Beraya, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Beraya memiliki 40 pelajar lelaki dan 29 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 69 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.

Pada awal tahun 2015, SK Kg Beraya telah mendapat laluan bertar sekitar padang sekolah yang dapat menghubungkan antara bangunan prasekolah dengan bangunan utama SK Kg Beraya. Pembinaan jalan bertar antara bangunan utama sekolah dan pejabat dengan bangunan prasekolah. Pembinaan jalan bertar ini melalui sumbangan Ahli Parlimen Sibuti iaitu YB Ahmad Lai Bin Bujang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEBAHAGIAN BANGUNAN

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967. Nama sekolah ini belum pernah ditukar sejak dari ia ditubuhkan. Ia masih kekal dengan nama SRK Kampung Beraya. Pada tahun 1999 SRK ditukar kepada SK (Sekolah Kebangsaan) kerana untuk menyeragamkan identiti sekolah seluruh Malaysia.

Bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan daun nipah pada awalnya.  Kemudian sekolah ini diubah suai oleh kerajaan dan atapnya beratapkan zink. Bangunan sekolah ini pada awalnya mempunyai 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik pejabat guru dan sebuah bilik pejabat Guru Besar. Jarak sekolah ini dari pusat pentadbiran Bandar Miri ialah lebih kurang 40 km dengan menggunakan jalan bertanah/pasir. Disebabkan itu, juga ia terpisah dari pusat pentadbiran mengakibatkan kemudahan di sini belum lengkap dan tidak mempunyai bekalan elektrik dan air yang bersih.

Sekolah ini mulai dibuka dengan hanya 20 orang murid lelaki dan perempuan. Hanya sebuah kelas Tahun 1 dengan 2 orang guru yang mengajar. Sekolah ini diasaskan oleh seorang guru dengan bantuan orang kampung di sini yang berasal dari Kuching.  Beliaulah mula-mula sekali mengajar di sini dengan belajar di bawah bangunan yang didirikan dengan atap daun, berdinding kulit kayu. Guru tersebut bernama En. Bakhtiar Mindin.

Sekolah ini mendapat namanya daripada nama kampung ini sendiri iaitu Kampung Beraya. Kalau diikut maksud, 'beraya' dalam kamus ialah berpesta, tetapi bagi penduduk kampung di sini tidak ada membawa apa-apa erti.  Terdapat juga sebuah kisah lampau sebelum kampung ini diberi nama Kampung Beraya.  Orang di sini menceritakan bahawa terdapat seorang wanita cantik yang selalu datang ke kampung ini. Wanita tersebut berketurunan Dalih, rupa parasnya sungguh cantik. Setiap kali wanita cantik itu datang, orang ramai akan berpusu-pusu datang menyambut wanita tersebut di tepi pantai seolah-olah ia sebuah pesta/perayaan.  Orang ramai yang datang untuk menyaksikan kecantikan wanita tersebut hingga tidak terbilang banyaknya. Orang tua-tua mengatakan, kalau pokok kelapa diletak di pantai ini, batang pokok tersebut hancur dipijak oleh orang yang datang. Daripada kisah inilah kampung ini dinamakan Kampung Beraya.[perlu rujukan]

Kini setelah 37 tahun penubuhannya, SK Kampung Beraya sudah dihubungi oleh sistem jalan raya yang baik. Sistem jalan raya Trans Borneo Highway dibina bermula awal tahun 2003 dan siap melepasi kawasan dari Maktab Perguruan Sarawak hingga Bekenu melalui Jalan Bakam.  Kemudahan elektrik ke kawasan kampung bermula pada tahun tersebut.  Bagi sekolah, kemudahan elektrik mula dibekalkan pada tahun 2004 sejajar dengan kehendak kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan ICT kepada seluruh sekolah di Malaysia.

Pada masa sekarang, S.K Kampung Beraya mempunyai 6 buah bilik kelas, bilik guru besar, bilik guru, perpustakaan, bilik RMT dan 5 kuarters guru. Jumlah staf ialah sebanyak 13 orang. Pada tahun 2006, S.K Kampung Beraya mendapat perluasan bagi pembinaan bangunan prasekolah yang siap pada tahun berikutnya hingga kini.

Bendera sekolah[sunting | sunting sumber]

BENDERA SK KG BERAYA

Panjang = 2 meter

Lebar setiap jalur = 1 kaki = 30 cm

Warna hijau melambangkan kebersihan dan kesegaran desa.

