Sekolah Rendah Arab (JAIM) Tun Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Arab (JAIM) Tun Razak
Lokasi
 MalaysiaKM9, Lot 1679, Jalan Wakaf Utama 7,
Kampung Tun Razak, Bukit Katil
, 75450, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah Arab, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6062319895
Kod sekolahMCT2003
Faks6062319895


Sekolah Rendah Arab (JAIM) Tun Razak atau nama ringkasnya SRA (JAIM) Tun Razak, merupakan sebuah Sekolah rendah Arab yang terletak di Km 9 Kampung Tun Razak, Bkt. Katil.

Pada 2009, Sekolah Rendah Arab (JAIM) Tun Razak memiliki 158 pelajar lelaki dan 134 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 292 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.2009

Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak adalah merupakan sebuah pusat pendidikan rendah yang menawarkan dua aliran kurikulum iaitu kurikulum kebangsaan dan diniah (JAIM). Harapan masyarakat dan kerajaan untuk melihat generasi yang dapat merealisasikan fardhu ain dan fardhu kifayah dalam kehidupan seharian. Sekolah dan PIBG rasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang idea dan bantuan yang sepatutnya demi pembangunan serta kecemerlangan sekolah ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak telah ditubuhkan pada bulan Januari 2002. Status sekolah ini adalah menumpang iaitu menggunakan seluruh tingkat 2 bangunan Sekolah  Rendah Agama JAIM Kampung Tun Razak.

Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini hanya mempunyai seramai 29 orang murid iaitu 17 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Bilangan guru dan kakitangan sekolah pula seramai 5 orang.

Sekolah ini mempunyai 2 jenis kurikulum, iaitu menggunakan kurikulum Agama dan Bahasa Arab dan kurikulum Kebangsaan.

Kurikulum Agama dan Bahasa Arab terdiri daripada 8 matapelajaran yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar iaitu:-

Bagi kurikulum kebangsaan pula terdiri daripada 8 matapelajaran akademik iaitu:-

Sejak ditubuhkan sehingga sekarang seramai 5 orang Guru Besar telah berkhidmat di Sekolah ini iaitu:-

  1. Ustaz Yaakob Md. Amin
  2. Ustaz Abdul Razak Md. Nor
  3. Ustaz Bazri  Abu Bakar
  4. Ustaz Mohd. Kamal Bin Ahmad
  5. Ustaz Syaari Rahudin
  6. Ustaz Hj. Ramli bin Abu Samah

Januari – Disember 2002
Januari – Disember 2003
Januari 2004 – Januari 2005
Februari – Mac 2005
April 2005 – Dec 2015
Januari 2016 -sekarang

Bilangan murid bertambah dari setahun ke setahun menjadikan bilangan murid sehingga 2016 seramai 473 orang (Tahun 1 hingga Tahun 6). Pertambahan murid secara tidak langsung memerlukan pertambahan guru. Sehingga kini guru yang mengajar di Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak ialah seramai 35 orang termasuk Guru Besar.

Pembangunan ini bermula dalam era pentabiran YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam Ketua Menteri Melaka.Pembangunan dan pembinaan bangunan baru ini adalah hasil kerjasama pihak JAIM, JKKK Kg Tun Razak dan PIBG sekolah. Usaha ini telah di gerakkan bermula September 2006, setelah pengurusan sekolah diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Islam (SABK)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kemasukan Murid:

ENROLMEN MURID JUN 2016
JUMLAH MURID
KELAS L P JUMLAH
1 BAKRI 21 23 44
1 UMARI 27 16 43
2 BAKRI 20 19 39
2 UMARI 24 17 41
3 BAKRI 21 21 42
3 UMARI 27 12 39
4 BAKRI 16 23 39
4 UMARI 18 22 40
5 BAKRI 19 19 38
5 UMARI 11 21 32
6 BAKRI 13 22 35
6 UMARI 15 10 25
JUMLAH BESAR 232 225 473

Unjuran:

Pendaftaran & Unjuran murid

TAHUN KEMASUKAN DITERIMA MENUNGGU
2015 91 47
2016 90 46
2017 87 70
2018 83 60
2019 78 40
2020 48

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Arab (JAIM) Tun Razak
Km 9 Kampung Tun Razak, Bkt. Katil
75450, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062319895
Fax = 6062319895

Pautan luar[sunting | sunting sumber]