Sekolah Kebangsaan Senawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Senawang
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah NBA4031
Lokasi  Malaysia Jalan Rhu, Taman Marida, Senawang70450, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Telefon 6066776871
Faks 6066784763


Sekolah Kebangsaan Senawang atau nama ringkasnya SK Senawang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Rhu, Taman Marida, Senawang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Senawang memiliki 1017 pelajar lelaki dan 892 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1909 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Senawang adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Guru Besar sekolah ini adalah Encik Jamaludin Bin Jaapar.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Makmal komputer
  • Makmal sains
  • Bilik kemahiran hidup
  • Bilik muzik
  • Bilik seni
  • Bilik SPBT

Kokurikulum di sekolah ini mempunyai unit 5 beruniform iaitu:

  • Pengakap
  • PBSM Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Puteri Islam
  • Pandu Puteri
  • KRS Kadet Remaja Sekolah

Di sekolah ini juga,mempunyai 6 kelab dan persatuan antaranya:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Sains
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Muzik

Selain itu,tidak ketinggalan juga permainan.Di SK Senawang,mereka mempunyai 5 permainan iaitu:

  • Bola Tampar
  • Bola Jaring
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sepak Raga atau Bola Takraw


Pada tahun 2009,seramai 4 orang pelajar telah mewakili sekolah mereka dalam pertandingan mengeja yang sering kedengaran di kaca tv iaitu Spell-It-Right.Iaitu,Izzaty Azma bt. Azharul Hisham (SMK SERI PAGI),Siti Nur Haliza bt. Minumiah(SMK SENAWANG),Nurul Iman bt. Ramizan (SMK SENAWANG) dan Muhammad Redha bin Salehuddin (SEKOLAH AGAMA PEDAS).Izzaty Azma dan Nurul Iman telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang lalu manakala Siti Nurhaliza dan Muhammad Redha masing-masing mendapat 4A 1B.

Setiap tahun,sekolah ini akan mengadakan Majlis Anugerah Murid Cemerlang.Selain itu,murid yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 5A dalam UPSR pada tahun yang sebelumnya,juga akan dijemput untuk datang ke sekolah bagi penyampaian sijil dan juga wang kertas bernilai RM 50.Sekolah ini mempunyai hampir 3000 orang murid pada tahun 2009.Sekolah ini juga telah menggunakan sesi pagi dan petang bagi memudahkan sesi P&P.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Senawang
Jalan Rhu, Taman Marida, Senawang
70450, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066776871
Fax = 6066784763

Pautan luar[sunting | sunting sumber]