Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Hj Openg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Hj Openg
frames
Logo SMK Tun Abang Haji Openg.
Lokasi
 Malaysia Jalan Demak, Petra Jaya,, 93050, Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUntuk Negaraku
Ditubuhkan6 November 1970
Nombor sekolah6082447540
Kod sekolahYEE1301
Faks6082443978


Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Hj Openg atau nama ringkasnya SMK Tun Abang Hj Openg atau SMK TAHO, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Demak, Petra Jaya, Kuching.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Hj Openg memiliki 687 orang pelajar lelaki dan 854 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1541 orang. Ia mempunyai seramai 103 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama, Tun Abang Haji Openg Abang Sapiee.

SMK Tun Abang Haji Openg dikenali dengan nama asalnya Across River Secondary School yang kemudiannya ditukarkan kepada nama sekarang sempena nama Gabenor Pertama Sarawak iaitu Yang Terutama Tun Abang Haji Openg Bin Abang Sapiee. Pembukaan rasmi sekolah ini disempurnakan oleh YAB Datuk Haji Abdul Rahman Yaakub iaitu Ketua Menteri Sarawak yang ke-3 pada 6 November 1970. Tapak asal sekolah ini terletak berhadapan dengan bangunan lama Dewan Undangan Negeri Sarawak Pengetua pertama yang memimpin sekolah ini ialah Encik Mathew Mark.

Setelah beroperasi selama 25 tahun di Jalan Siol, SMK Tun Abang Haji Openg berpindah ke premis sekarang di Jalan Demak pada 17 Ogos 1994 yang ketika itu di bawah kepimpinan Encik Ahmad Bin Haji Hamdan, pengetua yang ke-11. Di lokasi sekarang yang seluas 10.1 hektar, terbinanya bangunan yang tersergam indah. Sehingga kini 13 orang pengetua telah memimpin sekolah ini.  Bilangan pelajar seramai 1348 orang  pada tahun 2012 dengan tenaga pengajar seramai 97 orang dan dibantu oleh 23 orang staf sokongan.

Pada tahun 2007 sehingga 2016, Sekolah Seni Kuching menumpang di SMK Tun Abang Haji Openg sehingga ke hari ini. Bilangan pelajar asrama semakin sedikit bagi memberi laluan kepada pelajar Sekolah Seni Kuching yang berstatus berasrama penuh.[perlu rujukan]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Hj Openg
Jalan Demak, Petra Jaya,
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082447540
Faks = 6082443978

Pautan luar[sunting | sunting sumber]