Warna kuning pula melambangkan kedaulatan raja dan undang-undang.

Maskot sekolah ialah seekor RUSA yang membawa makna (R) Rajin,

(U) Usaha, (S) Satu, (A) Amalan. Haiwan ini juga membawa keunikan di mata penduduk Kampung Beraya.

Unggul pula ialah cogan kata yang menjadi teras dan lambang kejayaan sekolah.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Unggul

Unggul menjadi teras kita

Lambang kebanggaan kita semua

Di S.K kampung Beraya

Apaku kata pasti ku kotakan

Berbekalkan semangat yang waja

Akan ku tempuhi segalanya

Rintangan dan halangan

Demi namamu oh sekolahku

c/  S.K Kampung Beraya

Namamu ku sanjung dan ku puja

Hanya kau satu tiada duanya

Tidak pernahku melupakan

budimu ku kenang jasa tidak terhingga

keranamu ku insan berguna

Kepada agama nusa bangsa

ku ikrarkan janji dengan setia

walau kau jauh dari pandangan mata

namun di hatiku tetap setia

Oh S.K Kampung Beraya

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

LOGO SK KG BERAYA

WARNA KUNING = Kesungguhan dan ketabahan seta kejayaan yang diimpikan

WARNA HIJAU = Ketenteraman dan keselesaan

WARNA PUTIH = Budi pekerti yang mulia

WARNA HITAM = Tegas dan berdisiplin tinggi

LIMA GELUNG = Semangat kesukanan  yang jitu untuk menuju kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan.

SIJIL = Dilambangkan sebagai ilmu pengetahuan yang menjadi nadi untuk mencapai kejayaan.

TERUS UNGGUL = Cogan kata sekolah yang menginginkan kejayaan berterusan dalam kurikulum dan kokurikulum.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Beraya
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri
98000, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Faks = TIADA

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

BIL NAMA TAHUN
1. Putit Tiada rekod
2. Bakhtiar 1968 - 1973
3. Taha 1973 - 1974
4. Hj. Bidin bin Dris 1974 - 1976
5. En. Ghani bin Sulaiman 1977 -1980
6. Mr. Lim Thin Hin 1981 - 1982
7. Adat bin Samat 1983
8. Hanafi bin Rosli 1984
9. Idris bin Usin 1985 - 1990
10. Tahot bin Sulai (Memangku) 1991 - 1992
11. Harunoor bin Ismail (Memangku) 1993
12. Jacky Uda 1994 - 1999
13. Hapdilah bin Sidi 1999 - 2004
14. Marzuki bin Hj. Abdul Rahman 2005 – Jun 2008
15. Othman bin Hj. Yunus Julai 2008 - sekarang

Senarai staf SK Kg Beraya dari tahun 1985 hingga 2014[sunting | sunting sumber]

