Senarai raja England

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ini merupakan senarai raja England. Pemerintah pertama di Britain yang menggunakan gelaran Raja Inggeris (Bahasa Inggeris: King of the English, Latin: Rex Anglorum) ialah Offa dari Mercia pada 774, walaupun senarai berterusan raja Inggeris secara tradisionalnya bermula dengan Egbert dari Wessex pada 829. Bagaimanapun, sebelum penghijrahan mereka ke Britain, orang-orang Inggeris, ataupun Angle, telahpun mempunyai raja kesatuan di kawasan yang kini dikenali sebagai Schleswig-Holstein (lihat Senarai raja Angle). Di Britain mereka menubuhkan beberapa kerajaan berasingan yang dikenali sebagai Heptarchy (pemerintahan orang tujuh), dengan salah seorang daripada mereka diterima sebagai dipertuan, atau Bretwalda, yang lain. Kerajaan-kerajaan ini tidak disatukan secara kekal hinggalah tahun 927, di bawah Athelstan. Penyatuan dengan Wales digubal pada 1536, dan dengan Scotland pada 1707 untuk membentuk Kerajaan Great Britain. Sejak tarikh itu gelaran Raja (atau Ratu) England tidak lagi tepat, walaupun masih kekal digunakan secara meluas hingga ke hari ini.

Lambang Diraja England yang asal, seperti yang diperkenalkan Raja Richard si Hati Singa pada 1198

Wangsa Mercia[sunting | sunting sumber]

Sesetengah sumber menyatakan pemerintah pertama yang menggunakan gelaran Raja Inggeris ialah Offa pada 774, namun ini dipertikaikan.

Nama Potret Lahir Perkahwinan Mangkat
Offa
(+OFFA•REX+)
774–796
Offa sekitar 747 Cynethryth
lima anak
26 atau 29 Julai 796
umur 58

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]