Senarai Episod Dragon Ball Kai Musim Keempat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
# Tajuk Tarikh siaran asal
76 "Tenshinhan, Kesshi no Shin Kikōhō! Senyū o Sukue, Son Gokū" (天津飯、決死の新気功砲!戦友を救え、孫悟空)  10 Oktober 2010
Ten Shin Han menggunakan teknik Meriam Tiga Penjuru terhadap Cell berterusan lalu memberi peluang kepada Android 16 dan Android 18 untuk melarikan diri. Ten Shin Han rebah ke tanah setelah kehabisan tenaga. Cell yang masih bertenaga mengumpul kuasa untuk menyerang Ten Shin Han. Tiba-tiba, Goku tiba dan mengambil Ten Shin Han untuk dibawa ke biara Kami. Kebetulan Goku terkesan tenaga Pikolo yang lemah lalu mencarinya seterusnya membawanya pulang. Tidak beberapa lama kemudian, Bezita dan Trunks akhirnya keluar dari Bilik Semangat. Trunks memberitahu Goku bahawa Bezita dapat mencapai tahap maksimum Super Saiya dalam masa dua bulan pertama tetapi tidak berpuas hati lalu terus menyambung kembali latihannya sehingga setahun. Kurilin mengambil alat penyahaktif android daripada Bulma dan mengarahkan Bulma untuk pergi ke biara Kami untuk menghantar sut bertempur kepada pahlawan-pahlawan naga itu. Sebelum itu, Bulma memberitahu bahawa alat itu hanya berfungsi apabila berada 10 meter daripada android. Bezita dan Trunks pergi memburu Cell sementara Goku dan Gohan bersiap sedia untuk masuk ke bilik itu. Sementara itu, Cell telah memusnahkan sebuah pulau untuk mencari Android 18. 
77 "Sūpā Saiyajin o Koeta! Futeki na Bejīta, Seru o Utsu" (超サイヤ人を超えた!不敵なべジータ、セルを討つ)  17 Oktober 2010
Cell terus menghapuskan pulau satu demi satu untuk mencari Android 16 dan Android 18. Cell berjaya menemui mereka namun Bezita dan Trunks tiba untuk menyelamatkan keadaan. Cell meminta untuk melawan kedua-dua Bezita dan Trunks namun Bezita mengatakan bahawa Trunks hanyalah sekadar penonton. Dia kemudiannya mengumpulkan tenaga dan berubah kepada bentuk Super Bezita. Sementara itu, Goku dan Gohan mula memasuki Bilik Semangat untuk meningkatkan kuasa. Gohan yang pertama kali datang ke tempat sebegitu sesak nafas dan kelihatan kurang sihat. Goku memberi semangat supaya tidak mudah mengalah. Kurilin meneruskan perjalanan mencari Andrid 18 untuk dimatikan suisnya. 
78 "Seru Dotō no Kuyashigari! Kuririn, Jūhachi Gō o Hakai se yo" (セル怒涛の悔しがり!クリリン、18号を破壊せよ)  24 Oktober 2010
Goku terus melatih Gohan yang mahu mencapai tahap Super Saiya. Sementara itu, Bezita membelasah Cell tidak berbalas. Cell menyatakan berulang-ulang kali jika dia dapat menyerap Android 18, dia akan dapat mencapai tahap sempurna dan mengalahkan Super Bezita dengan senang sekali. Keangkuhan Bezita terus meninggi apabila rela melepaskan Cell supaya pergi menyerap Android 18. Kurilin yang baru sahaja sampai di situ menjangkakan Cell telah menyerap Android 18 dan mencapai tahap sempurna. Namun begitu, dia akhirnya menjumpai Android 16 dan 18. Dari jarak yang paling minima iaitu 10 meter, Kurilin cuba mematikan Android 18 dengan alat pemati ciptaan Bulma. Kurilin sebenarnya menyimpan perasaan kepada Android 18. Namun, dia tetap mahu meneruskan rancangannya itu. Akibat terlalu memikirkan hal itu, Kurilin membatalkan niatnya untuk mematikan Android 18. 