STAF AKADEMIK 1985

Guru Besar      -           En Idris Husin

Guru Thn 1      -           En. Md. Shukri Ramli

Guru Thn 4      -           En. Md. Narudin Ramli

Guru Thn 6      -           En. Antony Sawdesh  

STAF AKADEMIK 1987

Guru Besar      -           En Idris Husin

Guru Thn 3      -           En. Md. Shukri Ramli

Guru Thn 1      -           En. Md. Narudin Ramli

Guru Thn 6      -           En. Ibrahim Talib  

STAF AKADEMIK 1988

Guru Besar      -           En Idris Husin

Guru Thn 2      -           En. Ibrahim Talib

Guru Thn 4      -           En. Mudihi Hj. Abd. Kadir  

STAF AKADEMIK 1989

Guru Besar      -           En Idris Husin

Guru Thn 3      -           En. Ibrahim Talib

Guru Thn 5      -           En. Mudihi Hj. Abd. Kadir  

STAF AKADEMIK 1990

Guru Besar                  -           En Idris Husin

Guru Asas Thn 1         -           En. Tahot Sulai

Guru Thn 4                  -           En. Ibrahim Md. Talib

Guru Thn 6                  -           En. Mudihi Hj. Abd. Kadir   

STAF AKADEMIK 1991

Pemangku Guru Besar            -           En. En. Tahot Sulai

Ustazah Norsiah Hj. Yun

Noor Hashimah bt. Ramli

Haimisah bt Sherbini 

STAF AKADEMIK 1992

Pemangku Guru Besar            -           En. En. Tahot Sulai

Ustazah Norsiah Hj. Yun

Noor Hashimah bt. Ramli

Haimisah bt Sherbini

Harunoor Ismail  

STAF AKADEMIK 1993

Pemangku Guru Besar            -           Pn. Harunoor Ismail

Ustazah Norsiah Hj. Yun

Farida Seman

Haimisah bt Sherbini  

STAF AKADEMIK 1994

Guru Besar      -           En. Jacky Uda

Pn. Harunoor Ismail

Ustazah Norsiah Hj. Yun

Farida Seman

Haimisah bt Sherbini  

STAF AKADEMIK 1995

Guru Besar      -           En. Jacky Uda

Pn. Harunoor Ismail

Ustazah Norsiah Hj. Yun

Farida Seman 

STAF AKADEMIK 1995-1999

 Tiada data   

STAF AKADEMIK 2000

Guru Besar      -           En. Hapdilah Sidi

PK1                 -           Ustaz Azlan Abdullah

PKHEM          -           Pn. Haisah Samsu

PKKK             -           En. Abdul Rahman Amin

Guru Akademik          - En Jemali Len

Guru Akademik          - Cik Moi Fong Fei

Guru Akademik          - Pn. Thilagavathi  

STAF AKADEMIK 2001

Guru Besar      -           En. Hapdilah Sidi

PK1                 -           Jemali Len

PKHEM          -           Pn. Haisah Samsu

PKKK             -           En. Abdul Rahman Amin

Guru Akademik          - Ustaz Azlan Abdullah

Guru Akademik          - Cik Moi Fong Fei

Guru Akademik          - Pn. Thilagavathi  

STAF AKADEMIK 2002

Guru Besar      -           En. Hapdilah Sidi

PK1                 -           Jemali Len

PKHEM          -           Pn. Haisah Samsu

PKKK             -           En. Abdul Rahman Amin

Guru Akademik          - Ustaz Azlan Abdullah

Guru Akademik          - Cik Moi Fong Fei

Guru Akademik          - Pn. Thilagavathi/Johnizar Simawi 

STAF AKADEMIK 2003

Guru Besar      -           En. Hapdilah Sidi

PK1                 -           En. Masri Jaya

PKHEM          -           En. Jemali Len

PKKK             -           En. Abdul Rahman Amin

Guru Akademik          - Ustaz Azlan Abdullah

Guru Akademik          - En. Md. Hasrol Esa

Guru Akademik          - En. Cosmas Daniel Jita

Guru Akademik          - En. Yusri Yusup 

STAF AKADEMIK 2004

Guru Besar                  -           En. Hapdilah Sidi

PK1                             -           En. Masri Jaya

PKHEM                      -           En. Cosmas Daniel Jita

PKKK                         -           En. Abdul Rahman Amin

Guru Akademik          -           Ustaz Kamal Arifin Ali

Guru Akademik          -           En. Md. Hasrol Esa

Guru Akademik          -           Cik Zaleha Jaafar

Guru Akademik          -           En. Yusri Yusup  

STAF AKADEMIK 2005

Guru Besar                  -           En. Marzuki bin Abd Rahman

PK1                             -           Ustaz Kamal Arifin Ali

PKHEM                      -           En. Cosmas Daniel Jita

PKKK                         -           En. Abdul Rahman Amin

Guru Akademik          -           Cik Zuraidah binti Ramli

Guru Akademik          -           En. Md. Hasrol Esa

