Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya
北海峇眼再也中学
SMK Bagan Jaya School Logo
Lokasi
Jalan Ong Yi How, 13400, Butterworth, Pulau Pinang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERDISIPLIN BERBAKTI
Nombor sekolah6043245914
Kod sekolahPEA2083
Pengerusi PIBGAng Lu Hong DJN, PKT, PJK, PJM, PPN 准拿督洪銣鴻先生
PengetuaHoo Boon Tat 何汶达校长
GPK Pentadbiran dan AkademikLee Beng Huat 李明发副校长
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTan Sok Har 陈淑霞副校长
Penolong Kanan KokurikulumSaniza Matt Lazim
Faks6043241335
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya atau nama ringkasnya SMK Bagan Jaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Ong Yi How, 13400 Butterworth, Pulau Pinang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Simpah. Kampung Simpah ini yang pada masa dahulunya ialah kawasan penempatan penduduk yang berkerja sebagai nelayan dan juga pekebun. Sesi persekolahan yang pertama bermula pada 5 haribulan Januari 1998.

Dengan permulaan pelajar seramai 401 orang yang menghuni 5 kelas peralihan dan 5 kelas tingkatan 1 di dalam premis sekolah yang terdiri daripada 5 blok bangunan. Blok-blok tersebut ialah Blok A yang merupakan bangunan 4 tingkat, dijadikan sebagai Blok Pentadbiran, Blok B (4 tingkat) dijadikan Bilik-Bilik Darjah, Blok C (3 tingkat) dijadikan Makmal Sanis, Blok D (2 tingkat) dijadikan Bengkel KH dan Blok E (1 tingkat) sebagai Bengkel Pertanian.

Sesi persekolahan yang pertama ditadbir oleh Pengetua yang baru dilantik iaitu Dr. Goh Kok Keng dengan dibantu oleh Penolong Kanan En. Khoo Boo Eng. Bersama-sama mereka ialah 22 orang guru dan juga 5 orang staf sokongan. Dari tahun ke tahun, bilangan guru dan pelajar semakin bertambah. Pada tahun 1999, tenaga pengajar bertambah menjadi 36 orang guru yang bertanggungjawab mendidik 718 orang pelajar yang terdiri daripada 6 kelas peralihan, 8 kelas tingkatan 1 dan 5 kelas tingkatan 2.

Pentas merupakan tambahan prasarana yang pertama hasil sumbangan En. Ooi Bee Huat yang digunakan untuk aktiviti Perhimpunan Mingguan di hadapan Blok A. Seterusnya, sebuah makmal komputer yang disumbangkan oleh En. Tan Choi Hin selaku Pengerusi JKKK Kampung Simpah sebanyak RM 30,000.00 pula diwujudkan hasil pengubahsuaian bilik di Blok C. Akhirnya, 10 buah komputer, 2 buah pencetak berserta meja komputer dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar untuk mempelajari ilmu Teknologi Maklumat.

Bilangan pelajar meningkat kepada 929 orang sementara guru bertambah kepada 52 orang pada tahun 2000. Dengan itu, SMK Bagan Jaya telah mewujudkan dua sesi persekolahan iaitu Sidang Pagi dan Sidang Petang. Tahun yang sama juga, Pn. Lim Cheang Woei dilantik sebagai PK HEM dan Pn. Koh Bee Hong sebagai Penyelia Petang.

Dari tahun ke tahun, pertambahan pelajar dan guru berlaku. Tahun 2001 pula menyaksikan bilangan pelajar bertambah kepada 1261 orang sementara bilangan guru meningkat kepada 67 orang. Pada tahun tersebut juga secara rasminya En. Mohd Hassan dilantik sebagai PK Kokurikulum. Tahun 2002 pula menyaksikan pertambahan 1325 orang pelajar dan 71 orang guru. Tahun 2002 juga merupakan tahun pertama produk SMK Bagan Jaya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setelah 10 tahun beroperasi, SMK Bagan Jaya semakin diminati oleh para waris untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Pada tahun ini, bilangan pelajar dan guru meningkat dengan mendadak. Bilangan pelajar ketika itu seramai 2000 orang manakala guru bertambah menjadi 100 orang.