79 "Soshite Sai'aku no Jitai he... Seru, Jūhachi Gō ni Osoikakaru!" (そして最悪の事態へ…セル、18号に襲いかかる!)  31 Oktober 2010
Cell berjaya memujuk Bezita untuk menyedut Cyborg 18 tetapi Trunks menghalang dan melawan Cell. Cell menjumpai Cyborg 16, 18 dan Kurilin. Bezita melawan Trunks untuk melihat Cell dalam bentuk sempurna. Trunks menembak ke arah Bezita dan menyebabkan Bezita terpelanting jauh ke dalam laut. Trunks kemudiannya pergi ke arah Cell. Semasa Trunks sampai, Cell sedang melawan Kurilin dan Cyborg 18. Menyedari kehadiran Trunks, Cell menggunakan teknik Taiyoken dan membutakan sementara semua orang dan menyedut Cyborg 18 pada masa itu lalu berubah ke bentuk sempurna. Trunks cuba untuk menghalang proses pertukaran tersebut namun gagal. 
80 "Keisei Gyakuten! Kanzentai Seru, Tsui ni Shidō!" (形勢逆転!完全体セル、ついに始動!)  7 November 2010
Cell akhirnya berjaya mencapai tahap sempurnanya. Kurilin menyerang Cell bertubi-tubi dan menggunakan teknik memotong Kienzan namun semuanya gagal. Kurilin ditumbuk Cell dan terus pengsan. Trunks menghampiri Kurilin dan memberinya sebutir kacang Senzu. Kurilin kembali sedar dan memberitahu Trunks bahawa Cell kali ini bukan lagi tandingan Bezita. Perlawanan antara Cell dengan Bezita bermula. Cell memberitahu Bezita bahawa dia hanya mahu memanaskan badan. Bezita membalas dia tidak akan memberinya peluang selepas ini. Bezita mula menyerang dan Cell dapat bertahan. Bezita mengumpul tenaga dan menendang kepala Cell sepenuh tenaga namun tidak menampakkan sebarang kesakitan. 
81 "Bejīta Zenryoku no Ichigeki! Shikashi Takamaru Seru no Kyōfu" (ベジータ全力の一撃!しかし高まるセルの恐怖)  14 November 2010
Latihan Goku bersama Gohan terus berlangsung. Sementara itu, Bezita mula merasai dia akan kalah. Oleh itu, dia mengumpul tenaga lagi dan menyerang Cell dengan teknik Final Flash. Separuh badan Cell musnah dan Bezita ketawa berdekah-dekah. Cell mengatakan Bezita hanya ketawa seperti orang bodoh kerana Cell mempunyai sel Pikolo yang boleh menumbuhkan semula bahagian badannya yang musnah. Bezita akhirnya kalah di tangan Cell. Cell mengacukan tangannya ke arah Bezita dan mahu menamatkan riwayatnya. Trunks meningkatkan tenaga secara mendadak dan menarik perhatian Cell. Trunks memberitahu Kurilin bahawa sementara dia melawan Cell, Kurilin perlu mengambil Bezita dan terbang pergi dari situ. Cell sudah mengetahui perkara itu tetapi hanya mendiamkan diri. Pertarungan antara Cell dengan Trunks bersambung. 
82 "Chō Pawā Kakusei! Chichi o Koeta Torankusu!" (超パワー覚醒!父を超えたトランクス!)  21 November 2010
Maka perlawanan antara Super Trunks dengan Cell bentuk sempurna pun bermula. Ramai menjangkakan Trunks akan menang melawan Cell namun sebaliknya berlaku. Kata Cell, walaupun Trunks bertambah kuat dan ototnya mengembang, pada masa yang sama, dia telah mengorbankan kelajuannya. Kurilin membawa Bezita ke sebuah pulau yang berdekatan dan memberinya kacang Senzu. Bezita kembali sedar lalu bergegas ke tempat Trunks dan Cell bertempur. Kurilin mengikut sama. Sementara itu, Gohan menunjukkan kemajuan dalam latihannya. Goku hanya bertapa. Pada suatu ketika, Goku bingkas bangun lalu mengumpul tenaga. Otot-ototnya mengembang. Gohan terkejut dan mengatakan bahawa mereka akan menang. Goku menangkis pernyataan itu dengan alasan yang sama yang diberikan oleh Cell. Trunks yang tahu kelemahannya itu menyerah kalah. Cell enggan membunuhnya sebaliknya mahu mengadakan Pertandingan Seni Mempertahankan Diri dalam masa lima hari lalu beredar.