Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah PRA1002
Lokasi  Malaysia Medan Lim Cheng Teik, Jalan Burma10250, Georgetown,, Mutiara Timur, Malaysia
Telefon 6042274363
Faks 6042299363


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor atau nama ringkasnya SMKA (P) Almashoor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Medan Lim Cheng Teik, Jalan Burma.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor memiliki 0 pelajar lelaki dan 536 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 536 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.2009


Pada 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor memiliki 0 pelajar lelaki dan 515 ( agak-agak ) pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 515 orang ( agak-agak ). Ia mempunyai seramai 48 orang guru.

SMKA(P) AL-MASHOOR merupakan sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, ditubuhkan pada 1916 oleh segelintir ulama dan pejuang kemerdekaan dan agama Islam suatu ketika dahulu. Al-Mashoor merupakan nama tokoh ulama keturunan Yaman Habib al-Mashoor bersama-sama Syeikh Syed al-Hadi yang berusaha memperkembangkan ilmu-ilmu agama di kalangan anak-anak penduduk Pulau Pinang awal 1920-an. Tahun 1984, Kementerian telah mengambil alih pentadbiran dan pengurusan sekolah demi memantapkan sistem sekolah serta memperkembangkan sistem Pendidikan Agama ke arah yang lebih Dinamik dan Pro-aktif. Moga-moga matlamat sekolah iaitu 'KE ARAH KECEMERLANGAN ILMU DAN KESEMPURNAA AKHLAK' menjadi kenyataan yang berkekalan.

SMKA(P) Al-Mashoor or ALMASHOOR ISLAMIC GIRLS SCHOOL (AIGS) was one of the earliest schools in Penang, established on Thursday 9th of November, 1916 ( 16th of Muharram 1335 AH ). It was originally known as Madrasah Al Quran in Acheen Street, Penang headed by its first principal, Al-Syed Al-Shaik Al-Hadi. The school moved from Acheen Street to the 'Old Javanese Village Area' called 'Kampung Jawa Lama' in the heart of Georgetown. It was at this time that the school assumed its current root name "Madrasah Mashoor Al Islamiah" after a reknown community elder, Tuan Habib Al-Mashoor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.

Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .

Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”.

Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini.

1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan.

2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerahJuga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran.

3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan.

4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam

5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama.

6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman.]


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor
Medan Lim Cheng Teik, Jalan Burma
10250, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042274363
Fax = 6042299363

Pautan luar[sunting | sunting sumber]