Sekolah Menengah Teknik Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Teknik Gombak
Moto Iltizam Kearah Kecemerlangan
Ditubuhkan 2000
Jenis Sekolah Menengah Teknik, Sekolah kerajaan
Pengetua Isa bin Kassim
Kod sekolah BKA7001
Lokasi Jalan Sg Pusu, Batu 8Gombak, Selangor,  Malaysia
Nama singkatan [SMTG] / [SEMTEG]
Laman web www.smtgombak.net
Telefon 03-61860085
Faks 03-61860081


Sekolah Menengah Teknik Gombak atau nama ringkasnya SM Teknik Gombak (SEMTEG) , merupakan sebuah Sekolah Menengah Teknik yang terletak di Jalan Sg Pusu Batu 8, Gombak. Sekolah ini bersebelahan dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM dan juga Universiti Kuala Lumpur UniKL(BMI)

Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Gombak memiliki 318 pelajar lelaki dan 184 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 502 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Gombak atau singkatannya SEMTEG dan dibuka dalam tahun 2000. Rancangan penubuhan Sekolah Menengah Teknik Gombak (SEMTEG) telah bermula pada tahun 1996. SMTG terletak di atas tanah seluas 28 ekar dengan kos perbelanjaan RM38 juta. Kerja-kerja pembinaan dapat disiapkan pada 26 November 2000. Sek Men Teknik Gombak kini telah berubah wajah serta mempunyai wacananya yang tersendiri. Kegemilangan sekolah ini sendiri mencerminkan kecemerlangan warga sekolah keseluruhannya dan menetapkan sasarannya melalui Visi Sekolah iaitu “ Menjadi Sekolah Terbilang Berteraskan PRIME Menjelang Tahun 2015 ”.

Pengambilan pelajar pada tahun pertama adalah seramai 240 orang dan dijangka akan bertambah sehingga 1200 orang menjelang tahun berikutnya.

SMTG merupakan sebuah sekolah teknik tulen yang menawarkan 3 kursus kejuruteraan iaitu :-

  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Mechanical Engineering Studies
  • Pengajian Kejuruteraan Elekrik & Elektronik / Electrical and Electronic Engineering Studies
  • Pengajian Kejuruteraan Awam / Civil Engineering Studies

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Gombak
Jalan Sg Pusu Batu 8, Gombak
Selangor,  Malaysia
Telefon = 03-61860085
Fax = 03-61860081

Pautan luar[sunting | sunting sumber]