Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam
Lokasi
Lorong Kampung Kastam 1, Butterworth, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Berjaya
Nombor sekolah6043231617
Kod sekolahPEB2060
Pengerusi PIBGTony Lim
PengetuaSugumaran a/l Rajandran
GPK Pentadbiran dan AkademikLim Cheang Woei
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridLim Tuan San
Penolong Kanan KokurikulumVickneasvari A/P Krishnasamy
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangWan Harfini Wan Namat
Faks6043245262


Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam (bahasa Inggeris: Custom Village National High School, Tulisan Cina Ringkas: 北海税关村国民中学, Tulisan Cina Tradisional: 北海稅關村國民中學) atau nama ringkasnya SMK Kampong Kastam, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Lorong Kampung Kastam 1, Butterworth, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam memiliki 619 orang pelajar lelaki dan 355 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 974 orang. Ia mempunyai seramai 66 orang guru.2009

Pada tahun 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam memiliki 570 orang pelajar lelaki dan 307 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 877 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1962, SMK Kampong Kastam mempunyai seramai 160 orang pelajar dan 6 orang guru di bawah pimpinan Pengetua yang pertama iaitu Encik Ng Kam Cheong dan Penolong Kanan P.R. Thiagarajah.

Pada tahun 1968, SMK Kampong Kastam telah dibuka dengan rasminya oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Bapa Kemerdekaan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. SMK Kampong Kastam merupakan sebuah sekolah Inggeris yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kampong Kastam pada masa itu.

Pada tahun 1990, SMK Kampong Kastam telah menyambut seorang pengetua yang baru iaitu Encik Chee Kok Wah. SMK Kampong Kastam telah dianugerahkan sebagai Sekolah Harapan Negara Negeri Pulau Pinang (School of Hope) oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang di bawah pimpinan dan kewibawaan beliau pada tahun 1996. Pada masa itu, SMK Kampong Kastam menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan gemilang di kawasan Butterworth dan ia memiliki seramai 2600 orang pelajar. Guru Tingkatan terpaksa menyediakan dua buku kehadiran pelajar kerana satu kelas terdiri daripada hampir 60 orang pelajar. Untuk komuniti setempat, SMK Kampong Kastam menjadi sekolah pilihan masyarakat pada masa itu. Encik Chee Kok Wah bersara pada tahun 1998.

Pada tahun 1999, SMK Kampong Kastam menyambut seorang pengetua yang baru iaitu Encik Teoh Kheng Hong. Namun, tempoh perkhidmatan beliau di SMK Kampong Kastam tidak panjang. Beliau telah bertukar ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee Pulau Pinang pada tahun 2000.

Pada tahun 2000 sehingga tahun 2005, SMKKK mengalami perubahan yang sangat besar. Puan Khaltom Ismail sebagai bekas pelajar yang menjadi Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran di SMK Kampong Kastam telah berpindah. Bukan itu sahaja, Encik Tan Tick Lay sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah dilantik menjadi Pengetua baru SMK Bagan Jaya.

Pada tahun 2008, Encik Ng Hook Waah menjadi Pengetua SMK Kampong Kastam selepas Mantan Pengetua SMKKK iaitu Encik Khoo Boo Wan berpindah ke SMK Jalan Damai. Encik Ng Hook Waah telah melaksanakan berbagai-bagai pembaharuan dan penambahbaikan di SMK Kampong Kastam. Antara pembaharuan yang amat ketara ialah Bilik Guru Kanan telah dibina. Encik Ng Hook Waah diarah untuk menjadi Pengetua SMK Bagan Jaya pada tahun 2010 dan akhirnya beliau telah bersara di SMK St. Mark. Oleh itu, Encik Ooi Fang Aik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran telah dilantik untuk menjadi Pengetua SMKKK sebelum kedatangan Encik Yeoh Boon Lay.

Pada tahun 2013, Encik Yeoh Boon Lay telah berpindah ke SMK Mak Mandin untuk mengisi kekosongan jawatan Pengetua di sana. Puan S Koshaleeyah Davi A/P K.S. Pillay sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth diarah untuk menjadi Pengetua baru SMK Kampong Kastam. Puan S Koshaleeyah Davi merupakan Pengetua perempuan yang pertama bagi berkhidmat di SMK Kampong Kastam. Puan S Koshaleeyah Davi telah bersara pada 9 April 2016. Dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Puan Pengetua, kugiran SMK Kampong Kastam berjaya ditingkatkan.

