Sekolah Kebangsaan Langkon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Langkon
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 140, 89108, Kota Marudu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Pelita Hidup
Ditubuhkansejak 1961
Autoriti pendidikanKota Marudu
SesiSesi pagi sahaja
Nombor sekolah+6088663661
Kod sekolahXBA5103
Pengerusi PIBGEncik Jason Miod
PengetuaMaidin bin Awang
Kelas ditawarkan16 buah kelas
GPK Pentadbiran dan AkademikAbdul Lajid bin Bakil
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMalson Sarungkil
Penolong Kanan KokurikulumNoorliyana Binti Adnan @ Elvina Singke


Sekolah Kebangsaan Langkon atau nama ringkasnya SK Langkon, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan daripada 33 buah sekolah yang terletak dalam daerah Kota Marudu. Sekolah ini terletak berhampiran dengan persimpangan jalan ke Kudat dan Pitas iaitu kira-kira 10 kilometer dari Pekan Baru Goshen, Kota Marudu.

Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Langkon memiliki 194 pelajar lelaki dan 174 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 368 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru dan 4 orang AKP.2024

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Langkon, Kota Marudu diasaskan dari buah fikiran para penduduk pada tahun 1961 ekoran keperluan para pekerja ladang getah pada masa tersebut. Pada tahun 1961, Tuan Weight (Pengurus Estet Langkon) dengan mendapat kebenaran Kerajaan British (British North Borneo) telah mendermakan bangunan Panggung Wayang yang boleh menampung seramai 100 orang untuk dijadikan sekolah pada siang hari.

Panggung Wayang tersebut berukuran 60 x 40 kaki, beratap zink, lantai papan, bangku panjang dan tidak mempunyai dinding (Sumbangan pihak pengurusan estet). Sekolah tersebut dinamakan “ Langkon Vernacular Native School ” atau "Langkon Native Voluntary School" dan mempunyai pelajar seramai 50 orang yang terdiri daripada anak-anak penoreh getah. Angkatan pertama para pelajar SK Langkon yang Berjaya adalah terdiri daripada :-

A) Cikgu Abd. Rakah Amin (Mantan Guru Besar SK Panaitan, Kota Marudu)

B) Cikgu Madun Enjil (Mantan Guru Besar SK Inderason, Kudat)

C) Cikgu Jepinis Bt Anak (Mantan Guru Besar SK Dudar, Kudat)

D) Cikgu Awang Asai @ Mentoh (Mantan Guru Besar SK Pekan Papar)

SK Langkon merupakan sekolah aliran Melayu yang kedua ditubuhkan di Daerah Kota Marudu selepas penubuhan SK Pekan Kota Marudu, SK Tigaman dan SK Bengkongan.

Pada tahun 1963, tapak baru sekolah telah diserahkan oleh Pihak Pengurusan Estet Langkon kepada Kerajaan Borneo berukuran lebih kurang 7 ekar dan menempatkan 1 bangunan sekolah, sebuah rumah guru. Bangunan sekolah tersebut beratap zink, lantai papan dan dinding nipah (kajang). Bangunan panggung wayang masih digunakan untuk menempatkan pelajar tahun 6. Bangunan baru tersebut dirasmikan oleh OKK Awang Ali (Ketua Anak Negeri Bahagian Bandau) dan dinamakan dengan Sekolah Kebangsaan Langkon manakala Guru Besar pertama pada masa itu adalah Cikgu Salleh Bin Matusin. Terdapat 5 orang guru yang bertugas di SK Langkon pada masa tersebut.

Tahun 1970, Pengurus Estet Langkon telah menjual ladang getah tersebut kepada 2 orang tauke berbangsa Cina iaitu Mr. Wong Thiam Jin dan Mr. Ah Lok Thiam.

Tahun 1976, Apabila Kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Haris Salleh memenangi pilihanraya, pokok Getah telah digantikan oleh tanaman ubi kayu dan tahun 1980 Ladang Langkon telah diambilalih oleh LKTNS dan tanaman ubi kayu telah digantikan dengan tanaman kelapa sawit.

Pada masa kini, SK Langkon mempunyai sebuah bangunan pentadbiran, bangunan Pusat Sumber & Pusat Akses, 3 buah bangunan sekolah, sebuah bangunan prasekolah, 5 unit rumah guru dan sebuah bangunan makmal komputer (tidak beroperasi) dan berkongsi bangunan dengan SMK Langkon, Kota Marudu.

Sejarah Pentadbir[sunting | sunting sumber]

  • En. Salleh Matusin (1961 - 1964)
  • En. Hassan Ahmad (1965 - 1966)
  • En. William Angin Gansing (1967 - 1971)
  • En. Roslee Abdul Ghani (1972 - 1973)
  • En. Saibin Melanti (1974 - 1976)
  • En. Ismail Pidoh (1977 - 1979)
  • En. Ramlan Md. Zain (1980 - 1987)
  • En. Carles Alidin Ladzim (1988 - 2001)
  • En. Ressi Dai (2002 - 2014)
  • Pn. Vung Nyuk Yin @ Effie Jane Siti Fatimah Abdullah (2014 - 2020)
  • En. Maidin bin Awang (2020-2024)

Visi & Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

VISI SEKOLAH

Membentuk dan melahirkan modal insan cemerlang berteraskan JERIS untuk memperkasakan pelajar berasaskan kurikulum dan ko-kurikulum.