Guru Akademik          -           En. Yusri Yusup

Guru LPBS                 -           Cik Hasina binti Hj. Rosli  

STAF AKADEMIK 2006

Guru Besar                  -           En. Marzuki bin Abd Rahman

PK1                             -           Ustaz Kamal Arifin Ali

PKHEM                      -           En. Cosmas Daniel Jita

PKKK                         -           Cik Hasina binti Hj. Rosli

Guru Akademik          -           Pn. Lau Tai Eng

Guru Akademik          -           En. Md. Hasrol Esa

Guru Akademik          -           En. Yusri Yusup

Guru j-QAF                -           Ustazah Nik Asilati binti Nik Ideris

Guru j-QAF                -           Ustazah Nor Morni binti Jusoh

Guru Pra Sekolah        -           Cik Dyg Faralina binti Awg Abdullah 

STAF AKADEMIK 2007

Guru Besar                  -           En. Marzuki bin Abd Rahman

PK1                             -           Ustaz Kamal Arifin Ali

PKHEM                      -           En. Cosmas Daniel Jita

PKKK                         -           Cik Hasina binti Hj. Rosli

Guru Akademik          -           Pn. Lau Tai Eng

Guru Akademik          -           En. Md. Hasrol Esa

Guru Akademik          -           En. Yusri Yusup

Guru j-QAF                -           Ustazah Nik Asilati binti Nik Ideris

Guru j-QAF                -           Ustazah Nor Morni binti Jusoh

Guru Pra Sekolah        -           Cik Dyg Faralina binti Awg Abdullah  

STAF AKADEMIK 2008

Guru Besar                  -           En. Othman bin Hj. Yunus

PK1                             -           Ustaz Kamal Arifin Ali

PKHEM                      -           En. Cosmas Daniel Jita

PKKK                         -           Cik Hasina binti Hj. Rosli

Guru Akademik          -           Pn. Lau Tai Eng

Guru Akademik          -           En. Md. Hasrol Esa

Guru Akademik          -           En. Yusri Yusup

Guru Akademik          -           En. Omar bin A.Zamani

Guru Akademik          -           En. George Langat Ngau

Guru Akademik          -           Pn. Noorine ak Edoi

Guru j-QAF                -           Ustazah Nik Asilati binti Nik Ideris

Guru j-QAF                -           Ustazah Nasihah binti Yusoff

Guru Pra Sekolah        -           Cik Dyg Faralina binti Awg Abdullah  

STAF AKADEMIK 2009

Guru Besar                  -           En. Othman bin Hj. Yunus

PK1                             -           Ustaz Kamal Arifin Ali

PKHEM                      -           En. Cosmas Daniel Jita

PKKK                         -           Cik Hasina binti Hj. Rosli

Guru Akademik          -           En. Md. Hasrol Esa

Guru Akademik          -           En. Yusri Yusup

Guru Akademik          -           En. Omar bin A.Zamani

Guru Akademik          -           En. George Langat Ngau

Guru Akademik          -           Pn. Noorine ak Edoi

Guru Akademik          -           Pn. Jenny ak Ajem

Guru j-QAF                -           Ustazah Nik Asilati binti Nik Ideris

Guru j-QAF                -           Ustazah Nasihah binti Yusoff

Guru Pra Sekolah        -           Pn. Roslina binti Mohamad

Guru Pemulihan          -           Cik A’bidah binti Ahmad  

STAF AKADEMIK 2010

Guru Besar                  -           En. Othman bin Hj. Yunus

PK1                             -           Cik Hasina binti Hj. Rosli

PKHEM                      -           En. George Langat Ngau

PKKK                         -           En. Md. Hasrol Esa

Guru Akademik          -           Ustaz Kamal Arifin Ali

Guru Akademik          -           Dom Dawin Jangin

Guru Akademik          -           En. Omar bin A.Zamani

Guru Akademik          -           En. Yusri Yusup

Guru Akademik          -           Pn. Jenny ak Ajem

Guru Akademik          -           Pn. Noorine ak Edoi

Guru j-QAF                -           Ustazah Nik Asilati binti Nik Ideris

Guru j-QAF                -           Ustazah Nasihah binti Yusoff

Guru Pra Sekolah        -           Pn. Roslina binti Mohamad

Guru Pemulihan          -           Cik A’bidah binti Ahmad

STAF BUKAN AKADEMIK

Puan Rozzy Kalong    2001 hingga sekarang

Puan Nor Faridah binti Junaidi  2007 hingga September 2010

