Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak

logo Al-Amin
Lokasi Lot 1078, Jalan Sungai Pusu, Batu 8 3/4, 53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan
Tahun ditubuhkan 1990
Jenis sekolah Sekolah Islam
Guru Besar terkini {{{Guru Besar terkini}}}
Nama rujukan SMIAAG

Sekolah Menengah Islam AL-Amin Gombak (SMIAAG) ialah sekolah menengah Islam yang terletak di Gombak, Selangor, Malaysia. Pengetua kini adalah Ustazah Norma binti Mohamad, yang sebelum ini merupakan pengetua Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak selama setahun

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Islam Al-Amin mula ditubuhkan di Taman Setiawangsa Kuala Lumpur pada tahun 1990. Dengan kerjasama dan kesungguhan PIBG dan sumbangan kaum Muslimin, Sekolah Al-Amin berjaya mengumpulkan sejumlah dana dan membeli tanah seluas 4 ekar bagi tujuan pembinaan bangunan sekolah di Lot 1078, Batu 8 Jalan Sungai Pusu, Gombak yang ada sekarang ini. Seramai 60 orang murid dan 7 orang guru membuka tirai Al-Amin di Gombak.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi
Menjadi institusi Islam bersepadu yang terpilih.
Misi
Membentuk pelajar Soleh Wa Musleh melalui sistem pendidikan bersepadu.
Bangunan blok fasa 1 Sekolah

Falsafah pendidikan Al-Amin[sunting | sunting sumber]

Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk keyakinan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu menyeluruh dan berterusan.

Syarat kemasukan menengah[sunting | sunting sumber]

  • Mempunyai pengetahuan asas atau mempelajari Bahasa Arab di tahap sekolah rendah.
  • Lulus peperiksaan UPSR.
  • Lulus tilawah al-Quran dan lulus ujian diagnostik.
  • Mempunyai dokumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (bagi kemasukan ke tingkatan 2 & 3) seperti berikut:
    • Kerja Kursus Kemahiran Hidup (KHB)
    • PEKA Sains
    • Ujian Lisan Bahasa Melayu
    • Ujian Lisan Bahasa Inggeris
    • PAFA (mata pelajaran Pendidikan Islam)

Bagi kemasukan ke tingkatan 4 - pemohon hendaklah lulus peperiksaan PMR termasuk mata pelajaran Bahasa Arab dan PMRI (pelajar SMIAAG sahaja). Bagi kemasukan ke tingkatan 5 - (tertakluk kepada kekosongan tempat) pemohon hendaklah mempunyai dokumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti berikut:

Aliran bukan Sains[sunting | sunting sumber]

  • Ujian Lisan Bahasa Melayu
  • Ujian Lisan Bahasa Inggeris
  • PEKA Sains

Aliran Sains Tulen[sunting | sunting sumber]

  • Ujian Lisan Bahasa Melayu
  • Ujian Lisan Bahasa Inggeris
  • PEKA Kimia, Biologi dan Fizik

Pautan luar[sunting | sunting sumber]