Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir
Lokasi
 Malaysia Jalan Bukit Gambir,, 84800 Bukit Gambir, Johor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir ditubuhkan pada tahun 1965. Pada mulanya, sekolah ini bertumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Johor. Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 106 orang dalam lima kelas aliran Bahasa Melayu. Pada tahun 1967, SMK Bukit Gambir berpindah ke bangunan sendiri di kawasan seluas 8.5 ekar di Kampung Sungai Ekor atau dikenali sebagai Sungai Jaya.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir memiliki 524 orang pelajar lelaki dan 338 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 862 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Bukit Gambir diberi nama berdasarkan lokasinya iaitu di kawasan Bukit Gambir. Nama ini adalah mengikut keadaan geografi yang berbukit-bukau dan merupakan kawasan penanaman pokok gambir yang utama. Penanaman gambir di sini dijalankan mengikut kangcu.

Perkembangan Sekolah[sunting | sunting sumber]

1965 - SMK Bukit Gambir menumpang di SK Bukit Gambir. Muridnya seramai 106 orang dalam aliran Bahasa Melayu.

1967 - SMK Bukit Gambir berpindah ke Sungai Jaya. Bangunan sekolah ini terdiri daripada 2 blok tingkat. Bangunan ini mengandungi lapan buah kelas, tiga bilik Seni Perusahaan, dua bilik Sains Rumahtangga, sebuah Makmal Sains, pejabat dan bilik perpustakaan.

1968 - Bilangan guru ialah 8 orang dan 2 tukang kebun.

1969 - Kelas Peralihan dimulakan. Persekolahan dua sesi dilaksanakan iaitu pagi dan petang. Bilangan guru bertambah kepada 22 orang yang terdiri daripada 19 orang guru terlibat dan 3 orang guru dalam latihan. Kakitangan bukan akademik ditambah – 3 orang tukang kebun dan seorang tukang sapu.

1970 - Mendapat peruntukan padang permainan dan pagar sekolah.

1971 - Bangunan tambahan 2 tingkat mengandungi 1 bilik darjah dan pejabat (Blok A). Kantin sekolah dibina. Bilangan guru ditambah menjadi 31 orang, 873 pelajar dan 10 orang kakitangan sekongan.

1972 - Kali pertama pelajar aliran Inggeris menduduki peperiksaan Lower School Certificate (LCE). Persatuan Ibu Bapa dan Guru ditubuhkan dan didaftarkan pada 26 November 1973. Pengerusi PIBG pertama ialah Tn. Hj. Rahim b. Hj. Idris.

1975 - Bangunan tambahan 2 tingkat mengandungi 2 bilik Makmal Sains dan 9 bilik darjah (BlokD).

1981 - Kelas Aliran Sains dibuka. 49 orang pelajar terpaksa menumpang di SMK Tengku Mahmud Iskandar kerana kekurangan bilik darjah dan guru.

1982 - Bangunan tambahan 2 tingkat dibina mengandungi 3 Makmal Sains dan tujuh bilik darjah. Gelanggang serba guna dan perpustakaan sementara dibina. Bilangan guru ialah 74 orang, manakala bilangan pelajar 1709 orang dan kakitangan sokongan sebanyak 20 orang.

1985 - Koperasi sekolah ditubuhkan dan didaftarkan.

1990 - 2 buah bangunan satu tingkat dibina secara bergotong-royong dengan mengandungi 8 bilik darjah.

1999 - Dewan Besar SMK Bukit Gambir dibina. Kelas Tingkatan 6 dibuka dengan 39 orang pelajar.

2001 - Pembinaan Makmal Komputer Sekolah.

2002 - Mata pelajaran Reka Cipta mula ditawarkan kepada 29 orang pelajar Tingkatan 4. Kelas ini dikendalikan oleh 2 orang guru.

2003 - Mata pelajaran MPV (Membuat Perabot) pertama kali ditawarkan kepada 25 orang pelajar Tingkatan 4. Kelas ini dikendalikan oleh 2 orang guru.

2004 - Sekolah telah menawarkan Mata Pelajaran Komputer Grafik kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4.

2007 - Mata pelajaran ICT telah pertama kali diperkenalkan kepada 20 orang pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains Tulen.

2008 - Menaik taraf surau dengan peruntukan Kementerian Pendidikan sebanyak RM 200 000.

2009 - 2 blok baru telah dibina dan siap pada tahun 2010 dan 1 blok baru telah siap dan digunakan sebagai pusat pentadbiran.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Seorang pelajar sekolah ini juga ialah satu daripada 11 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011. Pelajar tersebut ialah Lim Kai Xiang yang mendapat 11 A+. Kesemua pelajar cemerlang tersebut mendapat komputer riba secara percuma sumbangan daripada Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir
Kampung Sungai Jaya
84800, Bukit Gambir, Tangkak
Johor, Malaysia
Telefon = 06-9761050
Faks = 06-9764900