Sekolah Kebangsaan Zainab II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Kebangsaan Zainab II terletak di Lundang Kota Bharu,Kelantan. Guru Besar sekolah itu ialah Aida Mohd Salleh.

SK Zainab II mempunyai 577 murid, 49 guru dan enam kakitangan sokongan. Pada peperiksaan UPSR tahun 2008 dan 2009, pelajar sekolah ini memperolehi 100 % lulus.

Universiti Sains Malaysia (USM) membantu melaksanakan program minda bitara di bawah penyeliaan Prof Zalina Ismail yang mempunyai rangkaian projek yang sama di Australia dan Universiti Islam di Gaza, Palestin. Idea ini datang daripada suri rumah Dr Adibah Alawiah Abdul Razak yang pernah tinggal di Dublin, England. Ibu bapa di Dublin secara sukarela mengajar murid sekolah di situ sementara menunggu anaknya habis kelas.

Sekolah Berprestasi Tinggi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini termasuk dalam 20 Sekolah Berprestasi Tinggi yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]