Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary, Sandakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary
Lokasi
 Malaysia Sandakan Peti Surat 482, 90705, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIman Dan Usaha
Ditubuhkan1883
Nombor sekolah089-213646
Kod sekolahXFE2044
Pengerusi PIBGTn Hj. Awang @ Zakaria Bin Hj. Maria
PengetuaMyrene Gidung
Faks089-218854
- Sesi Petang -

Penolong kanan petang:Pn.Chiang Wai Yin

Penyelaras Petang:Pn.Sufryatien Regu

Ketua Guru Disiplin:Tn.Asmadi Hannias

Penolong Kanan Kokurikulum:Tn.Leong Yung Lih

Kaunselor Sekolah:Pn.Fitriah(Kaunseling)
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary atau nama ringkasnya SMK St Mary, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Utara, Batu 2 1/2, Sandakan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah St.Mary Sandakan merupakan sekolah tertua di negeri Sabah. Sekolah ini ditubuhkan oleh seorang paderi Mill Hill iaitu Rev. Father Prenger. Pada mulanya sekolah ini hanya memuatkan 5 orang pelajar pada 24 Julai 1883.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary memiliki 1072 pelajar lelaki dan 49 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1121 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru. Sekolah ini bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan St.Cecilia


SEJARAH SM ST. MARY SANDAKAN

1881 Borneo Mission yang diketuai oleh Rev. Fr. Thomas Jackson dari Mill Hill Missionary mendarat di pulau Borneo.
JULAI 1882 Misi Roman Katolik diiktiraf oleh Syarikat Berpiagam Borneo.
1883 Misi ini telah diberi 5 ekar tanah di Sandakan (Lokasi Katedral St. Mary sekarang)
24 JULAI 1883 Rev. Fr. A.Prenger, dengan dibantu oleh Rev. Fr. Pundleider menubuhkan Sekolah St. Mary, sekolah mubaligh yang pertama di Borneo Utara. Pada permulaan, hanya terdapat 5 orang murid. Perkembangan sekolah ini lambat dan mengecewakan.
NOV. 1885 Disebabkan suasana dan persekitaran belajar yang tidak kondusif dan kurang memuaskan, Sekolah St. Mary ditutup.
15 OGOS 1887 Rev. Fr. J. Buron membuka semula Sekolah St.Mary
1888 Rev. Fr. J. Buron mengutip dana yang cukup untuk membina satu bangunan baru untuk memuatkan bilangan murid yang bertambah.
1923 Rev. Fr. A. Stotter yang dilantik sebagai Rektor Gereja St. Mary sejak tahun 1920 menjemput dua orang De Lasalle Brothers dari Hong Kong untuk mengambil alih pengurusan Sekolah St. Mary.
1926 Sekembalinya dari Eropah, Rev. Fr. A. Stotter memulakan rancangannya untuk membina sebuah sekolah yang lebih besar. 
1928 Rev. Fr. J. Davies dilantik sebagai Guru Besar Sekolah St. Mary
1929 Sebuah bangunan kayu tiga tingkat disiapkan. Tingkat bawahnya diguna sebagai bilik darjah, tingkat satu sebagai bilik darjah dan bilik untuk para paderi manakala tingkat dua diguna sebagai dormitory.
1931 Rev. Fr. J. Davies mendaftar beberapa orang murid dalam Peperiksaan Tempatan Hong Kong dan mendapat kejayaan.
1932 Rev. Fr. J. Davies mendaftarkan murid untuk Peperiksaan Cambridge Tempatan dan sekali lagi berjaya kerana calon-calon mendapat keputusan cemerlang. Sejak itu, SM. St. Mary menjadi pusat rasmi untuk Peperiksaan Cambridge Tempatan.
1943 Tentera Jepun yang menjajah Borneo Utara membakar dan memusnahkan kedua-dua Gereja dan bangunan Sekolah St. Mary.
1953 Rev. Fr. A. Mulder membina satu bangunan dua tingkat yang mempunyai sebelas bilik darjah di sebelah gereja. Tidak lama kemudian, bangunan ini didapati tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin bertambah.
1954 Rev. Fr. J. Van Haaren memperolehi sebidang tanah yang luas di Batu 2 ½, Jalan Labuk. Sebuah bangunan dibina di tapak baru ini untuk menempatkan murid sekolah menengah. Sementara itu, bangunan sekolah lama dikhaskan untuk murid sekolah rendah dan dikenali sebagai Sekolah Rendah St. Mary (Bandar)
