Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar
Lokasi
Muar Muar, Johor Johor
Malaysia
Maklumat
JenisKerajaan
MotoTekun Usaha Jaya
Pengasas1939
GredTingkatan 1 - Tingkatan 6
AfiliasiKementerian Pendidikan Malaysia
SingkatanSABSGS
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar[1] atau lebih dikenali sebagai Sultan Abu Bakar Secondary Girl School suatu masa dahulu telah ditubuhkan pada 1939. Sekolah ini merupakan antara sekolah tertua di Muar, Johor. Bangunan Warisan sekolah yang berada di Blok A ini telah siap dibina pada 1939 dan dirasmikan oleh Superitendan Pelajaran, Tuan F. I. Shaw. Nama sekolah ini diambil bersempena nama Sultan Johor Moden pertama, Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dari Wangsa Temenggung. Sekolah ini telah diiktiraf sebagai satu sebuah sekolah dalam senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 6 bagi kategori sekolah menengah. Sekolah ini juga mempunyai asrama bagi para pelajar yang terpilih.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1939 dan diketuai oleh Guru Besarnya, Puan C. Milne. Bermula dengan hanya 6 bilik darjah yang menempatkan kelas Special Malay 1A dan 1B, Darjah III, IV dan V. Ketika itu, bilangan guru adalah seramai 7 orang termasuk pengetua sekolah dan dibantu oleh seorang kerani sekolah.

Semasa Perang Dunia Kedua meletus, sekolah ini terpaksa ditutup dan hanya dibuka semula pada tahun 1947. Puan N Woods telah dilantik sebagai guru besar yang kedua. Pada pertengahan tahun 1948, Puan E. Allan telah dilantik sebagai pengetua ke-3.

Salmi Haji Hassan telah dilantik sebagai Ketua Murid pertama pada tahun 1949 lalu.

Bermula 1950, pakaian seragam sekolah telah ditetapkan berwarna hijau dan putih bersama lencana pengawas sekolah. Cogan kata sekolah telah ditetapkan sebagai age quad agis bermaksud apa yang anda lakukan, buatlah sebaik-baiknya.

Sukan tahunan juga telah diadakan buat julung kalinya pada tahun 1950 juga. Rumah sukan sekolah yang bertanding termasuklah Nightingale, Joan of Arc, Caveli dan Victoria.

Prasarana sekolah ditambah baik dengan penambahan kelas darjah 1 hingga darjah 5 pada 1955.

Pencapaian terbaik dalam peperiksaan Sijil Persekolahan adalah pada tahun 1956 apabila para murid mencapai kelulusan sebanyak 100% kelulusan. Ketika itu, Puan Wong Foong Lan adalah Guru Besar ke-4.

Sekolah ini telah dipisahkan menjadi sekolah menengah sepenuhnya apabila kelas sekolah rendah dipindahkan ke Sekolah Rendah Perempuan Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sultan Abu Bakar (1) atau nama kininya, Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1), Muar.[2]

Jemaah pengelola sekolah telah ditubuhkan pada 15 September 1958 bagi menyelia perjalanan sekolah dan para murid.

Cik Kamaladevi Pillai telah dilantik sebagai Pengetua ke-5 pada tahun 1959 lalu. Puan J. Gaudart pula mengambilalih jawatan Guru Besar pada 1961 sebagai Guru Besar ke-6.

Bangunan baharu telah dibina yang mengandungi Makmal Sains, Blok D, Blok Bangunan Sains Rumahtangga dan Kantin telah siap dibina pada 1962. Perasmian bangunan baharu tersebut telah dilakukan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abdul Hamid Khan Sakhawat Ali Khan pada tahun 1963. Pada tahun yang sama, nama rumah sukan sekolah telah ditukar kepada Rumah Merah, Coklat, Biru, Hijau dan Putih.

Kelas Melayu Khas telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Dato' Sri Amar DiRaja pada tahun berikutnya.

Cik Monica Leong Wei Lin pula dilantik sebagai Pengetua ke-7 pada tahun 1968 sebagai Guru Besar ke-7. Pada tahun yang sama, persatuan akademik dan bukan akademik ditubuhkan.

Pn Y. E. Parry dilantik pula sebagai Guru Besar ke-8 selepas setahun Cik Monica Leong Wei Lin menjawat jawatan sebagai Pengetua. Cogan kata sekolah telah ditukar kepada Tekun Usaha Jaya pada tahun yang sama. Kelas Sains Tulen juga telah dimulakan pada tahun yang sama.

Puan Zawiyah Dato' Ahmad dilantik sebagai Pemangku Pengetua pada tahun 1970 ke-9.

Pasukan Pancaragam (Brass Band) ditubuhkan dengan keahlian 46 orang telah ditubuhkan pada tahun 1976. Pasukan ini telah mendapat sumbangan RM36,000 dari pihak sekolah dan sebanyak RM6,000 dari pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru sekolah tersebut.

Puan Hajah Khalidah Hamzah adalah Pemangku Pengetua yang ke-10 dari 1978 hingga 1979. Pada Disember 1979, Puan Hajah Zakiah Haji Shuib dilantik sebagai Pengetua ke-10.

Sekolah ini telah memulakan satu sesi bermula tahun 1995 lalu.

Pada Ogos 1999, Puan Hajah Waginah Abd Majid dilantik sebagai Pengetua pada tahun 1999 ke-11. Pada 1 November 2005, Puan Hajah Latifah Hamdan dilantik sebagai Pengetua ke-12 . Pada Oktober 2008, Puan Hajah Suhana Sulaiman dilantik sebagai Pengetua ke-13.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Johor (1998)
  • Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan (2004)
  • Naib Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan (2005)
  • Sekolah Kluster Kecemerlangan (2016)[3]

Alumni terkenal[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]