Puan Nora ak Tawan   September 2010   

STAF AKADEMIK 2011

Guru Besar                  -           En. Othman bin Hj. Yunus

PK1                             -           Pn. Hasina binti Hj. Rosli

PKHEM                      -           En. George Langat Ngau

PKKK                         -           En. Md. Hasrol Esa

Guru Akademik          -           Ustaz Kamal Arifin Ali

Guru Akademik          -           Pn. Suhaffiza binti Salim

Guru Akademik          -           En. Omar bin A.Zamani

Guru Akademik          -           En. Yusri Yusup

Guru Akademik          -           Pn. Sharifah Rakiah binti Wan Drahman

Guru Akademik          -           Pn. Noorine ak Edoi

Guru j-QAF                -           Ustazah Nik Asilati binti Nik Ideris

Guru j-QAF                -           Ustazah Nasihah binti Yusoff

Guru Pra Sekolah        -           Pn. Roslina binti Mohamad

Guru Pemulihan          -           Cik A’bidah binti Ahmad

STAF BUKAN AKADEMIK

Puan Rozzy Kalong    2001 hingga sekarang

Puan Nora ak Tawan   September 2010 hingga sekarang 

STAF AKADEMIK 2012

Guru Besar                  -           En. Othman bin Hj. Yunus

PK1                             -           Puan Hasina binti Hj. Rosli

PKHEM                      -           En. George Langat Ngau

PKKK                         -           En. Yusri Yusup  

Guru Akademik          -           Ustaz Kamal Arifin Ali

Guru Akademik          -           Pn. Suhaffiza binti Salim

Guru Akademik          -           En. Omar bin A.Zamani

Guru Akademik          -           En. Md. Hasrol Esa

Guru Akademik          -           Pn. Sharifah Rakiah binti Wan Drahman

Guru Akademik          -           Pn. Noorine ak Edoi

Guru j-QAF                -           Ustazah Nik Asilati binti Nik Ideris

Guru j-QAF                -           Ustazah Nasihah binti Yusoff

Guru Pra Sekolah        -           Pn. Roslina binti Mohamad

Guru Pemulihan          -           Cik A’bidah binti Ahmad

STAF BUKAN AKADEMIK

Puan Rozzy Kalong    2001 hingga sekarang

Puan Nora ak Tawan   September 2010 hingga sekarang

Encik Awang Jawawi bin Awang Moksin  

STAF AKADEMIK 2013
Guru Besar - En. Othman bin Hj. Yunus
PK1 - Puan Hasina binti Hj. Rosli
PKHEM - En. George Langat Ngau
PKKK - En. Omar bin A.Zamani
Guru Akademik - Ustaz Kamal Arifin Ali
Guru Akademik - Pn. Rani a/p Arumugam
Guru Akademik - Pn. Zaleha binti Main
Guru Akademik - En. Md. Hasrol Esa
Guru Akademik - Pn. Sharifah Rakiah binti Wan Drahman
Guru Akademik - Pn. Noorine ak Edoi
Guru Akademik - Cik Engku Nurul Farahana binti Engku Aziz - Julai
Guru Akademik - Cik Maizureen binti Mahidin - Julai
Guru Akademik - Cik Wan Nor Haslinda binti Wan Zaidi - Julai
Guru j-QAF - Ustazah Nik Asilati binti Nik Ideris
Guru j-QAF - Ustazah Nasihah binti Yusoff
Guru Pra Sekolah - Pn. Roslina binti Mohamad
Guru Pemulihan - Pn. Eshantee ak Engkamat - Julai
 
STAF BUKAN AKADEMIK
Puan Rozzy Kalong    2001 hingga sekarang

Puan Nora ak Tawan   September 2010 hingga sekarang

Encik Awang Jawawi bin Awang Moksin

 

STAF AKADEMIK 2014
 
Guru Besar - En. Othman bin Hj. Yunus
PK1 - Puan Hasina binti Hj. Rosli
PKHEM - Pn. Zaleha binti Main
PKKK - Pn. Sharifah Rakiah binti Wan Drahman
Guru Akademik - Ustaz Kamal Arifin Ali
Guru Akademik - Pn. Rani a/p Arumugam
Guru Akademik - En. Helmi bin Tambi
Guru Akademik - Cik Engku Nurul Farahana binti Engku Aziz
Guru Akademik - Cik Maizureen binti Mahidin
Guru Akademik - Cik Wan Nor Haslinda binti Wan Zaidi
Guru j-QAF - Ustazah Nik Asilati binti Nik Ideris
Guru j-QAF - Ustazah Nasihah binti Yusoff
Guru Pra Sekolah - En. Shukri bin Sulaiman
Guru Pemulihan - Pn. Eshantee ak Engkamat
 
STAF BUKAN AKADEMIK
Puan Rozzy Kalong    2001 hingga sekarang

Puan Nora ak Tawan   September 2010 hingga sekarang

Encik Awang Jawawi bin Awang Moksin

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Prasekolah telah mendapat perluasan pada tahun 2006 dan memiliki sebuah bangunan khas bagi kelas prasekolah yang beroperasi pada tahun yang sama.

Boleh layari pautan blog prasekolah SK Kg Beraya.

http://praskkgberaya.blogspot.my/2015/10/sejarah-sekolah.html?m=1