Sekolah Kebangsaan Sikamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sikamat
Lokasi
Taman Pelangi, Sikamat, 70400, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan2011
Nombor sekolah6067635608
Kod sekolahNBA4043
Faks6067623893
Map


Sekolah Kebangsaan Sikamat atau nama ringkasnya SK Sikamat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Taman Pelangi, Sikamat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sikamat memiliki 760 pelajar lelaki dan 686 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1446 orang. Ia mempunyai seramai 82 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan Sekolah Kebangsaan Sikamat ini siap dibina pada tahun 2001. Bagaimanapun ia hanya boleh diduduki pada persekolahan penggal kedua iaitu pada bulan Jun 2001. Pada penggal pertama persekolahan, murid-murid sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana.

Bilangan murid-murid pada ketika itu ialah 280 orang sahaja manakala tenaga pengajarnya pula terdiri dari 19 orang guru. Dua sesi persekolahan terpaksa dibuat pada ketika itu kerana ketiadaan bilik darjah bagi menampung jumlah murid yang ada. Bagi Tahap 1 pada sesi petang manakala Tahap 2 pada waktu pagi.

Pada 6 Jun 2001, setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus, secara rasminya Sekolah Kebangsaan Sikamat mula beroperasi. Bilangan murid telah bertambah begitu juga dengan bilangan tenaga pengajarnya. Murid-murid sekolah telah bertambah dari masa ke semasa dan setakat penghujung tahun 2001 jumlah murid seramai 535 orang dan guru pula seramai 28 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

GURU BESAR[sunting | sunting sumber]

  1. Tn. Hj. Bakri bin Harun (1 Januari 2001 hingga 1 Jun 2002)
  2. Tn. Hj. Shaari bin Ismail (2 Jun 2002 hingga 15 April 2004)
  3. En. Mohamed Aris bin Abu (16 April 2004 hingga 10 Julai 2007)
  4. En. Mohd Don bin Hj. Samian (10 Sept 2007 hingga 15 Jan 2009)
  5. Tn.Hj Kamarudin bin Abu Hassan (19 Jan 2009 hingga sekarang)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sikamat
Taman Pelangi, Sikamat
70400, Seremban
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6067635608
Fax = 6067623893

Pautan luar[sunting | sunting sumber]