Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran
Lokasi
Peti Surat 30, Pekan Beluran, 90107, Beluran, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoWe Can Do It!
Nombor sekolah6089511259
Kod sekolahXEE2103
Pengerusi PIBGHabiren Hassan
PengetuaZulhairul bin Ramlee
GPK Pentadbiran dan AkademikNazibah bt Mohd. Yusoff
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohd. Tarmimi bin Mat Hussin
Penolong Kanan KokurikulumFrankie Maujus
Faks6089512360
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran atau nama ringkasnya SMK Beluran, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Beluran Lama, Peti Surat 30, Pekan Beluran, Sabah.

Pada Tahun 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran mempunyai pelajar seramai 1400 orang, seramai 120 orang guru, dan 15 kakitangan sokongan. SMK Beluran mempunyai Pusat Pendidikan Khas dan Integrasi (PPKI) dan juga Pusat Tingkatan Enam (PTEM). 2022

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Beluran telah ditubuhkan pada tahun 1969. SMK Beluran pada masa itu ia lebih dikenali dengan nama Government Junior Secondary School dan menggunakan bahasa Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Di awal penubuhannya SMK Beluran berkongsi tempat dan bagunan bersama dengan SRK Pekan Beluran selama lebih kurang 12 tahun.Bilangan pelajar pada masa itu,kira-kira 95 orang dan 2 orang guru sahaja.

Setelah bangunan sekolah menengah siap dibina pada tahun 1981, SMK Beluran telah berpindah ke bangunan baru yang terletak kira-kira 2 km dari pekan Beluran. Pada tahun 1982, bangunan baru SMK Beluran mula beroperasi.Di dalam bangunan sekolah ini, terdapat 3 blok sekolah, 3 blok asrama, 3 blok flat guru dan pelbagai kemudahan bilik khas lain. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Dato’ Khalil Yaakob, timbalan Menteri Pendidikan ketika itu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antara pencapaian sekolah adalah seperti berikut;

  1. Pencalonan New Deal 2015
  2. Anugerah SERASI Negeri Sabah 2016
  3. Anugerah Kewangan Cemerlang 2015
  4. Anugerah ESPKB Bersih 2015
  5. Anugerah PIBK Cemerlang Akademik
  6. Anugerah Hari Inovasi Peringkat Inovasi
  7. Johan Sukan Daerah Beluran
  8. Wakil Daerah ke Negeri 1M1S
  9. Juara Robotik Bahagian Sandakan 2016
  10. Pertandingan Robotik peringkat Negeri Sabah 2016 - Tempat ke-4
  11. Anugerah lulus 100% STPM 2015
  12. Sekolah ATHAM pertama di Beluran
  13. Sukan Paralimpik peringkat kebangsaan dan Antarabangsa - Pingat Emas & Perak

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran
Peti Surat 30, Pekan Beluran
90107, Beluran
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6089511259
Fax = 6089512360
Laman Web : www.smkbeluran.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • http://smkbeluran.edu.my