Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak
Cogan kata Berusaha dan Komited ke Arah Mencapai Kecemerlangan
Ditubuhkan Penggal Pertama 1981
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan
Guru besar Pn Rahimah Omar
Gred Tingkatan 1 - Tingkatan 5
Lokasi Greenwood, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Daerah Gombak
Singkatan SEMERBAK
Laman web http://smksgsemerbak.wordpress.com


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak atau nama ringkasnya SMK Seri Gombak, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Taman Greenwood.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak memiliki 1397 pelajar lelaki dan 1178 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2575 orang. Ia mempunyai seramai 127 orang guru.2009


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak (SEMERBAK) merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Taman Greenwood, Selangor, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah ditubuhkan pada penggal pertama 1981. Pada mulanya S.M.K.S.G dikenali sebagai Sekolah Menengah Ulu Gombak. Pada tahun 1983, sekolah ini ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak berdasarkan kedudukannya dalam Daerah Gombak. Sekolah ini didirikan di atas satu kawasan lombong yang luasnya 18 ekar yang dikelilingi oleh beberapa kawasan perumahan seperti Taman Selaseh, Taman Gombak, Taman Berjaya, Taman Batu, Taman Greenwood dan sebagainya. Sekolah ini hanya mempunyai tiga blok bangunan utama, sebuah kantin dan bengkel seni perusahaan sewaktu dibina tanpa kemudahan air dan elektrik.

Pada tahun 1988, pembinaan blok baru dimulakan untuk menampung jumlah pelajarnya yang kian bertambah. Manakala pada tahun 1990, sebuah lagi blok dibina bagi menampung keperluan pelajar aliran sains yang diwujudkan pada tahun itu. Kini setelah berusia 31 tahun (2012), S.M.K.S.G mempunyai 7 blok bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas ,1 Blok Kabin dan pada tahun 2010 Dewan Terbuka PIBG siap dibina untuk kemudahan semua warga Semerbak.

Wawasan SMKSG[sunting | sunting sumber]

Berusaha dan komited ke arah mencapai kecemerlangan

Akademik
Peningkatan yang berkualiti bagi semua matapelajaran dalam PMR/SPM ke tahap 100% lulus dengan cemerlang

Kokurikulam
Penglibatan semua pelajar secara aktif dan berkualiti dalam kokurikulam ke tahap mewakili negara

Displin
Mengatasi segala masalah berkaitan displin secara berterusan ke tahap tiada masalah displin

Sahsiah
Melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia, beramal soleh dan bertakwa.

Keceriaan
Mewujudkan suasana sekolah yang harmoni, ceria, bersih dan selamat

Pengurusan Sekolah
Pengurusan yang cekap, cepat dan mesra.

Ikrar sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami berikrar sesungguhnya
bahawa kami akan mengejar ilmu pengetahuan
dengan penuh semangat dan kesanggupan
bagi membentuk dan seterusnya
memupuk sahsiah yang sempurna
demi kecemerlangan pelajaran
taat serta memberi kasih sayang
kepada ibu bapa
menghormati guru-guru
dan menghargai jasa baik mereka
dalam usaha menddidik kami
menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan negatif
yang boleh meruntuhkan akhlak
dan mencemarkan nama baik kami, ibu bapa, sekolah
dan negara, Malaysia

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak
Taman Greenwood
Selangor, Malaysia
Telefon = 361895384
Fax = 361869505

Pautan luar[sunting | sunting sumber]