1959 Rev. Fr.Crowther menambah satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi lapan bilik darjah di sebelah bangunan sekolah menengah.
1963 Tiga orang De La Salle Brothers tiba di Sandakan untuk mengambil alih pengurusan sekolah menengah. Brother Fridolin dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah St. Mary.
5 FEB. 1966 Satu blok baru tiga tingkat yang menempatkan makmal sains disiapkan dan dibuka secara rasmi oleh Datuk Farid Tan.
OGOS 1966 Bro. Raphael Egan menggantikan Bro. Fridolin sebagai pengetua baru. Beliau berkhidmat sehingga 29hb Oktober 1970.
JAN. 1971 Bro. Frederick Lynch mengambil alih tugas Pengetua di SM St. Mary selama 2 tahun.
JAN. 1973 Bro. Finian Boudville yang menggantikan tempat Bro. Frederick memulakan usaha membina satu bangunan simen dua tingkat untuk menempatkan dewan sekolah, perpustakaan dan bilik-bilik khas.
1975 Bro. Peter Ng menggantikan Bro. Finian Boudville, iaitu pada masa pembinaan bangunan simen tersebut hampir disiapkan pada bulan April 1984.
OGOS 1983 Pembinaan Dewan Badminton bermula dan disiapkan pada bulan April 1984.
JUN 1987 Bro. Peter ditukarkan ke SM St. Martin, Tambunan. Tempat beliau digantikan oleh En. Chin Tet Foh yang berkhidmat sehingga 1994.
1995 Cik Yap Pak Shun ditukarkan ke SM St. Mary sebagai pengetua sehingga Oktober 1999. Tempat Cik Yap digantikan oleh Dr. Jeannie Ling Ai Yieng.
2005 Dr. Ling menerima tawaran sebagai Timbalan Pengarah IAB di Genting, Selangor.
2005 Tempat Dr. Ling diisi oleh Pn. Goh Yoke Ling yang pada ketika itu berkhidmat di SM St. Mary sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pn. Goh telah berkhidmat sebagai pengetua sehingga Mei 2006, iaitu pada umur persaraan wajib.
JUL. 2006 Kekosongan jawatan pengetua diisi oleh Pn.Teo Poo Siang yang pada ketika itu berkhidmat sebagai Ketua Bidang Bahasa di SM St. Mary.
NOV. 2006 Pn. Chee Chai Jin yang berkhidmat di SMJK Tiong Hua sebagai Pengetua ditukarkan ke SM St. Mary sebagai Pengetua.
JUN 2009 Pusat Tingkatan Enam diwujudkan.
JAN 2014 Pusat Tingkatan Enam telah dipindahkan ke Kolej Tingkatan Enam.
1 MAC 2018 Pn. Chee Chai Jin telah berkhidmat sebagai pengetua sehingga 28 Februari 2018, setelah memilih untuk bersara secara pilihan. Pn. Myrene Gidung mengantikan tempat Pn. Chee sebagai Pengetua sehingga kini.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary
Sandakan Peti Surat 482
90705, Sandakan
Sabah, Malaysia
Telefon = 089-213646
Fax = 089-218854

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

All through our classes a voice is resounding, Promptly respond to your duty's sweet call; Hearken you all for the trumpet is sounding; Your Mater's proclaiming her watch words to all.

(Chorus) Forward her children dear, Ever with heart sincere, Render with joy to your mater her due, All that is vile reject, Heaven will e'er protect, Sons of St.Mary's valiant and true.

Ready to serve the motto still bearing, Forward with courage in ways that are just, True to your standard be doing and daring, As faithful Marians in heaven you trust.

(Chorus) Forward her children dear, Ever with heart sincere, Render with joy to your mater her due, All that is vile reject, Heaven will e'er protect, Sons of St.Mary's valiant and true.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Tahun 2023: Dua kumpulan yang telah mewakili sekolah ini telah mendapat tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan "Gami-Code" anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan di SM Sung Siew

Pautan luar[sunting | sunting sumber]