Sekolah Menengah Kebangsaan Layang Layang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang
Lokasi
Layang-Layang, Kluang, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTINGGI ILMU MULIA BUDI
Nombor sekolah077527477
Kod sekolahJEA2029
GPK Pentadbiran dan AkademikMOHAMED YUSOPE BIN HASSAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPARMIN BIN RADI
Penolong Kanan KokurikulumMD IASHAM BIN BAHRI
Faks077527477

Templat:Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang (SMKLL) ialah sebuah sekolah menengah harian di Layang-Layang, daerah Kluang, Johor. Sekolah ini terletak 33 km dari bandar Kluang dan 2 km dari pekan Layang-Layang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Layang-Layang telah dibina pada tahun 1984 di bawah Rancangan Malaysia Keempat di sebuah tapak seluas 19 ekar. Ia dirasmikan oleh Pemangku Raja Johor Tunku Mahkota Ibrahim Ibni Sultan Iskandar pada 15 Februari 1984 bersamaan 9 Rejab 1409 H.

Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1984. Pada peringkat awalnya empat kelas tingkatan satu terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Layang-Layang. Pada ketika itu persekolahan terpaksa dijalankan pada sesi petang kerana kekurangan kemudahan fizikal. Walaupun SMK Layang-Layang menumpang di sekolah Kebangsaan Pekan Layang-Layang selama setahun, tetapi segala peralatan dan buku-buku telah dipinjam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hassan Yunus, Renggam. Sekolah ini telah dinaikan taraf ke Gred A pada tahun 1998.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]