Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BEA8617
Lokasi  Malaysia Jln Kelapa Bali 18/43 Seksyen 18SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
Telefon 355421403
Faks 355491659

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 atau nama ringkasnya SMK Seksyen 18, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jln Kelapa Bali 18/43 Seksyen 18.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 memiliki 656 pelajar lelaki dan 720 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1376 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2 Disember 1990 Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam mula beroperasi dengan guru seramai 50 orang dan murid seramai 1100 orang yang terdiri dari Tingkatan Peralihan, 1 dan 4 ditempatkan ke dalam 23 buah kelas pada sesi pagi.

1992 Tenaga pengajar bertambah menjadi 100 orang dan murid berjumlah 2016 orang. Jumlah kelas bertambah kepada 48 buah iaitu 24 kelas untuk Tingkatan 3, 4 dan 5 yang beroperasi pada sesi pagi dan 24 kelas untuk Tingkatan Peralihan, 1 dan 2 yang beroperasi pada sesi petang. Untuk menampung pertambahan murid, 2 blok bangunan segera mengandungi 4 bilik darjah dan gelanggang serbaguna dibina dan beroperasi pada tahun 1993.

1993 Sekolah dinaiktaraf ke Gred A. Kelas Sains Tulen Tingkatan 4 mula diwujudkan. Sesi 1993/1994 merupakan tahun perintis bagi Kelas Aliran Agama (KAA) Tingkatan 1.

1994 Projek Pembangunan Fasa II telah dimulakan melibatkan pembinaan 2 blok asrama, 1 blok dewan makan, 1 blok Bengkel Kemahiran Hidup dan 1 blok bangunan sekolah mengandungi 12 bilik darjah dan 3 makmal Sains Tulen. Ia mula digunakan pada sesi 1994/1995.

1995 Sebahagian murid KAA mula ditempatkan di asrama.

1999 Kelas Aliran Agama Sains Tulen Tingkatan 4 dimulakan

2002 Projek Pembangunan Fasa III dimulakan melibatkan pembinaan 1 blok bangunan sekolah, 2 blok asrama dan 1 blok dewan makan.

2003 Bangunan baru yang menempatkan pejabat baru dan 9 buah kelas mula digunakan. Begitu juga dengan 2 blok baru untuk asrama puteri dan sebuah dewan makan juga mula digunakan untuk menempatkan murid KAA yang semakin bertambah.

2006 Pada tahun ini, beberapa projek naiktaraf pembangunan telah dilakukan di kawasan sekolah dan asrama. Laluan susur berbumbung telah dibina yang menghubungkan bangunan Blok A (sekolah) dan asrama. Gelanggang badminton telah dibina bersebelahan Blok B (sekolah) dan gelanggang serbaguna pula telah dibina berhampiran Asrama Putera. 3 buah pondok rehat telah didirikan di perkarangan Asrama Putera dan Puteri.

2007 Mulai November 2007, projek pembinaan dewan sekolah telah dimulakan.

   * Pada Disember 2007, Unit Pembangunan JPS telah memberi sumbangan untuk mengecat dinding luar bangunan sekolah meliputi Blok C, D dan E.

2008 Kerja-kerja pembinaan dewan sekolah terus dijalankan.

Sebuah wakaf yang dinamakan Wakaf Al-Iqra’ sumbangan Koperasi Sekolah telah dibina di hadapan bilik guru di antara Blok B dan Blok C.

   * Kerja-kerja menaiktaraf kantin sekolah dan dormitori asrama telah dijalankan
   * Kerja-kerja membaikpulih tandas dan bumbung Blok D, mengecat bahagian luar bangunan Blok B dan Blok F turut dijalankan.
   * Membina Dataran Mini bersebelahan bilik guru di Blok B.
   * Mengecat semua kelas dan pintu kelas di Blok A.
   * Mengecat tiang di laluan pejalan kaki sekolah dan tempat letak kereta.
   * Membuat garisan ’parking’ di kawasan letak kereta guru dan kakiitangan sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18
Jln Kelapa Bali 18/43 Seksyen 18
Selangor, Malaysia
Telefon = 355421403
Fax = 355491659

Pautan luar[sunting | sunting sumber]