Encik Low Lim Wah sebagai seorang Pengetua dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, Pulau Pinang menjadi Pengetua SMK Kampong Kastam bermula dari 11 April 2016. Encik Low Lim Wah pernah menjadi Guru Kanan Bahasa dan Penolong Kanan Petang di SMJK Jit Sin, Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Seberang Perai dan SMK Jalan Damai dan akhirnya beliau telah dilantik menjadi Pengetua SMJK Heng Ee pada tahun 2014. Antara sumbangan beliau termasuklah pembinaan Bilik PA 21 di Blok C, Bilik ICT 2 di Blok A, Gelanggang Petanque yang berdekatan koperasi dan sebagainya. Pada 29 Julai 2017, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan bahawa Encik Low Lim Wah akan berpindah ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling Butterworth (Sekolah Kluster Kecemerlangan) selepas Encik Loh Kooi Ching iaitu Mantan Pengetua SMJK Chung Ling Butterworth bersara untuk mengisi kekosongan jawatan pengetua di sana. Encik Low Lim Wah pun telah menerima surat daripada Encik Shaari Bin Osman sebagai Ketua Pengarah JPN Pulau Pinang. Encik Low Lim Wah sebagai seorang bekas pelajar SMJK Chung Ling Pulau Pinang telah menjadi Pengetua SMJK Chung Ling Butterworth mulai 7 September 2017.

Pada 9 Oktober 2017, SMK Kampong Kastam telah menyambut seorang Pengetua yang baru iaitu Puan Asiah bt Mat yang merupakan Pengetua perempuan yang kedua berkhidmat di SMK Kampong Kastam. Beliau merupakan Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Bukit Mertajam sebelum itu.

Mulai tahun 2018, Puan Asiah binti Mat selaku Pengetua SMK Kampong Kastam telah melancarkan program Gempur Bahasa untuk membantu pelajar memperkasakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program ini telah memberi manfaat kepada pelajar SMK Kampong Kastam, pelajar dapat sentiasa menimba dan menerokai ilmu pengetahuan secara meluas di sekolah.

Moto, visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Moto

Berusaha Berjaya

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara Dengan:

  • Melahirkan murid yang berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dinamik, kreatif dan inovatif melalui pendidikan berkualiti.
  • Melonjakkan potensi dan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum dan sukan melalui penglibatan menyeluruh.
  • Membangunkan murid yang dapat menyesuaikan dan memperkembangkan diri terhadap perubahan terkini dalam dunia.

Budaya sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Ketepatan
  • Kebersihan
  • Kesopanan
  • Kekekmasan
  • Keteraturan

Nama kelas[sunting | sunting sumber]

Tingkatan 1 & 2 & 3

  • Aspirasi
  • Bestari
  • Cemerlang
  • Dinamik
  • Efektif
  • Fikrah

Tingkatan 4 & 5

  • Sains (SC)
  • Perakaunan (PA)
  • Perniagaan (PNG)
  • Kemanusiaan 1 (K1)
  • Kemanusiaan 2 (K2)
  • Kemanusiaan 3 (K3)

Pentadbir sekolah[sunting | sunting sumber]

Pengetua: Tbc

Penolong Kanan Pentadbiran: Pn. Lim Cheang Woei

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: En. Lim Tuan San

Penolong Kanan Kokurikulum: Dr. Vickneasvari A/P Krishnasamy

Penolong Kanan Petang: Wan Harfini binti Wan Namat

Guru Kanan Bahasa: Pn. Foziah binti Hazari

Guru Kanan Sains dan Matematik: Pn. Emiliya Haniza

Guru Kanan Teknik dan Vokasional: Pn. Saadiah binti Mohd. Hassan

Guru Kanan Kemanusiaan: Pn. Chin Chooi Peng

Guru Pusat Sumber Sekolah & Media: Pn. Tang Wei Ling

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. Mr Ng Kam Cheong (1962–1964)
  2. Mr Yeap Seang Boon (1965–1968)
  3. Mr Fong Chee Kway (1969–1979)
  4. Mr Colin Andrews (1980–1985)
  5. Mr Saw Yew Seen (1986–1987)
  6. Mr Lim Fong Juan (1987–1990)
  7. Mr Chee Kok Wah (1990–1998)
  8. Mr Choong Thean Chuan (1998–1999)
  9. Mr Teoh Kheng Hong (1999)
  10. Mr Khoo Boo Wan (2000–2008)
  11. Mr Ng Hook Waah (2008–2010)
  12. Mr Ooi Fang Aik (2010–2011)
  13. Mr Yeoh Boon Lay (2011–2013)
  14. Madam S Koshaleeyah Davi D/O K.S. Pillay (2013–2016)
  15. Mr Low Lim Wah (2016–2017)
  16. Madam Asiah Bt Mat (2017–2022)

