Selulosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Struktur selulosa

Selulosa ialah sebatian organik dengan formula (C6H10O5)n. Ia merupakan kandungan utama dalam serat tumbuhan, yang berfungsi sebagai komponen struktur tumbuhan.

Selulosa ialah satu polimer yang mengandungi unit-unit glukosa jenis anomer β yang membolehkan selulosa membentuk satu rantai yang sangat panjang.

Selulosa tidak larut dalam air, tetapi larut dalam larutan kuprik hidroksida berammonia (bahan uji Schweitzer). Selulosa juga larut dalam laruta zink klorida berasid hidroklorik. Selulosa tidak memberi warna biru dengan iodin.