Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
frames

Sehingga kini, terdapat 55 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ditubuhkan di seluruh Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Faktor ini berlaku disebabkan kebanyakan sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan member bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan system baru.

Ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir. Proses penambaikan system pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dilaksanakan seiring dengan usaha pemodenan system pendidikan Negara dan dengan perkembangan semasa. Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.

Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana system pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Dengam itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar system pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agam diselaraskan dengan sekolah menengah harian dengan menyediakan matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain.[1]


Objektif[sunting | sunting sumber]

SMKA ditubuhkan dengan beberapa objektif, antaranya:

  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

  • Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
  • Banyak peluang melanjutkan pelajaran
  • Menguasai Bahasa Arab, Jawi & Kemahiran Al-Quran
  • Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
  • Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab

Syarat kemasukan[sunting | sunting sumber]

Bagi memasuki SMKA, calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minima berikut :

Tingkatan Satu[sunting | sunting sumber]

  • Mendapat 5A/4A 1B ( SK )
  • Boleh membaca Al- Quran
  • Boleh menulis jawi
  • Tahu sembahyang/solat
  • Beragama islam
  • Lulus ujian PAFA ( UPSR )
  • Berumur 13 tahun atau 14 tahun yang lahir pada 31hb Disember
  • Lulus Pendidikan Islam
  • Sekurang-kurangnya 3A dalam Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)
  • pandai serba sedikit tentang Bahasa Arab
  • memiliki 3 sijil berasaskan pendidikan islam

Tingkatan Empat[sunting | sunting sumber]

  • Lulus PMR, sekurang-kurangnya mendapat 4A
  • B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
  • A dan B dalam lain-lain matapelajaran
  • Lulus ujian PAFA dalam PMR
  • Berumur 16 tahun atau kurang

Tingkatan Enam Rendah[sunting | sunting sumber]

  • Lulus SPM
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu
  • Kepujian dalam Bahasa Arab Komunikasi atau lulus Bahasa Arab Tinggi
  • Lulus matapelajaran Pengajian al-Quran dan as-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah
  • Berumur antara 17 dan 20 tahun

Senarai SMKA[sunting | sunting sumber]

  • Perlis
  • Kedah
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Alor Setar
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan
  • Pulau Pinang
  • Perak
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian
  • Selangor
    • SMKA Simpang Lima, Sabak Bernam
    • SMKA Kuala Selangor
    • SMKA Maahad Hamidiah, Kajang
  • Wilayah Persekutuan
    • SMKA Kuala Lumpur
    • SMKA Putrajaya
  • Negeri Sembilan
    • SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban
    • SMKA Dato' Hj. Abu Hassan Sail, Rembau / SMKA Pedas, Rembau
  • Melaka
    • SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas
    • SMKA Tun Perak, Jasin
    • SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam
  • Johor
  • Pahang
    • SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut
    • SMKA Pahang, Muadzam Shah
  • Terengganu
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Besut
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang, Dungun
  • Kelantan
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Kota Bahru
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Wakaf Bahru
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Machang
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Kota Bahru
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tangok, Bachok
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Pasir Mas
  • Sabah
  • Sarawak
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abdul Wahab, Kuching
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Miri
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Seri Aman

Rujukan[sunting | sunting sumber]