Fiqah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ini adalah siri utama
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang


Fiqh atau fiqah (Bahasa Arab: فقه‎ ) menurut bahasa bererti mengetahui dan memahamkan.

Menurut istilah adalah suatu ilmu yang menerangkan segala hukum syara' yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasululllah s.a.w. secara penelitian yang mendalam iaitu dengan jalan ijtihad dan istinbat.

Ilmu-ilmu fiqh[sunting | sunting sumber]

Ilmu Fiqh membahas bidang-bidang:

  • Fiqh Ekonomi (Mua'malat)
  • Fiqh Politik
  • Fiqh Perkahwinan (Munakahat)
  • Fiqh Jenayah
  • Fiqh Adab
  • Fiqh Ibadat
  • Fiqh Kebersihan
  • Fiqh Ketenteraan

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Al-Zarqa membahagi perkembangan fiqh kepada 6 zaman (period) iaitu sebagai berikut:

  1. Zaman Risalah - bermula sejak diutusnya Muahammad sebagai Rasul s.a.w. sehingga kewafatan baginda (11 H./632 M.)
  2. Zaman Khulafa al-Rasyidin - bermula sejak wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Mu'awiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam (41 H./661 M.)
  3. Zaman Awal Pertumbuhan - Masa ini dimulai pada pertengahan abad pertama sehingga ke awal abad ke-2 H.
  4. Zaman Keemasan - bermula awal abad ke-2 sehingga pertengahan abad ke-4 H.
  5. Zaman Tahrir, Takhrij dan Tarjih - dalam mazhab fiqh bermula dari pertengahan abad ke-4 sehngga pertengahan abad ke-7 H.
  6. Zaman Kemunduran - bermula dari pertengahan abad ke-7 H. sehingga munculnya Majalah al-Ahkam al- 'Adliyyah (Hukum Sivil Kerajaan Turki Usmani) (26 Sya'ban l293.)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]