Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
Moto Tekun, Taat, Taqwa
Ditubuhkan 1999
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BEA7616
Lokasi Km11 Jalan GombakKUALA LUMPUR, Selangor,  Malaysia
Laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
Telefon 361861701
Faks 361871512


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu (SMK Sungai Pusu) terletak di Batu 7, Jalan Gombak, Selangor, Malaysia. Ia telah dirasmikan pada 1999 yang memperlihatkan pengetua sekolah yang pertama ialah Pn. Hajah Fuzi bt Miar Ahmad. SMK Sungai Pusu merupakan sebuah sekolah asrama harian yang menempatkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekitar daerah Gombak. Di samping itu, SMK sungai Pusu juga menerima pelajar-pelajar harian daripada Sekolah Kebangsaan Gombak Utara dan Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu. SMK Sungai Pusu merupakan sebuah Sekolah Bestari, daripada sejumlah 88 buah Sekolah Bestari di seluruh negara.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu memiliki 662 pelajar lelaki dan 723 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1385 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu mula dibina pada pertengahan tahun 1997 di atas tanah seluas 15.4 hektar dengan anggaran kos sebanyak RM 7 juta. Sekolah ini mempunyai 12 buah bangunan iaitu 3 blok bilik darjah, 1 blok makmal, 1 blok bengkel kemahiran hidup, 1 blok rumah pertanian, 2 blok asrama, kantin, dewan makan, dewan besar dan surau. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu berstatus sekolah asrama harian yang pertama di daerah Gombak. Asrama ini didiami oleh pelajar-pelajar daripada rancangan khas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu ini mula beroperasi pada 5 Disember 1998.Semua kerja-kerja pentadbirannya dijalankan buat sementara di pejabat Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu sehingga 28 Disember 1998. Urusan pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu bermula pada 21 Disember 1998 hingga 28 Disember 1998.Pada 28 Disember 1998 urusan pentadbiran berpindah ke pejabat baru sekolah ini. Pada Januari 1999,sejumlah 260 orang pelajar tingkatan satu mula belajar di 8 buah kelas di sekolah ini. Seterusnya pada Julai 1999, Sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan salah sebuah Sekolah Bestari di dalam Projek Rintis Sekolah Bestari.

Moto sekolah[sunting | sunting sumber]

Tekun, Taat, Taqwa

Tekun dalam konteks kesungguhan mencari ilmu untuk dunia dan akhirat;

Taat dalam konteks kepatuhan kepada Tuhan , ibu bapa, guru dan peraturan sekolah;

Taqwa dalam konteks mengamalkan suruhan Tuhan dengan penuh ikhlas berdasarkan apa yang dipelajari

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Misi

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Objektif sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Mengutamakan dan mengamalkan 3T(tekun, taat, taqwa)
  • Mementingkan program 3K(kebersihan, keceriaan, keselamatan)pada setiap masa
  • Melahirkan pelajar yang berdikari dalam memperoleh ilmu pengetahuan baru yang diminati.
  • Melahirkan pelajar yang berdaya fikir kritis dan kreatif serta cekap dalam teknologi maklumat.
  • Meningkatkan kecemerlangan akademik dari semasa ke semasa untuk semua pelajar.
  • Melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
  • Menggalakkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum melalui pengurusan kokurikulum yang lebih aktif dan bermakna dengan memberi peluang kepada semua warga sekolah.
  • Meningkatkan usaha untuk pembangunan diri pelajar yang seimbang melalui amalan budaya ilmu,tertib, sopan, iltizam dan sentiasa mengejar kemajuan.
  • Melibatkan semua guru, ibu bapa, masyarakat, badan koprat dan swasta setempat secara padu,kukuh, ikhlas dan prihatin untuk membantu dan membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

Fafsafah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu akan menyediakan pendidikan untuk dunia dan akhirat.

Melalui pendidikan ini akan melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Melalui usaha murni ini juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan melalui pemupukan dan sokongan padu guru-guru yang profesional.

Warga sekolah ini sentiasa berusaha untuk mencari pengetahuan dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab, berbudaya tinggi dan berbudi pekerti mulia.

Diharapkan warga SMKSP juga sentiasa memberi sumbangan kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

Piagam pelanggan sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami Warga SMK Sungai Pusu dengan penuh kesedaran beriltizam untuk......

1. Menyediakan peluang pendidikan ke arah melahirkan warga sekolah yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

2. Menyediakan persekitaran pendidikan yang lengkap dan kondusif.

3. Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

4. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyakarat, dan pihak-pihak berkepentingan secara padu, kukuh dan iklhas dalam suasana hubungan yang harmoni.

Logo sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Tiang kanan : melambangkan tiang agama dengan 5 Rukun Islam Lencana SMKSP
  • Tiang kiri : melambangkan tiang Rukunnegara dengan 5 Prinsip Rukunegara
  • Al-Quran/Buku : melambangkan nilai-nilai Islam dan kecemerlangan akademik pelajar.
  • Obor : melambangkan semangat dan kesungguhan pelajar dan warga sekolah dalam mencapai kejayaan.
  • Motif awan larat : melambangkan landasan budaya Melayu.
  • Garisan Putih yang membahagikan warna merah dan kuning : melambangkan keseimbangan insan
  • Garisan berselang kuning/merah ( cahaya obor) : melambangkan semangat pelajar dan guru demi kecemerlangan sekolah.
  • Warna hijau : melambangkan Islam dan kesuburan minda.
  • Warna kuning : melambangkan kebudayaan dan ketaatan.
  • Warna merah : melambangkan keberanian.
  • Lencana SMK Sungai Pusu telah diubahsuai daripada lencana asal yang telah dicipta oleh Mohd Fadli bin Che Arbi dalam satu pertandingan mencipta logo sekolah yang diadakan pada tahun 1999.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
Km11 Jalan Gombak
Selangor,  Malaysia
Telefon = 361861701
Fax = 361871512

Pautan luar[sunting | sunting sumber]