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)[sunting | sunting sumber]

  1. Mr Soo Choon Leong (1989–2004)
  2. Mr Syed Nasir Syed Abd Aziz (2005–2007)
  3. Mr Ong Chuan Jin (2008–2011)
  4. Mr Lee Choon Soo (2012–2015)
  5. Madam Penny Cheah Lee Fung (2016-sekarang)

Persatuan Bekas Pelajar[sunting | sunting sumber]

Persatuan Bekas Pelajar SMK Kampong Kastam telah ditubuhkan dengan jayanya oleh Encik Kenny Tan Thean Hin selaku bekas pelajar dan alumni SMK Kampong Kastam yang berdedikasi dan sentiasa memberi komitment. Persatuan ini juga terdiri daripada bekas pelajar yang sedia ada yang selalu mengambil berat terhadap proses perkembangan sekolah dalam komuniti setempat. Puan Penny Cheah Lee Fung selaku Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Kastam sebenarnya juga merupakan salah seorang bekas pelajar SMK Kampong Kastam.

Pengerusi: Mr Kenny Tan Thean Hin

Naib Pengerusi: Mr Andrew Lim Chee Keong

Penasihat: Mr Chee Kok Wah

Penasihat: Mr Yeap Kok Eng

Penasihat: Teh Poi Tek

Penasihat: Cha Hoo Peng

Setiausaha: Chai Bee Leng

Setiausaha: Chow Keng On

Setiausaha: Tan Chee Keong

Senarai Ketua Pengawas[sunting | sunting sumber]

  1. Wong Sau Wai (1987)
  2. Rizal Bin Rahim (1989)
  3. Yeoh Boon Leng (1990)
  4. Tan Chee Keong (1997)
  5. Chew Hun Yong (1998)
  6. Soon Wei Siew (2000)
  7. Law Wei Pin (2001)
  8. Ngang Chuan How (2002)
  9. Wong Chung Szeng (2003)
  10. Tan Soon Aun (2004)
  11. Saw Sze Keong (2005)
  12. Tan Lean Sin (2006)
  13. Hansen Tan Kwang San (2007)
  14. Muhd Amir Fauzan (2008)
  15. Sri Sangliswaran (2009)
  16. Ray Sia Chee Hoong (2010)
  17. Lee Kuan Sheng (2011)
  18. Nur Aisyah Bt Mohd Rashid (2012)
  19. Lee Shao Hen (2013)
  20. Tan Hong Wei (2014)
  21. Nurul Syafiqah Bt Amran (2015-2016)
  22. Muhammad Hairi Bin Mohd Asnawi (2017)
  23. Wan Norafiqah Aisha Binti Wan Mohammad Zulkifli (2018)

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Kampong Kastam terukir namamu

Tempat kita menuntut ilmu

Bertekad membina cita-cita

Demi bangsa dan negara

Kampong Kastam sekolah kita

Berjayamu ku rasa bangga

Bangsa Melayu Cina dan India

Menjalin semangat muhibah

Majulah kampongku tercinta

Jayalah sekolahku indah

Perancangan dan ketertiban

Terhasil cemerlang wawasan

Guru-guru yang berhemah tinggi

Kuat bekerja dan dedikasi

Ramah mesra hormat menghormati

Jemu tak pernah dihati

Majulah kampongku tercinta

Jayalah sekolahku indah

Perancangan dan ketertiban

Terhasil cemerlang wawasan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Harapan Negara Negeri Pulau Pinang (School of Hope) Tahun 1996[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam
Lorong Kampung Kastam 1
12300, Butterworth
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6043231617
Faks = 6043245262

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sekolah harapan negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-20. Dicapai pada 2018-05-19.