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI SEKOLAH

Cemerlang dalam pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum ke arah memperkasakan kemenjadian murid menjelang 2024.

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Tafsiran Logo Sekolah

Bentuk Intan Melambangkan kemakmuran dan kemajuan.

Obor Mencerminkan semangat dan cita-cita pelajar.

Tiga buah buku, radas dan alat matematik Melambangkan asas pendidikan.

Pokok Kelapa Sawit Menunjukkan latar belakang sumber ekonomi masyarakat di sekitar.

Tafsiran Warna Pada Logo Sekolah

Hijau Kesuburan perkembangan mental para pelajar.

Kuning Keagungan dan keikhlasan.

Biru Perpaduan di antara guru-guru dan ibu bapa.

Merah Keberanian menghadapi cabaran.

Putih Kesucian hasrat dan cita-cita pelajar.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Ilmu Pelita Hidup

Ilmu Pelita Hidup

Cogankata sekolah kami

Dijaga nama baik sekolah

Berdisiplin sepanjang masa


Ibu dan juga bapa

Guru-guru yang mendidik kami

Jasamu tetap kami kenangkan

Tak mudah dilupakan


Berusaha, berjasa, berbakti

Pada negara, agama, bangsa yang dicita

Itulah cinta yang mulia


Walau apa halangannya

Semangat kami takkan patah

Usaha terus berusaha

Menuju puncak jaya

Staf & KTBM[sunting | sunting sumber]

Staff SK Langkon 2011 bersama Bekas Guru Besar, En.Ressi Dai
  1. Maidin bin Awang (Guru Besar)
  2. Abdul Lajid bin Bakil (Penolong Kanan I)
  3. Malson Sarungkil (Penolong Kanan HEM)
  4. Noorliyana Binti Adnan (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
  5. Teresa Kambayuan (Guru Bimbingan & Kaunseling)
  6. Mejran Bin Duman (Setiausaha Peperiksaan Dalaman)
  7. Zainah Binti Joyo (Guru Pemulihan)
  8. Edward Tam (Ketua Panitia Bahasa Malaysia)
  9. Huwaida Arif (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
  10. Adrian Martin (Ketua Panitia Matematik)
  11. Liew Yun Hen (Ketua Panitia Sains)
  12. Asnahti Disah (Ketua Panitia Pendidikan Moral)
  13. Sarinah binti Banuase (Ketua Panitia RBT)
  14. Rosmani binti Saibin (Ketua Panitia Pendidikan Seni)
  15. Daina Linggap (Ketua Panitia Pendidikan Muzik)
  16. Welfread Matuha (Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan )
  17. Farhana Binti Mohamad (Ketua Panitia Bahasa Arab)
  18. Noorhaiyanti binti Sha'ari (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
  19. Masreah binti Semat (Ketua Panitia Sejarah)
  20. Rukinah Jokilan (Guru Perpustakaan & Media)
  21. Aldrin Arbert (Guru Data)
  22. Benly Bon Pemanul (Guru Pembangunan)
  23. Welfread Matuha (Guru Skim Pinjaman Buku Teks)
  24. Nur El Nabilah Sakinah Sariffudin (Guru ICT)
  25. Normadiah Piut (Guru Penolong - Bahasa Malaysia)
  26. Mohd Shopfian bin Ag.Ali (Guru Penolong - Bahasa Malaysia)
  27. Killih bin Amat (Guru Penolong - Bahasa Malaysia)
  28. Welfrid bin Ediwin (Guru Penolong - Bahasa Malaysia)
  29. Anuar Bin Sanip (Guru Penolong - Bahasa Inggeris)
  30. Dinah Amirah (Guru Penolong - Bahasa Inggeris)
  31. Izatul Neziah binti Jeral (Guru Penolong - Bahasa Inggeris)
  32. Hafizah binti Rosle (Guru Penolong - Bahasa Inggeris)
  33. Edziela binti Raimin (Guru Penolong - Bahasa Inggeris
  34. Emran Bin Maidin (Guru Penolong - Sains)
  35. Nur Faezah binti Yasin (Guru Penolong - Bahasa Arab)
  36. Siti Nor Farhana binti Jefridin (Guru Penolong - Pendidikan Islam)
  37. Suhinah Binti Nais (Guru Penolong - Pra Sekolah)
  38. Jolita Gata (Guru Penolong - Pra Sekolah)
  39. Norhidayati binti Ismail (Pembantu Pra Sekolah)
  40. Dayang Nor Ain binti Pangiran Yunus (Pembantu Pra Sekolah)
  41. Sabran bin Aliman (Pembantu Tadbir)
  42. Hariyanie Binti Oyong (Pembantu Tadbir)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Langkon
Peti Surat 140
89108, Kota Marudu
Sabah, Malaysia
Telefon = + 6 088 663 661
Fax = TIADA
E-mel = xba5103@moe-dl.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]