Dari aspek pembangunan, satu blok bangunan tambahan tiga tingkat dan makmal komputer telah siap dibina pada tahun 2002. Bangunan itu terdiri daripada sebuah makmal bahasa, dua belas buah bilik darjah dan satu dewan serba guna, sementara makmal komputer telah dilengkapi dengan 20 buah unit komputer untuk pembelajaran mata pelajaran berkaitan ICT.

Pada 1 Julai 2003, satu perubahan pentadbiran berlaku; Tuan Pengetua, Dr. Goh Kok Keng telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Kenaikan pangkat ini bermakna beliau terpaksa melepaskan jawatan pengetua SMK Bagan Jaya yang telah disandang oleh beliau semenjak 1 Disember 1997.

Tempat beliau telah diganti oleh En. Ooi Lean Kok bermula 1 Julai 2003. Beliau meneruskan agenda SMK Bagan Jaya ke arah kecemerlangan pendidikan. Beliau hanya berkhidmat selama 5 bulan di SMK Bagan Jaya iaitu sehingga 1 Disember 2003 apabila beliau telah ditukarkan ke SMK Seberang Jaya pada tahun yang sama.

Tempat En. Ooi Lean Kok telah diambil alih oleh En. Tan Keat Kooi, bekas Pengetua SMK Seberang Jaya. Dalam era pentadbiran beliau, banyak perubahan infrastruktur dan akademik telah berlaku. Bersama-sama dengan beliau menjayakan perubahan ini ialah Penolong Kanan Pentadbiran yang baru berpindah dari SMK Seberang Jaya iaitu En. Lim Beng Kung. En. Lim Beng Kung banyak membantu meningkatkan pencapaian akademik SMK Bagan Jaya dan tidak lupa juga dalam bahagian prasarana sekolah. Antara yang ketara ialah pembinaan gelanggang bola keranjang, tapak letak kereta berbumbung, bumbung dewan terbuka dan keceriaan taman-taman. SMK Bagan Jaya telah dianugerahkan Sekolah Berprestasi Cemerlang peringkat negeri Pulau Pinang pada tahun 2005 hasil kejayaan akademik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM yang lalu.

Dalam bidang sukan pula, terdapat olahragawan dan olahragawati SMK Bagan Jaya yang berjaya di peringkat daerah hinggalah ke peringkat negeri malah ada yang terlibat dan berjaya di peringkat kebangsaan. En. Tan Keat Kooi telah bersara apabila mencapai umur bersara wajib pada 15 September 2005.

Bermula pada 16 September 2005, SMK Bagan Jaya menerima seorang pengetua yang baru. En. Tan Tick Lay yang merupakan bekas Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Kampong Kastam telah dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan pengetua di SMK Bagan Jaya. Ketika pentadbiran beliau, SMK Bagan Jaya semakin dikenali dan berjaya dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum. En. Tan Tick Lay kemudian diganti pula dengan En. Ng Hook Waah setelah bersara wajib.

En. Ng Hook Waah merupakan bekas Pengetua SMK Kampong Kastam. Beliau banyak menambahkan perubahan di SMK Bagan Jaya. Antara yang paling ketara ialah laluan yang menyambung Blok D dangan Blok F dan menutup longkang hadapan pintu masuk SMK Bagan Jaya bagi melebarkan lagi kawasan tersebut. Namun beliau tidak lama di SMK Bagan Jaya. Beliau telah ditukarkan ke SMK St Mark bagi mengisi kekosongan jawatan Pengetua di sana. Kekosongan beliau telah diisi pula oleh En. Ng Tong Koang.

En. Ng Tong Koang merupakan bekas Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Beliau meneruskan legasi kepimpinan yang cemerlang di SMK Bagan Jaya. En. Ng Tong Koang telah tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2012 dan sepanjang ketiadaan seorang Pengetua yang baru, SMK Bagan Jaya diterajui oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Lim Beng Kung.

Mulai 1 Mei 2012, SMK Bagan Jaya menerima seorang lagi pengetua baru. En. Loh Kok Kit selaku Pengetua Cemerlang dari SMK Westlands telah ditukarkan ke SMK Bagan Jaya bagi mengisi kekosongan jawatan Pengetua di sekolah ini.

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

Visi

Pendidkan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 18 Jun 2013: Menerima Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua Tahun 2012 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan daripada YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya
Jalan Ong Yi How
13400, Butterworth
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6043245914
Faks = 6043245914

Pautan luar[sunting | sunting sumber]