Senarai kaunti di Hawaii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kaunti di Hawaii
LokasiNegeri Hawaii
Bilangan5
Jumlah penduduk82 (Kalawao) – 995,638 (Honolulu)
Keluasan5.2 bt2 (13 km2) (Kalawao) – 4,028 bt2 (10,430 km2) (Hawaii)
Kerajaan/pemerintah
  • Pemerintah kaunti
Subbahagian
  • Komuniti

Lima kaunti di Kepulauan Hawaii menikmati status yang agak besar berbanding kebanyakan kaunti di tanah besar Amerika Syarikat. Kaunti di Hawaii adalah satu-satunya badan pemerintah yang sah berada di bawah negeri. Tiada peringkat pemerintah rasmi (seperti pemerintah bandar) wujud di bawah peringkat kaunti di Hawaii.

Tidak seperti 49 negeri yang lain, Hawaii tidak mewakilkan tanggungjawab pendidikan kepada lembaga-lembaga sekolah tempatan; pendidikan awam dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Hawaii.[1] Kaunti-kaunti di Hawaii mengutip cukai harta dan yuran pengguna bagi menyokong penyelenggaraan jalan raya, kegiatan kemasyarakatan, taman-taman (termasuklah pengawal keselamatan di taman pantai), kutipan sampah, polis (pasukan polis negeri, dipanggil Jabatan Keselamatan Awam Hawaii, dengan ruang lingkup terbatas), ambulans dan khidmat pemadaman kebakaran.[2]

Kesemua kaunti diwujudkan pada tahun 1905 dari wilayah yang tidak tersusun, tujuh tahun selepas wilayah Hawaii diwujudkan.[2][3] Kaunti Kalawao secara sejarahnya digunakan secara eksklusif sebagai perkampungan pesakit kusta, dan tidak mempunyai ramai pegawai yang dipilih seperti kaunti lain.[4] Banyak perkhidmatan untuk kaunti Kalawao disediakan oleh kaunti Maui. Contohnya, tapak web untuk pejabat kerani kaunti Maui berkata "Pejabat itu juga bertanggungjawab untuk pilihan raya di Kaunti Maui dan Kaunti Kalawao".[5]

Maklumat kaunti[sunting | sunting sumber]

Kod Piawaian Pemprosesan Maklumat Persekutuan (FIPS), yang digunakan oleh pemerintah Amerika Syarikat untuk mengenal pasti kaunti-kaunti secara unik, disediakan bersama bagi setiap entri. Kod FIPS untuk setiap kaunti dipautkan kepada data banci untuk kaunti tersebut.

Kaunti Kod FIPS[6] Pusat kaunti[7] Ditubuhkan[7] Asal usul nama Pulau Jumlah penduduk[8] Keluasan[8] Peta
Hawaii 001 Hilo 1905 Pulau Hawaiʻi, yang mana kaunti itu bersempadan; dikatakan dinamakan sempena Hawaiʻiloa, pelayar legenda Polinesia Hawaiʻi 206,315 4,028 bt2 (10,430 km2) Kaunti Hawaii bertanda merah pada peta Hawaii
Honolulu 003 Honolulu 1905 "Teluk terlindung" atau "tempat dilindungi" dalam bahasa Hawaii,[9] dinamakan sempena ibu kota dan bandar terbesar negeri Oʻahu dan kepulauan Hawaii Barat Laut (kecuali atol Midway) 995,638 597 bt2 (1,550 km2) Kaunti Honolulu bertanda merah pada peta Hawaii
Kalawao 005 Kalaupapa[4] 1905 Kampung Kalawao di Molokaʻi Semenanjung Kalaupapa di Molokaʻi 82 5.2 bt2 (13 km2) Kaunti Kalawao bertanda merah pada peta Hawaii
Kauai 007 Lihue 1905 Kauai, pulau terbesar dalam kaunti; nama mungkin berasal dari Kauaʻi, anak sulung Hawaiʻiloa Kauai, Niʻihau, Lehua, dan Kaʻula 73,810 622 bt2 (1,610 km2) Kaunti Kauai bertanda merah pada peta Hawaii
Maui 009 Wailuku 1905 Maui, pulau terbesar dalam kaunti; dinamakan sempena Māui, separa dewa daripada mitologi orang asli Maui, Kahoʻolawe, Lānaʻi, Molokaʻi (kecuali semenanjung Kalaupapa), dan Molokini 164,351 1,120 bt2 (2,900 km2) Kaunti Maui bertanda merah pada peta Hawaii

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jabatan Pendidikan Negeri Hawaii. "Hawai'i DOE, About" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2007. Dicapai pada 26 April 2007.
  2. ^ a b "Hawaii State: Facts & Figures – Des Osman Realty" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2012. Dicapai pada 26 April 2007.
  3. ^ Pejabat Kerani Kaunti. "Foreword" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Julai 2007. Dicapai pada 26 April 2007.
  4. ^ a b "Hawaii's 4 (or 5) Counties" (dalam bahasa Inggeris). 1 September 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 1999. Dicapai pada 23 Julai 2007.
  5. ^ "Office of the County Clerk". Kaunti Maui (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2018. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  6. ^ "EPA County FIPS Code Listing" (dalam bahasa Inggeris). EPA. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2004. Dicapai pada 9 April 2007.
  7. ^ a b "Find A County" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Kebangsaan Kaunti. Dicapai pada 11 Mei 2013. (Cari kaunti)
  8. ^ a b "Hawaii QuickFacts from the US Census Bureau". State & County QuickFacts (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2023.
  9. ^ "Honolulu Homes Guide" (dalam bahasa Inggeris). 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2007. Dicapai pada 23 Julai 2007.